Tuesday, January 17, 2012

JASA MU TETAP KU KENANG - GURU2 SEKOLAH MENENGAH RENDAH

ASSALAMUALAIKUM WBT,


Tahun 1976 hingga Januari 1979 aku bersekolah di sini dari tingkatan satu hingga awal tingkatan empat. Sekolah Menengah Laki-Laki Bukit Bintang, Jalan Utara, Petaling Jaya.  Antara personaliti yang terkenal dari sekolah ini, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan (1968)....dia sama batch dengan abang sulong aku. Pelakon Benjy (anak seniwati Azean Irdawaty), Johan Nawawi, suami kepada Nora, Penyanyi.....dan ramai lagi....

Cikgu CM pernah buat praktikal di sekolah ini dulu...kalau salah fakta saya mohon maaf.

Walaupun hanya 3 tahun satu bulan banyak kenangan di sini


Dari tingkatan satu hingga tingkatan 3 memang ramai guru yang aku kenal , ada yang garang, baik, tegas dan ada yang tak amik kisah.....Bagi yang sangat menyentuh hati aku ada beberapa orang antaranya :
  1. Mrs Yong- guru kelas aku masa tingkatan satu kuning, dia selalu bagi aku hadiah coklat sebab kehadiran aku ke kelas 100%....hehehe aku tak pernah ponteng sebab sekolah dan rumah agak dekat.
  2. Masa tingkatan dua kuning, Mrs Lee, guru Bahasa Inggeris....garang....tpi aku tak pernah amik hati dengan kegarangan dia...sesekali senyum...bila nak mintak tolong aku hantar buku tulis ke bilik  guru.....kecut perut bila ke bilik guru....entah nape...
  3. Masa tingkatan 3 Merah, guru kelas aku perempuan berbangsa India ( dah lupa nama dia tapi selalu senyum dan manis senyumannya)....aku rapat dengan dia sebab aku ketua kelas masa tu...(kelas campur- campur)...dia selalu bertanya dengan aku kenapa aku tak dimasukkan ke kelas kedua pandai masa tu..dan dia selalu kata aku sepatutnya di kelas yang lebih baik....entahlah polisi sekolah dan mungkin ada diskriminasi  ketika itu..kerana sekolah aku asalnya adalah sekolah Missionary....guru Melayu kurang berbanding dengan guru berbangsa lain ( kepada pihak sekolah dan guru2 lama aku mintak maaf sebab tidak berniat untuk menuduh ada diskriminasi ketika itu, kerana itu sekadar pandangan aku sekarang)
  4. Cikgu Nasir ajar BM masa aku form 3.....dia suka bercerita semasa kelas,  macam2 cerita hantu, citer lawak ....silibus BM tak pernah habis.....yang best aku tak pernah mengantuk masa cikgu ni ada.....kami asyik mendengar cerita dia.
Ramai lagi guru yang aku dah lupa nama mereka dan wajah mereka.....Jasa Mereka semua tetap ku kenang hingga akhir hayat

Bulan Feb 1979 selepas keputusan SRP, dengan keputusan yang sedikit baik aku berjaya memasuki Sekolah Menengah Teknik, Jalan Cheras.....ketika itu sekolah teknik ada 9 buah sahaja di seluruh Malaysia.  Bangga dan seronok ketika itu.....Lepas ni sekolah Teknik pulak..

Sunday, January 15, 2012

JASA MU TETAP KU KENANG - GURU2 SEKOLAH RENDAH

Assalamualaikum wbt,

Aku mula bersekolah Januari 1970,  batch pertama Dasar Pelajaran Kebangsaan Malaysia....aliran Melayu batch pertama , SRK Bukit Bintang ( 2), Jalan Sg Jerneh, Seksyen 8, Petaling Jaya dan tamat darjah enam tahun 1975. 

