Assalamualaikum wbt,
Tajuk entri kali ini sangat luas dan begitu subjektif....saya akan cuba mengolah mengikut perspektif saya...Kita biasa dengar kawan ketawa ramai dan kawan masa susah nak cari satu pun susah
Saya percaya ramai yang berkawan, berkawan rapat dan bersahabat. Saya juga pasti ramai yang dah hilang kawan, hilang kawan/sahabat mungkin akibat berpindah rumah, pindah kerja, akibat bergaduh, akibat tidak membayar hutang, meninggalkan dunia ini dan macam2 lagi.
Orang tua-tua selalu pesan cari kawan yang ikhlas dan kawan boleh bantu masa kita susah....ada lagi ke kawan sebegitu sekarang ?
Ada orang berkawan sebab nak tumpang senang dan ada jugak kes nak tumpang glamour dan ada jugak berkawan sebab nak senang pinjam duit dan beribu lagi sebab...Kita jugak biasa dengar berkawan biar seribu dan berkasih biar satu.....ada kes hilang kawan sebab girlfriend atau boyfriend....puncanya berebut kasih....
Kawan tepi jalan memang banyak.....saya panggil ni kawan 'Chow Kit Road' maknanya ini bukan kawan tetapi orang yang tak boleh dibuat kawan dan memang tidak tau erti berkawan
Paling susah adalah nak cari kawan yang boleh simpan rahsia dan sentiasa memberikan teguran yang membina kepada kita....ini kita katakan sahabat dunia akhirat
Di luar sana termasuk saya sendiri, jika kita pernah hilang kawan....jangan meratap atau sedih....semua Allah dah tentukan.....Allah nak bagi kawan yang lebih baik dan dalam masa yang sama...kita kena menilai diri kita sendiri adakah kita kawan yang baik atau kawan kita yang mempunyai kelemahan yang kita tidak boleh terima....
Saya sendiri dah hilang ramai kawan samada sebab salah faham, kawan tak bayar hutang atau ditikam dari belakang...paling melukakan hati bila hilang kawan sepejabat yang saya pernah kenal selama 11 tahun.akibat dari sikap yang sama2 ego dan tidak mahu mengalah atau mengaku salah...dulu saya sedih dan risau tapi sekarang saya banyak melihat ini semua dengan mata hati dan redho.....malah ingin berterima kasih kerana menyedarkan diri yang serba kekurangan ini...
2 comments:
assalamualaikum - saya tidak ada istilah kawan rapat - saya berkawan dengan semua orang...sape nak kawan dengan saya kawan lah...tak nak kawan - saya tak kisah ! selain drp ramai kawan sekeliling tetapi saya ada seorang saja kawan paling setia - sampai akhir hayat (insyaAllah)!
Hjh Zaleha,
Kalau boleh saya nak jadi macam hjh senang berkawan begitu, kalau sesiapa tak mau berkawan pun kita tak heran....
Post a Comment