Sunday, November 28, 2010

MULUT MANA LEBIH BAIK ?

Salam,
Antara mulut laser, mulut jahat, mulut celupar,mulut lepas cakap, mulut manis,mulut masin, mulut tempayan dan sekarang budak2 muda selalu cakap mulut longkang dan banyak lagi jenis mulut...mana yang lebih baik ?

 Antara tahun 2004 hingga 2008 aku memang selalu lepas cakap,  antaranya aku pernah terlepas cakap,  " kalau boleh sampai mati aku tak bercakap atau berkawan dengan bekas kawan aku yang aku kenal 11 tahun.... Tau apa yang berlaku masa  buat umrah tahun 2008.....muka2 yang aku tak suka appear macam video masa aku sedang berdoa di Raudah,  MN.  Aku 'frust' dengan Allah masa tu,  napelah Allah tunjukkan muka2 mereka yang aku tidak suka dan aku anggap dah 'mati'....itu dulu.....sekarang aku lebih faham nape Allah tunjukkan pada aku,  nasib baik aku tidak mendoakan mereka yang bukan2 masa dalam MN. Nape dengan Allah pun aku nak bermulut laser....kalaulah Allah putuskan satu urat lidah aku mau senget atau terjelir lidah aku ! Aku bersyukur skrg sbb Allah maha mengetahui apa yang ada dalam hati aku.

Bila pulang dari umrah,  terlalu banyak perkara yang berlaku, mimpi ngeri, insiden dan banyak lagi peristiwa yang membuatkan aku berfikir.....teringat abang kedua aku dulu,  selalu nasihat aku bila kita bercakap......apa yang kita cakap bukan lagi milik kita....ia milik orang mendengar....sekarang aku lebih faham....kena amat berhati bila bercakap lebih2 lagi bila bercakap dengan mulut tempayan atau yang suka menyampai.....Kalau bergosip pastikan kita bergosip dengan diri sendiri atau simpan dalam hati....lebih selamat.

Cuma kekadang dalam realiti hidup dan bekerja,  aku dah cuba kurangkan mulut laser aku...aku cuba low profile.....yg bestnya....kawan2 yang kenal aku masih ada segelintir lagi provoke aku dengan cerita sensasi dan gossip2 supaya aku melenting semula dan lepas cakap macam dulu2...bila nak patahkan cakap kawan2 aku biasa cakap,  aku dah penat jadi Jebat,  aku memang tak mau jadi lalang atau Tuah....aku lebih suka jadi Hang Kasturi....dan skrg aku lebih suka jadi rakyat jelata......hahaha....jadi rakyat jelata tidor kita lebih lena....betul ker ?.....Siapa Hang Kasturi.....tunggu entri  .....entah tak tau bila sebab buku pasal Hang Kasturi hanya ada di Red Spot library UM sahaja.....hasil penulisan Tun Sri Lanang...

Saturday, November 27, 2010

BERTEMU DENGAN NORMANIZAM ( IJOI ) DI KLIA SEMALAM

Salam,

Kali ini aku nak cerita pasal pemain takraw pulak.  Kalau nak baca pengalaman pemain takraw tahun 80an ,  sila baca entri Pak Itam ( CR).

Semalam setibanya di KLIA, aku tunggu wife jemput aku di pintu 2 ketibaan,  aku terkejut di sapa oleh seorang pemain takraw Malaysia yang baru pulang dari Guangzhou, China, Normanizam atau nama gelaran dia IJOI  kami bersalaman dan dia pun peluk aku cara peluk Arab....dia masih hormat dan ingat aku, aku sangat terharu.   Dalam pasukan Msia sekarang ada 3 orang bekas pemain sepaktakraw Telekom Malaysia....aku sempat jadi Pengurus Pasukan TM pada tahun 2002 hingga 2004.  Tahun kegemilangan TM pada tahun 2004. 

Aku sempat bagitau Ijoi,  jubah Arab yang dia belikan aku dulu pada tahun 2007, aku pakai masa gi umrah tahun 2008,  banyak pahala dia kerana aku pakai setiap kali nak gi solat di MH dan MN.  Cuma yang aku tak pakai adalah igalnya sahaja.  

