Monday, November 22, 2010

DEBARAN SPM 2010

Salam,

Esok lebih kurang 9 jam lagi anak perempuan aku akan menduduki peperiksaan SPM....aku pulak amik SPM 30 tahun dulu (1980)....yang peliknya aku pulak yang berdebar2 sejak satu minggu lepas....hari ini debaran aku makin ketara....Esok kertas Bahasa Melayu,  lusa Bahasa Inggeris..Insyallah 8 Disember kertas akhir....


Aku dan wife tak putus2 berdoa untuk Nur Adiera Hanna.....moga tenang, sabar dan dapat menjawap soalan dengan cemerlang dan tahun depan dapat keputusan yang terbaik.

Bagi geng2 PDKM dan jugak semua pembaca blog aku yang jugak ada anak amik SPM semoga anak2 kita berjaya dengan cemerlang dan kita sama2 berdoa. Amin

15 comments:

KAMATO said...

anak kita sama2 satu sekolah, semoga mereka diberi ketenangan ketika menjawabnya

Hajah Zainab bt Abdullah said...

semoga nur adiera dapat fokus kepada semua kertas spm dan memperoleh kejayaan yang cemerlang, insyaallah.

rosli said...

Salam Kamato,

Insyallah anak2 kita akan tenang dan boleh menjawap dengan baik.Amin

rosli said...
This comment has been removed by the author.
rosli said...

Salam Hjh,

Naluri guru hjh masih kukuh dan tebal dalam hati Hjh, saya percaya Hjh mesti sentiasa mendoakan semua anak murid Hjh berjaya. Terima kasih atas sokongan dan doa Hjh untuk anak saya.Amin

Umi Azuddin said...

Salaam En. Rosli,

Mudah-mudahan Nur Adiera dan semua anak2 bangsa kita dapat menjawab dengan tenang dan cemerlang.
Semoga kejayaan hakiki milik kita.

Kakzakie Purvit said...

Salam En. Rosli,

Lumrah bila anak periksa kita yang berdebar.

Doa kakak buat anak-anak termasuk Nur Adiera berjaya dalam perjuangannya hingga disember 2010 ini.

ummu said...

assalamualaikum tuan
saya pun berdebar juga,padahal yang nak ambil SPM tu adik lelaki saya dan pelajar saya.dup dap juga...
apapun smoga mereka menjawab dgn tenang ...

rosli said...

Salam Umi Azuddin,

Terima kasih atas doa dan sokongan kepada anak saya.

rosli said...

Salam Kakzakie,

Betul tu, saya masih berdebar sehingga kini, hope paper BM dia boleh hadapi dengan tenang. TK atas sokongan dan doa untuk anak saya dan anak kawan2 kita

rosli said...

Salam Ummu,

Tu lah saya pun pelik debaran saya lebih teruk dari masa saya buat SPM dulu, mkgn sebab harapan kita pada anak2 utk masa depan mereka.

sinomosa said...

Salam En Rosli,

All d best pada anak En Rosli..

Kak Sidah said...

Salam En. Rosli,

Semoga Nur Adiera dipermudahkan dlam peperiksaan ini...dan berjaya dgn cemerlang..insyaallah.
Anak akak pun sama..

rosli said...

Salam Syima,

TK atas doa dan sokongan

rosli said...

Salam Kak Shida,

Tk atas doa dan sokongan. Jugak selamat berjaya untuk anak akak. Amin