Alhamdulillah 29 Mac lalu seorang lagi anak sedara aku , Mohd Dom bin Amizan telah selamat melangsungkan majlis pernikahan dan persandingan di Kelana Jaya dengan pasangannya Siti Norhidayah Bt Hj Yaacob setelah mengikat tali pertunangan sejak bulan Disember 2014.
Masa pertunangan tersebut aku terlibat secara langsung dengan mengetuai rombongan meminang dan bertindak sebagai jurucakap pihak lelaki, pertama kali diberi kepercayaan oleh Abang aku, Amizan. Sepertimana biasa kali pertama aku gemuruh jugak dan adalah tersasul sana sini sikit2 dan Insyallah akan lebih yakin di masa hadapan.
MOHD DOM SEDANG ANGKAT NIKAH
BATAL WUDHUK DAN SARUNGKAN GELANG
Seorang demi seorang anak sedara aku ke jinjang pelamin,ada jugak yang sempat mengusik....tak lama lagi giliran anak dara aku pulak...Insyallah..aku doakan Mohd Dom dan Siti Norhidayah dimurahkan rezki, jodoh berpanjangan hingga ke Jannah dan sentiasa di Rahmati Allah swt.
MOGA KEKAL HINGGA KE AKHIR HAYAT DAN KE JANNAH
No comments:
Post a Comment