Aku tengok berat badan Ijoi sedikit naik dan sempat nasihatkan dia banyak bersabar dan teruskan usaha untuk naikkan nama Malaysia. Aku yakin Malaysia boleh berjaya jika berusaha keras dan mereka bekerja sebagai satu pasukan.  Pak Itam (CR)dan rakan2 tahun  80an patut di panggil semula oleh PSM untuk memberikan idea bagaimana berdepan dengan Siam yang terkenal dengan gelagat mengejek atau 'menganjing' sepertimana kata Pak Itam dalam entrinya....rujuk blog Pak Itam...bagus cerita dan pengalamannya.

Ketika nak berpisah kami berpelukan cara Arab lagi,  aku terharu dengan sikap dan rasa hormat Ijoi pada aku.....Ijoi terkenal dengan servis kudanya dan berjaya menakutkan pasukan Siam,,,,cuma dulu hanya dia sorang yang ada servis kuda ni.... pernah mengharumkan nama Malaysia suatu ketika dulu. Sekarang Siam mudah perkotak katikkan kita....tu belum lagi Spore, Indon,  Korea, Jepun dan China....mereka semakin bagus skrg....

Aku tak sampai hati nak bertanya pasal prestasi pasukan....sebab dah tau Msia dapat perak dan pertandingan antara regu pun aku tak tanya.....sebab ketika itu aku nampak dia berseorangan sahaja....biasa kalau berseorangan di KLIA maknanya Msia kalah atau tidak memang emas..... kekadang aku tidak faham dengan pengurusan sukan Msia.....mereka pulang dengan pingat perak di Sukan Asia....bukan liga kampung....berilah sedikt sambutan di KLIA... 

Walaupun aku hanya  mewakili sekolah semasa main takraw dulu....aku masih menunggu PSM panggil aku untuk bagi idea ataupun jadi AJK.....tapi aku rasa aku sedang bermimpi di siang hari kerana PSM tidak pernah akan pandang orang cam aku ni.....walaupun aku pernah jadi Pengurus Pasukan Takraw TM yang banyak kejayaan pada tahun 2004......tapi aku tak kecik  hati....hehehe.

Aku jugak menunggu FAM agar bukak ruang kepada orang awam dan bekas pengurusan bolasepak mana2 kelab agar tampil memberikan idea bagaimana nak majukan bolasepak Msia....aku sekali lagi bermimpi di siang hari.....cita2 aku nak bawak Msia ke pusingan akhir Piala Dunia 2026 atau 2030.....sekali lagi aku tidak kecik hati pada FAM.....hehehe.....

Thursday, November 25, 2010

TUGASAN TAK RASMI DI KUCHING , BELI KEK LAPIS BASAH -PART 2

Salam ,

Biasanya orang Semenanjung kalau ke Kuching tak 'sah' kalau tak beli Terubuk Masin dan Kek Lapis.  Kedua2 makanan ini kegemaran wife aku.....wife suruh carikan Kek Lapis Basah...sedap katanya.  Terubuk masin aku dah tempah dengan rakan pejabat di Kuching.
Petang ni tadi (25 Nov) selepas tugasan rasmi aku terus ke jeti tepi waterfront bersama 3 orang lagi rakan2....kami naik sampan, 50 sen  seorang sehala.....lebih kurang 3 minit dah sampai ke jeti seberang, menuju ke Mira Cake House, di Kg Boyan-Gersik- Sourbaya, Kuching.

 Masih atas sampan....3 minit je ke seberang sungai

 Ni jetinya...dah makin baik dan selesa

 Ni dia kelompok kedai2 yang dituju

 Ni dia kedai tu...orang dah mula ramai

Tu dia hotel Grand Margherita , 
pemandangan dari sebelah kampung

Sedang meneliti gambar yang dicetak dari FB 
dan apa yang nak dibeli
Dah sedia untuk dibawa pulang ke rumah esok

Tugasan tak rasmi beli kek lapis basah dan terubuk masin dah siap....lega di hati  dan hope wife happy. Kalau ada kawan2yang teringin nak makan kek lapis dan terubuk masin....jemput datang ke rumah malam esok...Esok ( 26 Nov) flight aku 12.45 tengahari dari Kuching ke KLIA.

