Thursday, November 25, 2010

TUGASAN TAK RASMI DI KUCHING , BELI KEK LAPIS BASAH -PART 2

Salam ,

Biasanya orang Semenanjung kalau ke Kuching tak 'sah' kalau tak beli Terubuk Masin dan Kek Lapis.  Kedua2 makanan ini kegemaran wife aku.....wife suruh carikan Kek Lapis Basah...sedap katanya.  Terubuk masin aku dah tempah dengan rakan pejabat di Kuching.
Petang ni tadi (25 Nov) selepas tugasan rasmi aku terus ke jeti tepi waterfront bersama 3 orang lagi rakan2....kami naik sampan, 50 sen  seorang sehala.....lebih kurang 3 minit dah sampai ke jeti seberang, menuju ke Mira Cake House, di Kg Boyan-Gersik- Sourbaya, Kuching.

 Masih atas sampan....3 minit je ke seberang sungai

 Ni jetinya...dah makin baik dan selesa

 Ni dia kelompok kedai2 yang dituju

 Ni dia kedai tu...orang dah mula ramai

Tu dia hotel Grand Margherita , 
pemandangan dari sebelah kampung

Sedang meneliti gambar yang dicetak dari FB 
dan apa yang nak dibeli
Dah sedia untuk dibawa pulang ke rumah esok

Tugasan tak rasmi beli kek lapis basah dan terubuk masin dah siap....lega di hati  dan hope wife happy. Kalau ada kawan2yang teringin nak makan kek lapis dan terubuk masin....jemput datang ke rumah malam esok...Esok ( 26 Nov) flight aku 12.45 tengahari dari Kuching ke KLIA.

6 comments:

Kak Sidah said...

Salam En. Rosli,

Sedap tu..ingat isteri walau dimana berada..bahagia..selamat kembali dari tugasan ..

rezeki said...

salam


jumpa abg sulong tak kat kuching

aznaz said...

salam dari makkah


nanti cl mai nohh...mkan kek lapis perasa strawbeery ada tak?


waslam

rosli said...

Salam Kak Shidah,

Betultu, kekadang buah tangan yang dibeli memang menggembirakan hati wife.

Insyallah jam 2.30 petang akan mendarat di KLIA.

rosli said...

Salam CR,

Tak sempat jumpa abg sulong, jadual kerja padat di sini, masa lapang sebelah malam ajer, sempat berjalan2 depan waterfront sahaja bersama rakan2 pejabat yang nak mencari cenderahati

rosli said...

Salam CL<

Dapat beli kek perasa coffee, penaut butter, strawberry pun ada dan yang bernama Isabella. Saya tak berapa suka makan kek, wife dan anak perempuan yang suka.

Mailah rumah nanti CL, kek tu boleh tahan 1 bulan