Monday, May 9, 2011

INDAHNYA ALAM PERSEKOLAHAN- SEKOLAH RENDAH BHG 1

As Salam,

Aku mula masuk darjah satu awal Januari 1970, beberapa bulan sebelum itu arwah ibu aku ada bertanya , nak masuk sekolah mana,  sekolah Melayu or sekolah orang putih ? Aku ingat lagi jawapan aku masa tu, "orang nak masuk sekolah orang putih", Aku bahasakan diri aku dengan arwah emak sebagai orang.  Maka masuklah aku ke SK Bukit Bintang (2), Jalan Sg Jernih, P. Jaya

Beberapa hari sebelum masuk darjah satu abang dan kakak aku ajar ABC dengan kapur dan papan hijau....nasib baik cepat tangkap..... aku tak berpeluang masuk tadika sebab arwah abah tak mampu.

Aku masih ingat lagi hari pertama ke sekolah arwah emak hantar aku , jalan kaki ajer rumah dengan sekolah lebih kurang 400 meter sahaja, jalan kaki lebih kurang 15 minit. Dua hari ajer arwah emak teman aku, lepas tu aku dah ok,  dapat kawan dan balik sekolah pun jalan kaki sendiri.  Dulu2 mana ada kes culik2 ni....lagipun aku anak orang susah sapa nak culik...hehehe.  Aku tinggal di kuaters MBPJ seksyen 8, Petaling Jaya....(kalau ada masa baca entri pasal rumah aku...)

Nak tau berapa duit belanja sekolah aku masa tu.....10 sen sahaja, 5 sen beli keropok dan 5 sen lagi beli kacang dan aku togok air paip kat sekolah setiap hari.....hampir setiap hari (anak2 aku terlopong dan macam tak percaya itulah duit  belanja aku dulu). Aku jelaskan pada mereka dulu 10 sen ok jugak.  Aku tak pernah sedih sebab itu yang termampu oleh arwah abah dan arwah emak.

Kalau sekolah biasa pagi, sebelah petang aku pergi sekolah agama dan begitu sebaliknya. Belanja mengaji pun kekadang 10 sen dan kekadang 5 sen, biasa beli aiskrim Malaysia kat depan surau tu,  kami panggil orang tua tu Nenek Jawa, sedap ais krim yang dia jual, sebatang 5 sen , ada kacang hijau, nenas dan asam boi. Nenek tu dah lama meninggal kalau tak silap lewat tahun 70an, masa tu aku dan famili pun dah berpindah rumah sebab arwah abah aku dah pencen tahun 1979.   Next entri  akademik, rakan2 sekolah dan bersukan..nostalgia..

3 comments:

sonata anak kancil said...

salam...best baca kisah lama...nostalgia...kisah2 kita sekolah macam sama aje...

ade jugak duit belanja 10 sen / 5 sen...saya dulu tak ada pun ! kesian kat saya...tak berapa nak ingat dah...rasanya ada dapat bantuan biskut

rosli said...

Hjh Zaleha,

Wah cerita hjh lagi sedih....ingatkan saya dah cukup susah dengan duit belanja 10 sen.

rosli said...

Hjh Zaleha,

Wah lagi susah tu....saya sekadar berkongsi rasa