TUGASAN RASMI DI KUCHING - PART 1

Salam,

Ini kali kedua dalam tahun  ini aku ke Kuching . Kali pertama bulan April lalu.  Semalam 24 Nov bertolak ke Kuching.....setibanya di Kuching kami di bawa ke Rumah Hijau kat Satok makan ayam penyek....sedap makanan kat situ.


 Dari KLIA ke Kuching

Ni dia nasi ayam penyek....nyam2 sedap..
 Tugasan rasmi di Hotel Grand Margherita, Kuching.

 Landmark  Hotel

 Seperti biasa kegemaran aku snap foto bilik

Dari tepi hotel...
cantik  pemandangan Sungai Sarawak ni
Lepas ni aktiviti tidak rasmi, naik sampan untuk beli kek lapis basah ...

Monday, November 22, 2010

DEBARAN SPM 2010

Salam,

Esok lebih kurang 9 jam lagi anak perempuan aku akan menduduki peperiksaan SPM....aku pulak amik SPM 30 tahun dulu (1980)....yang peliknya aku pulak yang berdebar2 sejak satu minggu lepas....hari ini debaran aku makin ketara....Esok kertas Bahasa Melayu,  lusa Bahasa Inggeris..Insyallah 8 Disember kertas akhir....


Aku dan wife tak putus2 berdoa untuk Nur Adiera Hanna.....moga tenang, sabar dan dapat menjawap soalan dengan cemerlang dan tahun depan dapat keputusan yang terbaik.

Bagi geng2 PDKM dan jugak semua pembaca blog aku yang jugak ada anak amik SPM semoga anak2 kita berjaya dengan cemerlang dan kita sama2 berdoa. Amin

Sunday, November 21, 2010

SEMAKAN SEMULA MODUL CONFINED SPACE DI MELAKA

Salam,
Sekali lagi aku mendapat peluang dari kawan sepejabat aku Sdr Faizal Hashim yang Allah gerakkan hatinya untuk menjemput aku bersama dengan rakan2 lain di Hotel Renaissance,  Melaka sekali lagi untuk menyemak modul baru pada 4 hingga 6 November lalu.  Aku hanya boleh datang ke Melaka pada 5 Nov pada sebelah pagi.  



 Dah jadi hobi baru aku sekarang snap foto bilik hotel 
di mana aku menginap

Pemandangan yang cantik, Sg Melaka

Hotel ni memang menyediakan makanan yang banyak dan pilihan yang sesuai dengan citarasa aku, kebetulan semua kos telah dibayar oleh pihak NIOSH


Makan lauk dan sayur lebih banyak  dari nasi

Insyallah akan turun Melaka lagi 8 Disember 2010, program rasmi Penghargaan dan Pengiktirafan staff kami di Melaka , mungkin Hotel Avillion Legacy pulak. 

Friday, November 19, 2010

DARI LIGA KAMPUNG DI KEDAH KE SUKAN ASIA- S. CHANTHURU- PART 1

Salam,

Aku sekadar berkongsi cerita.....pasal bebudak bola ni...... Sekarang kita sedang sibuk dengan bolasepak Sukan Asia di China. Kita menang satu game dan kalah tiga game,  satu pencapaian yg baik sebab layak ke peringkat kedua. Tapi lepas tu kalah dengan Iran 1-3, tamat perjuangan Malaysia. Tahniah pada rakyat Malaysia yang masih menyokong Malaysia,  K.Rajagobal dan semua pemain2...anda semua hebat.

Aku dengan sengaja ingin mencuri perhatian kepada peminat dan pencinta sukan bolasepak Malaysia......ada lagi ker pencinta bolasepak Malaysia...? Sekarang kalau kita tanya anak2 muda rata2 mereka hanya mengikuti English Premier League( EPL), Spanish League dll yang berkelas tinggi  kerana pada mereka bolasepak Malaysia 'low class' ,  kepada orang Malaysia dan peminat Liga Super Malaysia jangan marah....kalau nak marah....marah pada ASTRO.....tahun 1970an mana ada Astro....dulu ada RTM dan Radio......

