Tahun 1976 hingga Januari 1979 aku bersekolah di sini dari tingkatan satu hingga awal tingkatan empat. Sekolah Menengah Laki-Laki Bukit Bintang, Jalan Utara, Petaling Jaya. Antara personaliti yang terkenal dari sekolah ini, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan (1968)....dia sama batch dengan abang sulong aku. Pelakon Benjy (anak seniwati Azean Irdawaty), Johan Nawawi, suami kepada Nora, Penyanyi.....dan ramai lagi....
Cikgu CM pernah buat praktikal di sekolah ini dulu...kalau salah fakta saya mohon maaf.
Walaupun hanya 3 tahun satu bulan banyak kenangan di sini
Dari tingkatan satu hingga tingkatan 3 memang ramai guru yang aku kenal , ada yang garang, baik, tegas dan ada yang tak amik kisah.....Bagi yang sangat menyentuh hati aku ada beberapa orang antaranya :
- Mrs Yong- guru kelas aku masa tingkatan satu kuning, dia selalu bagi aku hadiah coklat sebab kehadiran aku ke kelas 100%....hehehe aku tak pernah ponteng sebab sekolah dan rumah agak dekat.
- Masa tingkatan dua kuning, Mrs Lee, guru Bahasa Inggeris....garang....tpi aku tak pernah amik hati dengan kegarangan dia...sesekali senyum...bila nak mintak tolong aku hantar buku tulis ke bilik guru.....kecut perut bila ke bilik guru....entah nape...
- Masa tingkatan 3 Merah, guru kelas aku perempuan berbangsa India ( dah lupa nama dia tapi selalu senyum dan manis senyumannya)....aku rapat dengan dia sebab aku ketua kelas masa tu...(kelas campur- campur)...dia selalu bertanya dengan aku kenapa aku tak dimasukkan ke kelas kedua pandai masa tu..dan dia selalu kata aku sepatutnya di kelas yang lebih baik....entahlah polisi sekolah dan mungkin ada diskriminasi ketika itu..kerana sekolah aku asalnya adalah sekolah Missionary....guru Melayu kurang berbanding dengan guru berbangsa lain ( kepada pihak sekolah dan guru2 lama aku mintak maaf sebab tidak berniat untuk menuduh ada diskriminasi ketika itu, kerana itu sekadar pandangan aku sekarang)
- Cikgu Nasir ajar BM masa aku form 3.....dia suka bercerita semasa kelas, macam2 cerita hantu, citer lawak ....silibus BM tak pernah habis.....yang best aku tak pernah mengantuk masa cikgu ni ada.....kami asyik mendengar cerita dia.
Ramai lagi guru yang aku dah lupa nama mereka dan wajah mereka.....Jasa Mereka semua tetap ku kenang hingga akhir hayat
Bulan Feb 1979 selepas keputusan SRP, dengan keputusan yang sedikit baik aku berjaya memasuki Sekolah Menengah Teknik, Jalan Cheras.....ketika itu sekolah teknik ada 9 buah sahaja di seluruh Malaysia. Bangga dan seronok ketika itu.....Lepas ni sekolah Teknik pulak..
No comments:
Post a Comment