Ramai guru-guru yang aku masih ingat,  tetapi hanya 3 orang guru yang jasa mereka aku kenang hingga akhir hayat.
  1. Pn Tijah- Guru kelas (darjah 1, 3 dan 6) yang sangat membantu anak2 Melayu termasuk aku.....tegas dan garang tapi baik hati. Erti potensi dan kebolehan pelajar ( Aku tak dapat kesan beliau di mana sekarang)
  2. Pn Maznah - guru kelas aku masa aku darjah dua, tegas dan garang,  tetapi membantu aku masuk kelas A masa naik ke darjah 3 hingga 6. ( Jugak aku tidak dapat kesan beliau di mana sekarang)
  3. Ustaz Salleh- guru ugama yang mengajar aku semua bab asas ugama termasuk feqah, tauhid, mengaji , aku masih ingat ajaran dia tentang sifat2 Allah......lagu menghafal sifat2 Allah sedikit sebanyak masih aku ingat lagi hingga kini ( Kali terakhir berjumpa beliau tahun 1987 di Desa Pandan)
Ramai lagi guru aku berbangsa Cina dan India, ( Mrs Yap, Mr Lee, Mrs Menon)  tapi topik aku kali ini adalah khas untuk mereka yang begitu menyentuh hati dan jiwa aku....

Jasa mereka semua aku kenang.....hingga ke akhir hayat.

Saturday, January 14, 2012

TUGASAN RASMI DI KUCHING 2012

Assalamualaikum wbt.

Syukur alhamdulillah tahun 2012 ( 6 hingga 7 Jan lalu) big boss mintak saya  ke Kuching atas tugasan rasmi dan menghadiri jamuan Anugerah Cemerlang staff kami di Kuching dan support  program mereka.


Sepertimana biasa , sampai awal, saya follow boss2 kecik saya bekerja dan sempat ke Bangunan Ibu sawat di Petrajaya, Kuching melihat tapak baru bilik server kami di sana ...Perluasan projek atas kehendak Kerajaan mengikut kontrak yang ditandatangani.

Bangunan Ibu sawat Petrajaya


Peralatan Server pun dah sampai dari KL

Sebelah malam ada Majlis Makan Malam Rasmi.....meriah dengan persembahan dan pertandingan karaoke. Makanan pun  boleh tahan sedap.


Tapi yang paling best bila ke Kuching selepas tugasan rasmi......mesti beli terubuk masin dan midin di Pasar Satok...serta pusing2  Bandaraya Kuching.

Sedang pilih ikan terubuk masin

 Besar besar punya...harga pun dah semakin naik

 Sebelum bungkus ditabur garam 
supaya fresh dan kurang masih

 Beginilah rupa MIDIN

Belacan Sarawak....memang sedap

Lepas tu pusing-pusing Bandaraya Kuching....dah selalu jugak ke sini tapi saya suka amik gambar...dan tak pernah jemu......

 Paling suka pemandangan ini

Bersama 'Buaya Tembaga' hehehe

Bersama Rozali dari 999 RC Melaka di depan 
kedai cenderamata , Waterfront

Antara Mercu tanda Bandaraya Kuching

Monday, January 9, 2012

PASRAH DAN REDHO

Assalamualaikum wbt,

Dua perkataan di atas.....kita biasa dengar dan biasa tuturkan......Bila selesai menonton filem OMBAK RINDU melalui Astro First.....baru aku benar2 faham apa itu PASRAH dan apa itu REDHO.......! Ingatkan lebih kurang sama ajer....

Bukan mudah rupanya bila melibatkan hati dan perasaan.....Bila bercakap dan disertakan dengan perasaan dan emosi baru  kita tahu ......samada langit itu tinggi atau rendah !!!!

Aku bulan calon yang cemerlang dalam (BM) Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu ketika SPM dan STPM  puluhan tahun lalu....

p/s.....Terkenang cikgu2, guru2 dan pensyarah aku yang lalu.....mereka banyak berjasa dengan aku....tunggu next entri

Sunday, January 8, 2012

BILA ALLAH NAK MENDUGA....

Assalamualaikum,

Awal tahun baru minggu lalu,  aku dah 'merasa' bila Allah nak menduga hati dan perasaan.....sekelip mata bila perasaan direntap dan perasaan gundah gulana.....macam2 bermain di fikiran....Istighfar.....syukur Alhamdulillah.

Dalam hidup kekadang kita diduga dengan kawan2.......sahabat........ada masa terasa jauh dan ada masa terasa dekat.....ada ketika terasa menyampah pun ada......Subhanallah....Ya Allah.....ampunkan aku.....kawan2... maafkan aku.....

Ada ketika kita diuji dan diduga dengan jiran2.......sedara mara terdekat dan anak2 buah kita dan banyak lagi.