Sedih bila mereka kata 'low class',  tahun 2002 hingga 2007 aku sempat bawak pasukan bertaraf kelab,  Telekom Melaka Football Club atau lebih dikenali TMFC.....tapi big boss aku di TM mahukan nama Telekom Malaysia Football Club...one day aku akan cerita kenapa nama Telekom Melaka aku dan pengurusan aku ketika itu tukar kepada TMFC.....Dari Liga Perdana kami bawak team ke Liga Super pada tahun 2004. Bila dah terlibat baru kita tahu senang atau susah mengurus sesebuah pasukan,  sebab tu sedih bila sesetengah peminat bolasepak kata Liga Malaysia 'low class'. Ada masa dan ketika kita sambung citer ni di lain entri.  Sekarang kita tumpu kepada cerita asal di atas ok..

Dalam perlawanan akhir Piala Malaysia bulan lepas Kelantan mengalahkan Negeri Sembilan 2-1,  semua orang dah tau keputusan itu,  sekarang Kelantan sedang berpesta ,  tahniah kepada Kelantan.....Permainan Kelantan berubah corak selepas separuh masa kedua dengan kemasukan S. Chanturu......terus Kelantan dapat dua gol dalam masa berselang 5-8 minit.  Siapa S. Chanturu ni ? (S.C)

Aksi S.Chanturu di China

Budak ni aku tak pasti asal usul dia,  setahu aku dia asal dari Kedah,  tetapi kekadang orang surat khabar tulis dia asal dari Penang. Ikut rekod aku tahun 2007 dia dari sebuah daerah terpencil di Kedah....tak sure sama Sg Petani or Kulim.....

Tahun 2007 dia tak mendapat tempat pun  dengan pasukan Piala Presiden Kedah pun ( Liga Simpanan) setelah mencuba beberapa kali....aku tak sure nape pengurusan Kedah menolak S.C ni dulu. So budak ini frust menonggeng, terus balik kampung mainlah bola dekat padang kampung dia setiap petang. Kesian dengar citer budak ni. Nak dijadikan cerita Bulan Februari 2007 Jurulatih Piala Presiden kami yang ada darah campur telah di hubungi oleh bekas jurulatih S.C yang jugak berdarah campur...."tuan you mau ka ada satu player banyak bagus, rajin, laju, ada skill dan skrg tak ada team, gerenti boleh tolong you punya team".   

Kami ni macam orang mengantuk disorongkan bantal,  sapa rekomen bagus kami amik lah.....buat surat, isi borang dan macam2 lagi kena ikut birokrasi KFA dan FAM.  Budak2 bola bawah 21 tahun kalau nak main dengan kelab lain dari negeri sendiri mesti dapat surat pelepasan dulu....kalau tidak haru biru nanti ( nanti aku citer pulak pasal pemain utama Kelantan bernama Farisham Ismail, jugak main dalam final Piala Malaysia baru2 ini).

So S.C ni pun mainlah dalam pasukan TMFC  dalam Piala Presiden,  kelebihan budak2 Piala Presiden kekadang mereka boleh dinaikkan dan main dalam pasukan Liga Super, so satu hari tu,  S.C ni kena main dalam Piala FA melawan Sarawak kalau tak silap....dia jaringkan 2 gol dan hari tu TMFC menang 4-0 dalam Piala FA....meletup2 nama S.C....kami pun terkejut sebab S.C memang bagus.....nak tau apa jadi lepas tu pada keesokan harinya....jeng jeng jeng......

Seorang pegawai dari Persatuan Bolasepak Kedah ( KFA) menghubungi kami dengan mengatakan S.C masih di bawah umur dan mesti dikembalikan kepada KFA tahun depan !.  Terkejut kami......ingatkan KFA dah buang budak ni dulu.....rupa2nya bila S.C menonjol mereka bukak mata pulak......nak balik budak S.C ni bermain dengan negeri Kedah.  

