Aku dah banyak post pasal jiran dan beberapa hadis aku dah post tentang jiran....sepatutnya aku tak perlu pun buat post ini....aku pun dah pindah ke rumah baru sejak 3 bulan lalu....kat area jiran baru rumah ada 6 biji sahaja....yang baru pindah 3 orang....3 lagi kosong....kata mereka lepas raya atau hujung tahun baru pindah....
Berbalik kepada jiran2 lama ni....almost setiap malam aku datang rumah lama,,,masih belum berjual lagi rumah aku ni...ada yg minat tapi loan pulak sangkut....ada pulak yg tak mampu sebab harga rumah aku letak ikut pasaran semasa....memang sekarang rumah mahal.
Jiran sebelah depan rumah ni...pernah tidak bertegur sapa dengan wife aku beberapa bulan sebab kes pokok buluh yang dia tanam....hujung tahun lepas dia dan hubby dia terpaksa potong pokok buluh sebab ditegur.....lepas tu kecik hati.....
Sebelum berpindah ke rumah baru,wife aku 'mengalah' dan berjumpa dengan jiran tersebut dan mohon maaf...timbullah episod menangis dan bermaaf maafan....settle sementara hal pokok buluh tersebut. Ingatkan jiran ini akan trim atau tebang terus pokok buluh tu....rupanya tidak....tumbuh semula dan makin subur sekarang....
VIEW DARI BILIK UTAMA RUMAH LAMA AKU, POHON LAMA YANG KERING PUN MASIH ADA DI BAHAGIAN DALAM LAMAN RUMAHNYA....
Sejak bulan Feb hingga sekarang pokok buluh tersebut bercambah semula....daun2 buluh kering penuhlah semula depan porch kereta aku....setiap kali datang rumah untuk guna UNIFI...mesti sapu daun buluh kering dulu....hati aku selalu meronta berkata2....jiran depan rumah ni dah tak peka ke.....letih aku....apalah salah menggembirakan jiran2 yang lain.....jiran2 lain pun sudah jemu dan muak dengan jiran yg sorang ni....aku sendiri tak faham....kenapa pokok buluh....banyak lagi pokok hiasan yang lain....aku sendiri ada lebih 50 pasu pokok hiasan .....
Duduk rumah teres ni....kita tidak perlu pokok besar seperti pokok buluh atau pokok gergasi lain depan rumah.....kita hanya perlu pokok dalam pasu sahaja....Jika ada anak2 dia atau sedara mara dia terbaca post ni....tolonglah faham perasaan jiran2...aku tidak anti pokok hiasan aku tidak anti pokok hijau....cuma bila berjiran ni....banyak pertimbangan...wife aku dah pernah tegur dulu hal pokok buluh ni....seharusnya dia lebih faham dan peka sekarang dan bukannya 'memekakkan' telinga....Allahuakhbar....Ya Allah Kau bukalah hati jiran aku ni agar lebih peka dan memahami hati jiran2 lain.Aamiin.
No comments:
Post a Comment