As Salam,
Bulan Mei ni, aku sibuk dengan kerja pejabat, sibuk dengan program pejabat termasuk persiapan Team Building yang baru tamat Sabtu lalu. Minggu ni sibuk pulak dengan mesyuarat di pejabat, lepas tu buat minit mesyuarat. Aku percaya boss aku lebih sibuk dan dia lebih penat dari aku.....hehehe
Sibuk dengan Adiera yang dah masuk KMS semalam dan sebelum itu persiapan beli barang2 keperluan dia. Hope dia boleh cepat sesuaikan diri dan cepat catch up dengan suasana pembelajaran, persekitaran dan kawan2 baru. Ramai jugak kawan2 dia dari sekolah yang sama dapat masuk ke KMS. Anak2 jiran ada yang lapor diri di KM P.Pinang, Kedah , Melaka dan Kuala Pilah, ada yang masuk Asasi Sains UITM dan UM dan macam2 lagi.
Hujung minggu ini aku wife dan anak2 akan sambut ulang tahun perkahwinan kami yang ke 23 di salah sebuah resort di Port Dickson. Hope semua berjalan lancar.
Dua minggu lepas aku main golf dengan kawan2 di Staffield, permainan kurang menjadi....entah kenapa lepas tu hingga kini minat aku pada golf menurun sangat....berehat beberapa minggu or beberapa bulan kot.....
10 comments:
assalamualaikum Tuan
alhamduilillah, tahniah untuk Tuan dan isteri.pasti banyak onak dan duri telah ditempuhi.selamat ulang tahun ke 23.semoga dilimpahi rahmat dan kasih Ilahi.
salam THRosli,
Heppy anniversary....muga kekal selamanya dlm limpah rahmatnya.
semuga diberi ALLAH nikmat sihat bagi 'handle ' kesibukan ini..
Ummu,
TK atas ucapan, memang betul tu, byk onak dan duri dah ditempuhi bersama. Insyallah mohn diberkati Allah sentiasa. Ameen
Ainhany,
Tk atas ucapan itu, Insyallah mohon sentiasa diberkati Allah dan bersyukur dengan nikmat Allah ini. Ameen
tahniah...moga hingga akhir hayat
Faeez,
TK atas ucapan dan doa tersebut.Ameen
Assalammualaikom wtb tuan. Khaifahaluka....lama tak ziarah blog tuan. Sibuk memang sibuk, hal dunia ini banyak menyebokan kita. Jika difikirkan kembali sejak dari kita dilahirkan, ada sahaja perkara yang membuatkan kita sibuk sehinggakan kita lalai dan leka.
Mereka yang bijak pandai megatakan, jika kamu sibukkan diri kamu dengan akhirat, Allah akan sibukan kamu dengan urusan dan amalan agama sahaja. Jika dihati kamu tiada kesibukan itu, kamu pasti akan disibukkan dengan urusan dunia kamu. (ana menulis untuk perigatan diri ini juga)
~Renung-renugkan~
JazakaAllah
MI,
Terima kasih atas peringatan ini, saya pun sedar kekadang kesibukan dunia ini membuat waktu solat saya begitu pendek dan waktu berwirid pun saya pendekkan....Insyallah di waktu rehat ini saya akan panjangkan semula masa untuk bersolat dan berwirid. Ameen
Assallamualaikum Rosli,
Tahniah.
Selamat Ulang Tahun!
Semuga dirahmati selalu.
Mana Nadz,
TK atas ucapan, moga kita semua sentiasa dirahmati Allah. Ameen
Post a Comment