Ogos 2007 TMFC dengan secara rasmi dibubarkan.....100 peratus pemain Liga Super TMFC di amik oleh beberapa pasukan lain termasuk Hardi jaafar yang disambar oleh pasukan Selangor...aku tak pasti ke mana S.C pergi.....tiba2 aku dapat tau melalui  media dia bermain dengan pasukan Kelantan mulai tahun 2009.....Aku rasa S.C tak main pun dengan pasukan negeri Kedah.....bila melepasi umur 21 pemain bebas untuk memilih pasukan mana yang mereka suka.....nah skrg dia main dengan pasukan Malaysia....Cerita ni aku pendekkan.....banyak lagi 'drama' FA Negeri dan FAM bagi musim 2011....kalau tak percaya tunggulah.....

Moral of the story.....kekadang FA Negeri lebih suka buang atau ketepikan pemain yang sebenarnya bagus....KFA salah satu pasukan ada sedikit ciri2 kronism.....beberapa pasukan negeri lain pun begitu.....Kami pasukan kelab merempat dan menyembah mencari pemain yang tidak diperlukan.....kami gilap dan kami jaga mereka..... FAM tidak berpihak kepada pasukan kelab.....next entri aku boleh buktikan.......ini kenyataan dari dalam lubuk hati aku ' FAM DAN BOLASEPAK MALAYSIA TIDAK BOLEH MAJU JIKA TIDAK ADA PERUBAHAN SECARA MENYELURUH DAN JIKA FA NEGERI MASIH ADA MAIN POLITIK DAN KRONISM, BOLASEPAK KITA TIDAK AKAN KE MANA2 PUN '.

Wednesday, November 17, 2010

SESI KORBAN DI SURAU AL KAUTHAR, SEKSYEN 4, BDR BARU BANGI

Salam,

Tahun 2007 keluarga aku mengambil bahagian korban dengan seekor lembu di masjid Bt 15, Ayer Hitam, Muar,(jumlah 5 ekor lembu korban di masjid tersebut) masa tu aku tengok dari jauh ajer....tak berapa berani ....gotong royong pun aku tak join, entah kenapa...mungkin aku ngeri dan tak berani melapah lembu korban tu,  yang peliknya aku suka pulak makan daging lembu....hehehe.

Pagi tadi selepas solat sunat Aidil Adha,  hati aku tak berapa senang kat rumah....capai sebilah pisau dan terus ajer ke surau kariah aku..orang dah ramai ,ada yang sedang tunggu lembu di lapah dan ada yang sedang menyembelih seekor lembu. Dari maklumat yang aku perolehi dari AJK surau Al Kauthar ada 15 ekor lembu korban tahun ini.

Sepanjang  hidup aku selama 47 tahun ini kali pertama hati aku terbukak hati nak bersama2 jemaah surau sesi gotong royong korban memang best rupanya.....jumpa ramai kawan dan dapat pengalaman melapah dan memotong daging lembu dan yang paling best dapat 1 kg daging lembu fresh......Insyallah aku akan join lagi tahun depan dan akan bawak pisau yang lebih tajam untuk memudahkan kerja aku. Amin.

 Lembu2 dah tak tentu arah dalam lori ni...

 Ni lembu yang keenam

Baru sembelih....

 Sedang melapah lembu

 Bahagian timbang tulang...
dan penggemar ekor lembu

 Bahagian timbang dan bungkus daging

 Bahagian potong tulang

 Aku kat bahagian ini, melapah daging

 Lagi bahagian timbang dan bungkus tulang

Sebahagian dari 15 kepala lembu..
nikmat kepada penggemar sup kepala lembu

Tahniah kepada AJK Surau dan terima kasih kepada 15  keluarga yang mengambil bahagian korban tahun ini, moga rezki tuan/puan makin murah dan boleh buat korban lagi di tahun hadapan.

Tuesday, November 16, 2010

MASIH FOBIA APABILA MEMANDU

Salam,
Kesan kemalangan motorsikal aku tahun 1981 aku masih terasa,  sehingga kini kalau ternampak anjing tepi jalan mesti aku mesti perlahan kereta ( dulu  motor) . Lekuk di dahi kekal sehingga kini,  dua batang gigi patah diganti dengan 'Crowning', parut di kaki dan tangan kekal hingga kini. Aku masih bersyukur kerana Allah masih memberikan aku peluang dan ruang untuk mengharungi hidup ini sejak kemalangan tersebut lebih kurang 29 tahun lalu.

