Salam,
Sekadar berkongsi rasa bila terkenang dan rindu MH dan MN. Gambar banyak dalam simpanan, dalam HP, dalam Notebook, screen saver semua ada. Bila tengok cenderamata yang dibeli terkenang dan rindu pada Makkah dan Madinah.
Unta ini di beli di Madinah untuk anak
bongsu aku Ammar
Lampu hiasan MH dibeli di Makkah
Tasbih besar sebesar buah tomato
dibeli di Jalan Hijrah, Makkah
Setiba di Malaysia aku sempat bergurau dengan beberapa orang tetamu yang datang menziarah aku di rumah, "agak2 boleh ke aku take over jawatan IMAM or Mufti Selangor jika aku bawak tasbih besar ini semasa temuduga " ?. Masa temuduga tasbih tu aku bukan simpan dalam saku tetapi aku sangkut kat lengan dan bahu aku !. Aku rasa panel penemuduga mesti geleng kepala tengok aku masa tu.....
Mesti ramai yang akan terkejut kalau tasbih ni aku bawak gi surau or masjid..... mesti ada yang cakap mamat ni betul ke tidak or nak menunjuk2.....so akhirnya tasbih besar ini aku simpan sebagai hiasan di rumah dan sesekali aku guna jugak kerana lenguh memegang tasbih ni sebab berat.....yang selesa tasbih yang kecik jugak. (Niat aku masa beli tasbih tu memang untuk simpanan dan hiasan sahaja....tidak ada tujuan lain sekadar berkongsi rasa)
Mesti ramai yang akan terkejut kalau tasbih ni aku bawak gi surau or masjid..... mesti ada yang cakap mamat ni betul ke tidak or nak menunjuk2.....so akhirnya tasbih besar ini aku simpan sebagai hiasan di rumah dan sesekali aku guna jugak kerana lenguh memegang tasbih ni sebab berat.....yang selesa tasbih yang kecik jugak. (Niat aku masa beli tasbih tu memang untuk simpanan dan hiasan sahaja....tidak ada tujuan lain sekadar berkongsi rasa)
13 comments:
Salam Ramadhan En Rosli
saya pun sama
kerinduan dgn MH
makin memuncak
sama2 kita doa agar Allah perkenankan doa kita untuk menjadi tetamuNya
Wassalam
salam Rosli
hehheh, bila u pakai tasbih tu masa temuduga, confirm boleh diterim ajadi imam masjid heheheh.
salam from makkah...
so cute barang barang hiasannyer...
canteekk
wsalam
Assallamualaikum Rosli,
Salam Ramadan.
Cenderamata dari Mekah sememangnya kita ingat sangat..lebih-lebih lagi kita yang pergi sana dan membelinya..
Beli unta yer untuk anak!
Masa mama pergi umrah tahun 1997..mama beli kereta mainan untuk anak...sampai sekarang masih ada..kenangan..
Salam En Rosli,
Sy pun rindu MH jugak uhuk3x
Sy pun ada cuma bbrp cenderamata..lebihnya jubah abaya hihi
Salam Rozali,
Betul tu, kita semua rindu, bila tgk gambar CL dan siaran langsung dari MH akan datang mulalah....saya tercari2 di mana saya selalu lepak dan solat.....senyum sorang2 masa tu. Indah sgt
Salam AZ,
Hehehe , betul jugak ek....menang pada saiz tasbih sahaja.....
Salam CL,
Bila tgk byk entri CL, rupanya byk lagi yg saya tak gi 'tawaf kidai' masa kat Makkah.....yg pasti dapat save bajet....tp next time ke Makkah....mesti nak cari minyak wangi yg asli dan boleh tahan lama harumannya.....hehehe.....
Salam mama nadz,
Betultu, saya pun syg sgt semua yg pernah beli....cuma dah hilang satu kompas dan pengira zikir saja...misplaced agaknya
salam Syima,
Byk jugak tu....abaya selalu pakai lagi byk kenangan, jubah saya pun sekali sekala pakai.....syg sgt takut koyak...
salam akhi Rosli...
kalau sembang bab MH , jari ni cepat jer nk menaip ....
MasyaAllah rindu dihati hanya Allah saja yg tahu ,lebih2 lg tengok CL pamerkan gambar dia n tn hj Arsyad berbuka dlm MH tu...
Ya Allah sampaikan lah kami ( warga PDKM ) lg ke sana .
Salam Ummi,
Betul tu, semua orang rindu dan sentiasa nak tau perkembangan terbaru MH.
en rosli, pinjam gmbr mainan unta utk masuk dlm blog saya.hehehe...
Post a Comment