Yang paling mencabar bila kita diduga dengan adik beradik dan ipar duai yang dekat dengan kita.......mintak tolong,  mintak pinjam duit.....tumpang rumah dan banyak lagi.....entahlah.....aku hanya boleh membantu di mana terdaya....Kalau ada sedara mara yang terasa hati jika aku kurang membantu di kala mereka sedang kesusahan maafkan aku

Masa muda2 dan sedang belajar dulu aku pernah menumpang tinggal dengan dua abang2 aku...aku terhutang budi sampai mati dengan abang sulung dan abang kedua aku....termasuk adik beradik aku yang lain....mereka banyak berkorban untuk aku.  Hanya Allah dapat membalas jasa mereka...(itu belum dikira jasa ibu dan bapa aku)

Kita biasa diajar dan dinasihatkan agar redho dan banyak  bersabar.....YA Allah bagilah aku kekuatan diri.....

Wednesday, January 4, 2012

HERO YANG TIDAK DIDENDANG

Assalamualaikum wbt,

Md Irwan Zakaria adalah antara sukarelawan yang sedang bertugas dan berada ketika tragedi tanah runtuh di rumah anak Yatim, Hulu Langat Batu 14, Selangor  yang menggemparkan negara pada bulan Mei 2011.  Saya berkesempatan bersama Irwan di pejabatnya pagi tadi (4 Januari) atas urusan rasmi dan sessi temubual.  Beliau adalah anggota TM sama seperti saya.  Kini beliau tinggal di asrama YADIM Hulu Langat bagi memudahkan beliau berulang alik ke tempat kerja di Bangunan Ibu Sawat TM Tasik Ampang.
Saya bersama Md Irwan, beliau tetap ceria

Berkesempatan berbual bersamanya lebih kurang 30 minit dan beliau sempat menceritakan detik- detik cemas, tertimbus tanah selama 8 jam,  dibawa ke hospital,  pembedahan dipotong kakinya,  perasaan dirinya, perasaan keluarganya dan ucapan jutaan terima kasihnya kepada pihak BOMBA, POLIS, Hospital dan semua pihak yang terlibat. Sebelah kakinya dipotong hingga ke pangkal peha....Saya sebak ketika mendengar pengalamannya dari bermula kejadian tanah runtuh berlaku hinggalah kepada pembedahan dan sebelah kaki kanannya dipotong.....

Terpaksa berkain pelikat ke tempat kerja, 
kaki sebelah kanan telah dipotong

Beliau seorang yang sangat tabah dan redho dengan ketentuan Allah.
Sedang menceritakan pengalamannya semasa kejadian 
tanah runtuh Mei 2011

Saya sangat terharu dengan ketabahannya, pengorbanannya dan sempat meminta kebenarannya untuk bergambar bersama dan akan postkan dalam FB dan blog saya. Saya doakan beliau tabah dan sentiasa dirahmati Allah. Ameen

Monday, January 2, 2012

DOA DAN AZAM TAHUN 2012

Assalamualailkum wbt,

Setiap awal tahun Hijrah dan tahun kalender orang putih mesti semua orang berdoa, berazam dan mempunyai pelan hidup baru. Aku tidak terkecuali,  Ogos 2012 nanti umur aku 49, Insyallah......Ogos 2013 , Insyallah ,  50 tahun....

Entah kenapa awal tahun baru 2012 aku rasa 'semacam', beberapa perkara yang tak dijangka menyerang hati,emosi dan perasaan....Aku berserah pada Allah....Syukurlah di awal pagi tahun baru aku dapat bersujud padaMU sebelum Subuh. 

Aku berazam dan berdoa Allah bagi kekuatan pada diri aku, emosi aku dan fizikal aku,  aku mohon jika dipanjangkan umur agar aku lebih tekun dan taat beribadat dan menambah bekalan di akhirat kelak...

Rasanya macam dah penat bekerja.....macam rasa nak  berniaga...tapi masih di dalam perancangan....Ya Allah bagilah kekuatan pada diri ini....

Cabaran 2012 rasanya lebih kuat dan bagilah kekuatan pada diri ini menghadapinya dengan tenang dan penuh keredhoan Mu Ya Allah.  Ameeeennnn.