Parut dan lekuk tu betul kat dahi sebelah kanan sikit 
(dari depan) kat gambar ini paling jelas
aku saja paparkan gambar yang berlatar belakang pintu King Aziz , 
sekarangkan musim haji....

Kemalangan bulan September lalu jugak  banyak meninggalkan kesan kepada pemanduan aku skrg,  kalau hujan tak semena2  aku akan pandu perlahan, macam2 ada dalam fikiran ni dan yang betul2 fobia bila tiba di mana2 simpang aku mesti amik masa yang agak lama untuk teruskan perjalanan....terasa macam ada kereta datang dari arah simpang.  Aku sentiasa berdoa agar kesan fobia ini hilang dan aku dapat memandu dalam keadaan yang kembali biasa.
Semalam masa pulang dari pejabat, hujan renyai2 dan 
jalan agak sesak menuju ke Tol Sg Besi....22km sejam

Yang pasti kesan positif pemanduan aku lebih berhemah dan lebih  berhati,  tetapi orang di belakang aku mungkin tidak begitu gembira dengan corak pemanduan aku......mungkin mereka tidak faham bahawa aku yang benarnya masih fobia akibat kemalangan lepas.

Friday, November 12, 2010

GOTONG ROYONG ADIK BERADIK KG BATU LAUT, TG SEPAT.....ANTARA TERKENAL/ TRAGEDI DAN SEJARAH

Salam,
Bulan lepas (17 Oktober lalu) aku berkesempatan balik ke kampung membantu abang2 aku untuk memotong dan memangkas dahan pokok rambutan yang berusia lebih 30 tahun.  Kalau tak silap, pokok ini ditanam oleh arwah ibu aku di tepi rumah. Aku sempat bergurau dengan abang2 aku,  " kalau arwah emak masih ada jangan harap boleh potong pokok ni,  mesti kita semua kena marah",  mereka semua bersetuju....arwah emak memang sayang dengan semua pokok yang dia tanam dan jaga sampai besar.


Sekarang pokok ini makin membesar dan beberapa dahan utamanya membahayakan bahagian dapur rumah pusaka ini.  Kami adik beradik sepakat dan bersetuju untuk memotong sebahagian besar dahan2 ini untuk tujuan keselamatan dan menjaga bahagian dapur rumah agar tidak terancam.  Actually dahan2 kecik mereka dah cantas dulu dan yang tinggal dahan-dahan yang lebih besar dan memerlukan lebih tenaga dan kepakaran dari abangah aku yang memang ada pengalaman memotong pokok.
Lepas ni ada cadangan buat anjung tepi rumah bagi memudahkan kami lepak dan buat program BBQ. 


Ni dia dahan utama ni yang belum berpotong

 Terang dan lapang bila dah potong

 Senang hati dahan dah pendek
 Tinggal nak kemas je dahan yang dah potong ni

Aku sekadar nak berkongsi jalan2 dan lokasi yang perlu aku lalui jika nak balik Kg Batu Laut, sejak dua bulan lepas sangat panas dan keluar masuk akhbar dan media elektronik...bagi aku dulu  Tg Sepat, Banting,  Kancong Darat, Sg Lang, Morib,  Tg Layang dan Ladong Gadong sekadar nama dan kampung yang begitu sederhana.....tapi sekarang semua rakyat Malaysia dah kenal...


