Assalaamualaikum wbt,
Dalam 2 bulan ini dari Disember 2014 ke Februari 2015 aku kerap ke kawasan rumah...adakala tengok jugak perkembangan pembangunan Masjid ini....tetapi dari celah2 zink penutup sekitar kawasan Masjid....banyak sudah pembangunan dengan kerja pilling dah siap dan hinggakan ada nampak rangka masjid ini.....sampailah kepada rangka kubah yang masih dalam pembinaan dan menara Masjid ini.
WAKTU HAMPIR SENJA DAN MAGHRIB
Allahuakhbar aku dan famili beruntung sebab boleh tengok matahari jatuh dari depan rumah setiap hari , In Shaa Allah..
SUASANA BEGINI SETIAP SABTU DAN AHAD PAGI
PARKING TAMBAHAN MASJID DI BELAKANG RUMAH AKU DAN SEBERANG JALAN
Sejujurnya walaupun aku selalu ke kawasan ini melihat rumah, aku jarang amik foto Masjid dari luar kerana ditutup dengan zink...tetapi aku memang tahu pembinaan sedang rancak sehinggalah bulan Disember 2014 aku dapat kunci rumah dan lebih kerap ke sini dan snap foto masjid....Allahuakhbar....dijangka sepatutnya digunakan pada bulan Puasa tahun 2015....aku difahamkan tunda lagi 3 ke 4 bulan bermakna Awal tahun 2016 siap sepenuhnya.
Yang pasti cabaran besar menanti aku, berjemaah ke Masjid yang sudah depan mata....
Yang pasti cabaran besar menanti aku, berjemaah ke Masjid yang sudah depan mata....
No comments:
Post a Comment