Wednesday, August 12, 2015

RUMAHKU SYURGAKU YANG BARU (PUJUK MEMUJUK) - BAB 1

Assalaamualaikum wbt,

(Kita merancang dan Allah juga merancang untuk kita)

Dari dari Ogos 2012 atau dua tahun, Aslina @Gina kawan lama aku dan wife aku memujuk beli rumah di Seksyen 2 ni....aku dan wife memang tidak ada cadangan langsung....kebetulan harga rumah di Bdr Baru Bangi (BBB) memang melambung....20 tahun tinggal di sini aku memang nampak BBB semakin maju dan semakin sesak...adakala aku rimas....memang dalam perancangan aku nak balik kampung wife dan usahakan kedai runcit dan kedai do it yourself @ hardware depan rumah bila dah pencen nanti..

Sesekali bila melalui kawasan baru atau perumahan baru tengok rumah2 yang lebih besar samada banglow , semi D atau corner lot aku ada perasaan terkilan sebab tidak 'grab' atau tangkap peluang depan mata dulu termasuk terlepas beli tanah lot atau lot banglo......

Ogos 2013,  ketika beraya...jumpa lagi Aslina@Gina dia pujuk lagi.....belilah rumah tu....aku cakap sekali lalu aku tak mampu unless 750K..aku gagahkan kalau itulah harganya....dia kata hartanah sekarang dah mahal dan tak dapat lagi harga tu....rumah yang nak dijualnya sangat terhad dan hanya untuk bumiputra dan saiz lotnya sangat luas....perbualan tu habis begitu je.....aku dan wife sempat ajak dia dan famili sama-sama buat umrah 2014 nanti....

Umrah 2008 aku memang tidak ada doa atau niat untuk beli rumah baru......cuma niat nak bawak famili bersama-sama kerjakan umrah....alhamdulillah Jan/Feb 2014 aku dan famili buat ziarah ke Istanbul dan Bursa,  Turki dan seterusnya umrah.....inilah saat2 yang aku akan kenang sehingga ke akhir hayat aku.

Seingat aku masa umrah hanya doa2 yang baik-baik untuk diri dan keluarga....secara khusus doa untuk beli rumah baru yang lebih besar aku memang rasa tidak ada.....mungkin ada lintasan hati,,,sejujurnya aku tidak ingat....Allah  Maha Mengetahui isi hati aku....

Selepas umrah, Feb 2014, Gina ada call wife aku pujuk lagi...dia kata sangat terkilan jika aku tak beli rumah tu....dia simpan lot tu untuk aku....(dalam hati, nape ye)


6 RESIDENCE...

Hujung Mac 2014, aku amik cuti berehat....Gina call wife aku dan suruh kami berdua datang ke rumah tersebut....aku memang tak sangka lot  rumah2 ni betul-betul luas  40'x145' SIC letak nama 6 Residence sebab ada 6 unit sahaja..dapat tengok luar dan dan dalam rumah tersebut...ada dua lot yang belum dibeli....Gina bagitau..dia sengaja simpan rumah ni untuk kami....(dalam hati memang berkenan dan suka).....terfikir deposit 10 peratus....seratus ribu lebih.....nak jual dua biji rumah yang sedia ada....amik masa.....semuanya Allah dah tentukan.


LOT NO 3 , MASIH KOSONG...(HATI SUKA YANG INI)
LOT NO 6, JUGAK MASIH KOSONG...(NAK BELI YANG INI)

Balik rumah aku dan wife bincang terperinci dan nak carikan semua perkara yang besar2 di atas....deposit dan jual rumah paling besar......

4 comments:

مسافر اسلام said...

AsSalam tuan Haji
Banyak kosong tu...

Unknown said...

Alhamdulillah. Baru le faham. Rezeki tu.

Unknown said...

Alhamdulillah. Baru le faham. Rezeki tu.

Unknown said...

Alhamdulillah. Baru le faham. Rezeki tu.