Monday, April 13, 2015

SEMUANYA DARI ALLAH (RASA DENGKI DAN CEMBURU) - BAB 7

Assalaamualaikum wbt,

Di saat  ini Insyallah aku dah bekerja selama 29 tahun.....aku mula bekerja April 1986...jadi guru tuisyen sebelah malam....dapat kerja di Subang Jaya Ogos 1986.....September 1987 dapat kerja Yayasan Selangor dan September 1993 dapat kerja dengan TM sehinggalah sekarang. 

Selama 29 tahun ini memang sangat mencabar dengan semua kerja....aku sangat bersyukur dengan semua rezeki yang Allah kurniakan....cuma kekadang aku sedikit 'terlupa dan sedikit emosi' bila mengharungi pekerjaan.....bermula kerja di masa umur 22 masuk ke 23 dan sekarang 51 masuk ke 52 Ogos 2015 ini, Insyallah.

Masa muda kerja kuat dan agresif....kekadang sampai lupa.masa solat, lupa perasaan orang dan sibuk kejar pangkat. Bila dah masuk umur 40an mula terasa tak boleh kerja laju dah....macam2

Bila masuk 50an....baru perasan....dah banyak masa solat dulu tertinggal,  baru mula rasa dah tua....cepat sensitif dan terasa hati dan tidak kisah sangat soal pangkat asalkan ada kerja dan rezeki dan setiap bulan ada duit di bank..

Baru perasan politik pejabat setiap masa berubah dan semakin mencabar minda dan perasaan.....budak2 muda makin kurang ajar dan tidak tahu respek kat orang lebih tua.....mereka sibuk mengejar pangkat dan glamour...atas alasan nak cepat kerja siap dan boss mahukan cepat.....bukan semuanya betul....baru aku perasan....teringat zaman muda aku dulu2 adakah aku begini ketika itu....dan pernah menyakiti perasaan orang.

Cumanya satu perkara yang sekarang yang buat aku terasa hati....ada segelintir mereka ni macam busuk hati...dengki dan cemburu dengan kemudahan orang lain...dan ada yang sanggup mengadu dengan boss dan menikam belakang sebab nak kejar gred dan pangkat. Ada yang bertitle haji kecik dan Tn Haji...tetapi perangai dah dekat dengan perangai syaitan...aku kekadang tidak faham....apa yang mereka dapat masa pergi haji atau umrah dulu...aku mintak maaf...tidak berniat menghina mereka ni yang pernah buat haji dan umrah.....

Satu perkara yang pasti tentang diri aku....aku tidak suka bodek boss....aku fighter dan suka lawan boss....padahnya aku dah terima....kawan2 dan junior semua dah naik pangkat aku masih kat level tu jugak.....tapi aku selalu dapat nasihat dari kawan2 yg lain.....mereka kata aku perlu bersyukur dan kena terima rezki yang Allah dah tentukan..tepat dan betul nasihat tersebut....ada hikmah di sebalik semua yang berlaku....


Allah berfirman dalam surah A-Li ‘Imran ayat 26 & 27.
Yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya". 

Huraian: Allah menyuruh RasulNya supaya menyampaikan kepada manusia, bahawa Allahlah yang memiliki/mempunyai kekuasaan yang sebenarnya. Dia berikan kekuasaan kepada siapa yang dikehendakiNya dan di cabutNya kekuasaan kepada siapa yang dikehendakiNya. Semuanya menurut ketentuan Allah dalam cara memberi atau mencabut pemberianNya. Dia berikan kemuliaan/kebesaran kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dia menghinakan atau merendahkan sesiapa yang dikehendakiNya kerana kerendahan moralnya sendiri.

Semua urusan adalah di tangan Allah yang baik maupun merupakan yang buruk. Dialah yang memberi kebahagian dan yang mendatangkan penderitaan bagi yang layak menerimanya.

No comments: