Wednesday, November 17, 2010

SESI KORBAN DI SURAU AL KAUTHAR, SEKSYEN 4, BDR BARU BANGI

Salam,

Tahun 2007 keluarga aku mengambil bahagian korban dengan seekor lembu di masjid Bt 15, Ayer Hitam, Muar,(jumlah 5 ekor lembu korban di masjid tersebut) masa tu aku tengok dari jauh ajer....tak berapa berani ....gotong royong pun aku tak join, entah kenapa...mungkin aku ngeri dan tak berani melapah lembu korban tu,  yang peliknya aku suka pulak makan daging lembu....hehehe.

Pagi tadi selepas solat sunat Aidil Adha,  hati aku tak berapa senang kat rumah....capai sebilah pisau dan terus ajer ke surau kariah aku..orang dah ramai ,ada yang sedang tunggu lembu di lapah dan ada yang sedang menyembelih seekor lembu. Dari maklumat yang aku perolehi dari AJK surau Al Kauthar ada 15 ekor lembu korban tahun ini.

Sepanjang  hidup aku selama 47 tahun ini kali pertama hati aku terbukak hati nak bersama2 jemaah surau sesi gotong royong korban memang best rupanya.....jumpa ramai kawan dan dapat pengalaman melapah dan memotong daging lembu dan yang paling best dapat 1 kg daging lembu fresh......Insyallah aku akan join lagi tahun depan dan akan bawak pisau yang lebih tajam untuk memudahkan kerja aku. Amin.

 Lembu2 dah tak tentu arah dalam lori ni...

 Ni lembu yang keenam

Baru sembelih....

 Sedang melapah lembu

 Bahagian timbang tulang...
dan penggemar ekor lembu

 Bahagian timbang dan bungkus daging

 Bahagian potong tulang

 Aku kat bahagian ini, melapah daging

 Lagi bahagian timbang dan bungkus tulang

Sebahagian dari 15 kepala lembu..
nikmat kepada penggemar sup kepala lembu

Tahniah kepada AJK Surau dan terima kasih kepada 15  keluarga yang mengambil bahagian korban tahun ini, moga rezki tuan/puan makin murah dan boleh buat korban lagi di tahun hadapan.

13 comments:

Aki44 said...

Salam En Rosli,

Sy kalau ada korban biasanya pergi membantu setakat memotong daging jer. Tak tengok pun ketika lembu disembelih, berasa ngilu.

sinomosa said...

Salam En Rosli,

Sy mula beranikan diri lihat lembu di sembelih kira-kira 10 tahun lalu..time atok saudara mengadakan korban di kampung di Muar..

Selepas itu, sy dah biasa dan tak ngeri untuk lihat lembu di tambat, dijatuhkan, disembelih sehingga di lapah..alhamdulillah =)

Setiap tahun sy pasti menyaksikan tapi tak membantu pun sebab selalunya kaum muslimin yang menghulurkan tangan..

Mohd Saad Hamid said...

Salam Rosli,

Seronok baca frasa ni.

"Pagi tadi selepas solat sunat Aidil Adha, hati aku tak berapa senang kat rumah....capai sebilah pisau dan terus ajer ke surau kariah aku..orang dah ramai ,ada yang sedang tunggu lembu di lapah dan ada yang sedang menyembelih seekor lembu"

Saya nak tambah ... ;)

Dan ada yang sedang menunggu En.Rosli datang membantu ... Hehehe

Pisau dapur memang tidak sesuai untuk melapah daging sbb cepat tumpul -- lemak-lemak daging akan membuatkan pisau dapur cepat tumpul.

Mohd Saad Hamid said...

Salam Rosli,

Kita cubalah bantu setakat yang mampu. Nama pun kurban, jadi kita berkurbanlah masa dan tenaga.

Masa majlis kurban kita memang perlukan ramai tukang -- tukang sembelih, tukang rebahkan lembu, tukang pegang lembu semasa disembelih, tukang tengok, tukang arah, tukang komen, tukang lapah, tukang timbang, tukang bungkus, dan sebagainya. Semuanya itu menambahkan kemeriahan suasana majlis kurbun tersebut.

Saya tukang tulis komen kat sini ;).

atuk said...

Salam Aidil Adha En Rosli

banyak juga bilangan lembu tu ye
mukin sampai ptg baru habis

moga dayausaha anda diberkati oleh Allah

Wassalam

rezeki said...

salam rosli

Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya kami mengurniakan kepadamu (wahai Muhamad) kebaikan yang banyak. Dengan itu, sembahyanglah kerana Tuhan-mu semata-mata dan sembelihlah korbanmu." (Surah Al-Kausar, ayat 1-2)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Perbesarkanlah kamu akan korban kamu, kerana ia di atas Siratal Al-Mustaqim nanti sebagai tungganganmu."

alhamdulillah, semoga kita semua dapat menghayati ibadah berkorban ini
insyallah

ummu said...

Salam Tn Hj Rosli
Semoga Allah menerima amalan murni ini sebagai tanda cinta seorang hamba kepada pencipta.
salam aidil adha.
maaf zahir batin
sekian wassalam

rosli said...

Salam Aki44,

Betultu, dulu saya pun ngilu bila tgk lembu kena sembelih....saya gagahkan jugak....

rosli said...

Salam Syima,

Kat surau semalam kaum muslimat buat perencah sup dan potong sayur..Saya tak sempat tunggu sup.....

Anak perempuan saya smpi skrg dah langsung tak makan lembu...kesan dari tgk lembu kena sembelih 5 tahun lepas. Pengalaman yang begitu menarik antara Syima dan anak saya...

rosli said...

Salam Hj Saad,

Sumbangan saya tidak seberapa semalam....ramai yang membantu....yg untung orang Indon....mereka tolong beratur amik berkat....termasuk beberapa orang Arab....rezki mereka.

Hj Saad, betul tu ....pisau dapur mmg tak sesuai....semalam saya cari pisau rambo saya ( pisau pengakap)...dah jumpa untuk guna sesi korban tahun depan pulak....Insyallah.

rosli said...

Salam Hj Rozali,

Semalam tu usaha pertama saya, dah rasa seronok....memandangkan ramai yg tolong semalam....jam 12.45 th semua dah selesai....tp bab kepala lembu dan buat sup mereka kerja smpi petang

rosli said...

Salam CR,

TK atas perkongsian ilmu. Syukur saya lebih faham ibadah korban sekarang ni

rosli said...

Salam Ummu,

T. kasih Insyallah saya akan lebih menghayati ibadah korban di tahun 2 yang akan datang.

JUga salam aidil Adha dari saya dan keluarga.