Wednesday, January 4, 2012

HERO YANG TIDAK DIDENDANG

Assalamualaikum wbt,

Md Irwan Zakaria adalah antara sukarelawan yang sedang bertugas dan berada ketika tragedi tanah runtuh di rumah anak Yatim, Hulu Langat Batu 14, Selangor  yang menggemparkan negara pada bulan Mei 2011.  Saya berkesempatan bersama Irwan di pejabatnya pagi tadi (4 Januari) atas urusan rasmi dan sessi temubual.  Beliau adalah anggota TM sama seperti saya.  Kini beliau tinggal di asrama YADIM Hulu Langat bagi memudahkan beliau berulang alik ke tempat kerja di Bangunan Ibu Sawat TM Tasik Ampang.
Saya bersama Md Irwan, beliau tetap ceria

Berkesempatan berbual bersamanya lebih kurang 30 minit dan beliau sempat menceritakan detik- detik cemas, tertimbus tanah selama 8 jam,  dibawa ke hospital,  pembedahan dipotong kakinya,  perasaan dirinya, perasaan keluarganya dan ucapan jutaan terima kasihnya kepada pihak BOMBA, POLIS, Hospital dan semua pihak yang terlibat. Sebelah kakinya dipotong hingga ke pangkal peha....Saya sebak ketika mendengar pengalamannya dari bermula kejadian tanah runtuh berlaku hinggalah kepada pembedahan dan sebelah kaki kanannya dipotong.....

Terpaksa berkain pelikat ke tempat kerja, 
kaki sebelah kanan telah dipotong

Beliau seorang yang sangat tabah dan redho dengan ketentuan Allah.
Sedang menceritakan pengalamannya semasa kejadian 
tanah runtuh Mei 2011

Saya sangat terharu dengan ketabahannya, pengorbanannya dan sempat meminta kebenarannya untuk bergambar bersama dan akan postkan dalam FB dan blog saya. Saya doakan beliau tabah dan sentiasa dirahmati Allah. Ameen

6 comments:

Ayah Zain said...

semoga Irwan terus tabah menempuh cabaran hidup. Sama sama kita mendokan kesejahteraan kehidupannya sekeluarga

pB said...

salam perkenalan

Kak Sidah said...

Salam En. Rosli,

Kebetulan kawan sepejabat akak jumpa dia dan cuba en rosli tanya dia,pasal i-pad..

rosli said...

Hj AZ,

Insyallah kita doakan mereka bersama

rosli said...

pB,

Insyallah, saya terima salam perkenalan dan komen. Insyallah kita semua berkawan di alam maya

rosli said...

Kak Sidah,

Insyallah saya akan tanyan next week...hope semua cerita yang baik dari mereka semua. Ameen