Salam,
Bersama Zool Khazrin yang baru nak berjinak
dengan sukan golf
Bersama dengan Hasrudi yang juga baru nak
berjinak dengan sukan golf
Bagi sesetengah orang golf sukan yang mahal dan banyak masa 'terbuang'. Tapi bagi kami golf sukan yang tidak mahal dan dan banyak faedah jika betul cara dan etika . Jika ingin berehat dan bersolat ketika di padang golf kemudahan surau memang disediakan. Tepuk dada tanya selera.
Ada yang kaitkan golf dengan berjudi dan skandal dengan 'caddy' perempuan Indon. Bukan semua golfers begitu dan semua ini subjektif dan terpulang kepada diri masing2. Disebabkan 'seekor kerbau membawa lumpur, semua terpalit sama', ini tidak benar sama sekali.
Di padang dan kelab golf ramai tuan2 haji yang bermain untuk tujuan riadah dan bersukan, dan mereka ini tidak kedekut ilmu golf. Ramai jugak isteri2 yang bermain golf , walaupun kulit mereka sedikit gelap tetapi mereka sihat dan dapat beriadah. Guna losyen untuk jaga kulit dan pasti tidak gelap !
Di padang dan kelab golf ramai tuan2 haji yang bermain untuk tujuan riadah dan bersukan, dan mereka ini tidak kedekut ilmu golf. Ramai jugak isteri2 yang bermain golf , walaupun kulit mereka sedikit gelap tetapi mereka sihat dan dapat beriadah. Guna losyen untuk jaga kulit dan pasti tidak gelap !
Tumpuan penuh, Par 5 , 500 Meter
( 1/2 KM) mak oi jauhnya........
Sedang buat pukulan di 'fairway'
'Buggy' membantu percepatkan permainan dan
mengurangkan keletihan berjalan di padang golf
Hari itu kami menggunakan khidmat 'caddy' lelaki yang agak berumur dan sangat berpengalaman dan membantu memilih 'club dan baca green' . Permainan lebih kemas dan score lebih baik. 'Caddy' kami yang berbaju biru dan sedang berdiri di belakang buggy tu.
Baru 'putting', kalau senyum tu
maknanya bola dah nak masuk lubang lah tu....
Tu dia, dah dekat masuk lubang....
Permainan golf 18 lubang biasanya memakan masa antara 4 hingga 5 jam bergantung kepada 'trafik' dan permainan kita, tidak termasuk minum dan makan selepas tamat permainan. Biasanya aku amik cuti kalau teringin sangat kalau nak main golf pada hari bekerja, tapi sekarang dah jarang sangat sebab komitment kerja dan aktiviti bersama keluarga lebih penting. Adakalanya golf sebagai tugasan rasmi atas kehendak pelanggan dan keperluan pada ketika itu.
Hening, sayu dan tenang....
Hope one day aku dapat paparkan corat coret pemain2 golf tegar dan cabaran samada di padang golf atau di rumah, yang paling penting masa bersama keluarga mesti diutamakan pasti isteri dan anak2 boleh bertolak ansur.
p/s Terima kasih tidak terhingga kepada rakan aku Zool Khazrin dan Hasrudi yang sudi menemani dan mengambil gambar aku dan rakan agensi dengan menggunakan Nikon D90nya. Gambar memang cantik2 !( Aku bagi mereka 4 bulan berlatih di Driving Range sebelum boleh turun ke 'GREEN'...... Challenge. !!!!)
4 comments:
Assalamualaikum En Rosli
saya tak pernah main golf ni
jadi tak tahu apa apa pasal golf
Wassalam
salam akhi Rosli...
main golffff ???? sama mcm akhi Rozali ler ,tak der pun kayu golf kat rumah....
tapi kat taman depan rumah nie pernah gak nampak seseorang dok main golf sorang2 dia... tak tau ler org tu betul ke tak....
Salam rozali,
Bagi yg belum berjinak dengan golf saya cadangkan jangan mula berjinak sbb bila dah ketagih byk masa diperlukan nanti.
salam Ummi,
elok tak tau pasal golf ni, nanti masa cik abang awak tu berkurangan di rumah nanti.
Bg jiran ummi tu, saya percaya dia ok dan waras, tp sah dia ketagih golf dan tak ikut masa dan tmpt dah. Itu antara salah satu corat coret org yg dah ketagih golf. Yg benarnya ada padang khas, tp agaknya jiran ummi tu dah kesuntukan masa dan ikut mana sempat jer. Kalau ikut etika memang jiran ummi dah langgar kerana padang permainan adalah utk kanak2 dan bukan golfers.
Post a Comment