Assalaamualaikum wbt,
Riwayat: Muslim
Hadith:
Daripada Abu Dzar RA katanya, Rasulullah SAW bersabda kepadaku, “Janganlah engkau anggap remeh apa-apa amalan yang baik walaupun kebaikan itu dengan sekadar menunjukkan muka yang manis semasa bertemu dengan saudaramu.”
(Hadith Riwayat Muslim)
Huraian Hadith:
- Islam itu mengambil berat tentang hal kebaikan, walau sekecil mana amalan kebajikan dilakukan pasti akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT.
- Umat Islam dilarang memandang enteng perkara-perkara kebajikan walaupun sekadar senyum semasa bertemu dengan kawan-kawan dan saudara-saudara seagama, kerana senyuman itu juga akan mendapat balasan pahala.
- Senyuman boleh menumbuhkan rasa cinta dan sayang antara yang bersaudara dan sesama manusia.
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin
No comments:
Post a Comment