Thursday, June 4, 2015

CONTOH PEMIMPIN YANG BAIK

Assalaamualaikum wbt,


Riwayat: al-Bukhari
Hadith: 
Daripada  Aswad bin Yazid katanya, ditanyakan kepada Aisyah RA, “Apakah yang dilakukan oleh Nabi SAW dirumahnya?” Aisyah menjawab “Beliau membuat tugas keluarganya, iaitu membantu kerja keluarganya, lalu apabila masuk waktu sembahyang Baginda pun keluar untuk bersembahyang.”
Huraian Hadith: 
  1. Seorang suami digalakkan membantu kerja-kerja dalam rumahtangga disamping tidak mengabaikan ibadat dan peranan di dalam masyarakat termasuk sembahyang jemaah di awal waktunya.
  2. Contoh pemimpin yang baik ialah mereka yang dapat melaksanakan tanggungjawab terhadap rumahtangga dan negara.

No comments: