Salam,
Tahun 2007 keluarga aku mengambil bahagian korban dengan seekor lembu di masjid Bt 15, Ayer Hitam, Muar,(jumlah 5 ekor lembu korban di masjid tersebut) masa tu aku tengok dari jauh ajer....tak berapa berani ....gotong royong pun aku tak join, entah kenapa...mungkin aku ngeri dan tak berani melapah lembu korban tu, yang peliknya aku suka pulak makan daging lembu....hehehe.
Pagi tadi selepas solat sunat Aidil Adha, hati aku tak berapa senang kat rumah....capai sebilah pisau dan terus ajer ke surau kariah aku..orang dah ramai ,ada yang sedang tunggu lembu di lapah dan ada yang sedang menyembelih seekor lembu. Dari maklumat yang aku perolehi dari AJK surau Al Kauthar ada 15 ekor lembu korban tahun ini.
Sepanjang hidup aku selama 47 tahun ini kali pertama hati aku terbukak hati nak bersama2 jemaah surau sesi gotong royong korban, memang best rupanya.....jumpa ramai kawan dan dapat pengalaman melapah dan memotong daging lembu dan yang paling best dapat 1 kg daging lembu fresh......Insyallah aku akan join lagi tahun depan dan akan bawak pisau yang lebih tajam untuk memudahkan kerja aku. Amin.
Lembu2 dah tak tentu arah dalam lori ni...
Ni lembu yang keenam
Baru sembelih....
Sedang melapah lembu
Bahagian timbang tulang...
dan penggemar ekor lembu
Bahagian timbang dan bungkus daging
Bahagian potong tulang
Aku kat bahagian ini, melapah daging
Lagi bahagian timbang dan bungkus tulang
Sebahagian dari 15 kepala lembu..
nikmat kepada penggemar sup kepala lembu
Tahniah kepada AJK Surau dan terima kasih kepada 15 keluarga yang mengambil bahagian korban tahun ini, moga rezki tuan/puan makin murah dan boleh buat korban lagi di tahun hadapan.