Saturday, May 7, 2011

YA ALLAH, TQVM ATAS SEGALA NIKMAT YANG DIBERIKAN

As Salam,

Dua minggu lepas anak perempuan aku, Nur Adiera dapat surat untuk hadiri program PLKN di Kem Paya Indah, Banting, persiapan semua dah buat.  Ada sedikit masalah dengan pemeriksaan kesihatan dan doktor pakar Kerajaan tidak rekomen untuk hadiri program tersebut....

Allah dah takdirkan rezeki dia,  minggu lepas buat semakan dia dah dapat jawapan berjaya memasuki Matrikulasi dan kebetulan dapat di Jugra, Banting. Ya Allah , aku amat bersyukur dengan rezki dan nikmat yang diberikan. Ini peluang terbaik Adiera untuk perbaiki dan tebus kekurangan semasa SPM lalu. Minggu ni dapat pulak pengesahan dapat masuk UITM melalui UPU. Rezki lagi. Rasanya Matrikulasi jadi pilihan utama walaupun ramai kawan2nya tidak bersedia mengambil risiko.....

Aku tak sure nape ramai sangat yang mengatakan Matrikulasi susah....tapi aku dan wife dah bincang dengan Adiera....kami sepakat dan Adiera pun dah bulat hati masuk ke program Matrikulasi. Ya Allah moga pilihan ini adalah jalan yang terbaik dan moga Adiera dipermudahkan di dunia Matrikulasinya nanti. Ameen.

4 comments:

atuk said...

Assalamualaikum En Rosli

Tahniah untuk Nur Adiera

anak saya pun Insyaallah akan ke banting juga, dlm bidang sain hayat, pd 23 hb nanti

ps:nanti selalu lalu depan rumah CM

Wassalam

rosli said...

HJ Rozali,

Insyallah kita jumpa 23 Mei nanti, rasanya kursus yang sama ni....hehe..memang lalu dekat dengan rumah CM

KAMATO said...

Salam bro, anak saya pun akan masuk matrik jugra, jumpa sana 23 hb ni...

rosli said...

Kamato,

Tahniah Bro, kita jumpa di sana