Sunday, August 15, 2010

MEMBANTU MEMANJANGKAN SEDEKAH BULAN RAMADHAN


Salam,

Semalam (14 Ogos 2010) aku pulang ke kampung isteri di Air Hitam, Muar atas dua tujuan utama.  Pertama nak berpuasa dan berbuka dengan ibu mertua aku setiap awal puasa sepertimana tahun2 lepas.  Syukurlah dapat berpuasa dan berbuka bersama Bonda Asiah Suratmin.

Kedua ,  tidak ada sebarang niat nak menunjuk atau riak,  sekadar berkongsi cerita di bulan Ramadhan ,aku dan wife wakil bagi pihak seorang dermawan dari Kelantan yang bersedekah beras , minyak masak dan gula dan menjadikan orang miskin kampung wife aku tempat dia bersedekah setiap tahun. Yang dipilih 10 buah rumah yang benar2 miskin, ibu tunggal tua dan keluarga susah yang ada ramai anak dan jugak ada anak cacat.  Kami sekadar menyampaikan hajat dermawan tersebut.

Semua barangan dikumpulkan 
di rumah ibu mertua aku

Beras, minyak masak dan gula

Sebahagian dah masuk dalam kereta aku

Rumah Ibu tunggal tua pertama

Rumah ibu tunggal kedua

Syukurlah akhirnya 10 buah rumah telah mendapat rezki bulan Ramadhan. Moga dermawan itu sentiasa murah rezki dan sentiasa menderma di kampung ini.  Amin

7 comments:

kak su said...

Salam En. Rosli.

Alhamdulillah semuga Allah merahmahti kita di dunia dan akhirat. Amin.

Dari pengalaman saya tempuhi ketika menyertai Kembara Prihatin Ummah ke Surabaya pada puasa pertama minggu lepas dapat saya bayangkan betapa gembiranya mereka menerima dan dapat berkongsi rezeki dari Allah ini.

Wslm

Ayah Zain said...

salam

alhamdulillah, Allah memberkati usaha itu.

Mertua orang ayer hitam yer. Ayer Hitam tu Batu Berapa?

rosli said...

Salam Kak Su,

Betultu, saya pun dapat rasa begitu, sumbangan tersebut dapat meringankan sedikit bebanan perbelanjaan bulan Ramadhan mereka

rosli said...

Salam AZ,

Rumah Ibu mertua saya kat batu 16 3/4 atau nak genap batu 17, sebelah Parit Amat Pentil berdepan dengan Parit Hj annuar, depan rumah ada Kedai Makan Hamdani dan seberang jalan ada surau. Raya nanti jemputlah ke rumah Ibu Mertua saya. Apa2 please call saya dulu.

p/s Bekas anak murid AZ di MRSM Pontian, jugak anak buah isteri saya dah sah jadi doktor gigi di Melaka, Dr Nor Azilia Mohd Ali, bekas pelajar UKM . Kenal tak dengan murid ini ?

taj said...

Salam Rosli,

syabas utk usaha saudara ini...
orang yg menderma mendapat pahala dan orang yg menyampaikan derma pun mendapat pahala...

moga Allah terus melimpahkan rahmatnya pd saudara dan orang yg menderma...

syukur alhamdulillah...

rosli said...

Salam Taj,

Syukurlah , Amin

rosli said...

Salam Safiuddin,

Syukurlah semua dah selamat diagihkan. Amin.