ANTARA TERKENAL/ TRAGEDI DAN SEJARAH 

Sepanjang perjalanan pulang ke kampung aku melalui pekan Banting, Sg Lang,  Kancong Darat , Morib dan lepas tu melalui kawasan yang begitu panas dan top akibat kes pembunuhan Jutawan kosmetik di Ladang Gadong,  Tanjung Layang,  Restoran Assam.  Sempat aku snap beberapa gambar dan lokasi yang selalu keluar dalam media cetak dan media elektronik.  Lokasi ladang Gadong tu lebih kurang 2 km dari kawasan perkuburan Islam di mana arwah ibu dan bapa aku bersemadi dan lebih kurang 5 km dari Kg Batu Laut

 Menghampiri Morib

 Sg Pancau....
 Ladang Gadong
 Ladang Longan,  pintu masuk tmpt kes
Ni dia simpang tu
Aku pulak ada sejarah tersendiri di sini bulan Januari 1981,  motorsikal aku berlanggar dengan seekor anjing selepas maghrib dekat2 kawasan ni,  akibatnya 2 batang gigi aku patah, dahi aku sampai sekarang ada kesan lekuk, siku aku pun ada parut dan kaki aku pun ada kesan parut.... dua minggu lepas tu arwah abah aku meninggal dan dikebumikan di tanah perkuburan Bt Laut berhampiran dengan Tg Layang.


Bagi yang masih ingat sejarah tahun 70an dulu,  Ladang Dagong ni dekat sangat denganTg Layang terkenal sebab seekor ikan paus terdampar di pantai sini...( berhampiran pantai Morib),  berminggu minggu berita pasal ikan paus ni....Sekarang tiada lagi kesan sebab dah penuh dengan pokok bakau semula.


Pada tahun 1948 ,  zaman pemerintahan komunis ni pulak,  kawasan Sg Pancau pulak memang pernah terjadi pertempuran antara tentera kerajaan dan tentera komunis,  ramai orang kampung aku terbunuh di sini termasuk bapa tiri aku,  komunis pun ramai yang terbunuh.


Sekarang kawasan ini kembali sunyi seperti dulu,  orang semakin lupa peristiwa berdarah pembunuhan jutawan kosmetik .....akan kembali sibuk masa perbicaraan bermula nanti... 
Yang pasti Kg Batu laut telah melahirkan beberapa orang terkenal antaranya Cikgu Jabar, wakil rakyat BEBAS yang paling lama berkhidmat di Selangor dan Malaysia,  bekas Menteri Kebajikan Masyarakat,  Tan Sri Zaleha Ismail, Dato Satim Diman,  ADUN Selangor ( bekas Pengurus Bolasepak Selangor) dan ramai lagi aku sendiri tidak ingat dan tak simpan data2 mereka. 


Walaupun  aku tidak lahir di Kg Batu Laut,  aku bangga dengan kampung arwah abah dan emak aku ni....duriannya antara yang paling sedap di daerah Kuala Langat, mukim Tg Sepat dan pekan Banting !

Thursday, November 4, 2010

MENIKMATI KEBESARAN ALLAH DI AKCC, MELAKA

Salam,

Kekadang bila ada masa aku main golf, sambil menikmati pemandangan padang yang luas dan cantik, sambil beriadah dan bersukan terdetik hati syukur pada Allah kerana memberikan aku kesihatan yang baik dan aku masih dapat bersukan dan bermain golf sukan kegemaran aku sekarang.  Dari 12 hingga 14 Oktober lalu aku di Melaka,  lepas tugasan rasmi aku amik kesempatan bermain golf dengan abang Salim di Ayer Keroh Country Club (AKCC), Melaka.

Lepas Asar kami 'tee off'(mula) dan biasanya menghampiri waktu Maghrib permainan kami tamat. Di lubang akhir ini aku rakam gambar matahari nak terbenam, sayu dan hiba hati waktu ini, sungguh cantik menikmati kebesaran Allah waktu ini.
 Atas buggy,  ini PAR 5, jauhnya lebih 500 meter

Terus menuju ke Club house AKCC.

p/s Sekadar berkongsi rasa,  bagi ramai  orang sukan golf banyak amik masa dan  dikaitkan dengan berjudi, skandal dengan kedi dll,  terpulang pada mereka.....  Bagi aku pulak ianya sekadar bersukan, riadah,  penumpuan penuh pada game,  berlawan dengan diri sendiri dan mencari rehat dan sedikit ketenangan diri bila berada di padang golf kerana mencari ketenangan yang ultimate adalah  bila berada di atas tikar sejadah untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t.