Salah satu tarikan utama Cameron Highlands sekarang adalah Strawberry dan CH sekarang lebih dikenali dengan jolokan Bandar Strawberry, di mana2 boleh didapati kebun strawberry dan di mana2 orang berjual strawberry ...samada besar atau kecil , harga agak sama di mana2 .
Kami sempat singgah satu kebun strawberry Taman Agro Al Mashoor, tidak boleh memetik strawberry tetapi boleh membeli produk strawberry mereka. ( milik Bumiputra)
Tetapi di satu kebun lain , iaitu Big Red Strawberry, Brincang (rasanya bukan milik Bumiputra) ....boleh petik sendiri dan harganya RM 40.00 se kg. Yang pasti gerenti puas hati dapat petik sendiri dan pilih sendiri.
Geram tengok buah strawberry bergayut....
Lorong ni dah tak banyak buah kerana telah
dipetik pelawat yang lebih awal.....
dipetik pelawat yang lebih awal.....
Memilih buah yang lebih besar dan masak ranum
Kami dibekalkan dengan sebilah gunting dan bekas plastik
Lorong ini belum dibenarkan masuk,
buah masih lebat....geramnya !!!!
Tu dia !.. berjaya dapat strawberry saiz yang terbesar
....puas hati
Muka happy, ceria dan puas hati
dapat petik strawberry sendiri....hehehe
Saiz strawberry dah sama macam dari luar negara
Lagi lorong yang belum dibenarkan masuk....
khas untuk pelanggan baru yang lain
Ini yang terbaik kami pilih dan petik sendiri
RM 60.00 untuk 1.5 kg....puas hati....apa lagi
bayor ajer lah....
Sekali lagi....muka happy....
ini kali ketiga petik strawberry sendiri
kali pertama tahun 2008
ini kali ketiga petik strawberry sendiri
kali pertama tahun 2008
Terubat rasa hati sebab dapat ke kebun strawberry, memilih, memetik dan bergambar ....seronok sangat..... Insyallah akan datang lagi.
4 comments:
Salam cik rosli
Terasa kepuasannya memetik buah dikebun...heheh percutian yang menarik, lainkali mesti pergi lagi...kan
assalamualaikum abg rosli,
cuaca amacam di sana? hujan kah? strawberry to sedap kalau cicah ngan coklat sure budak2 suka. enjoy your holiday
Shami2,
Memang best....ada plan lagi ke sini tahun 2012. Kami seronok di sana
M hanafiah,
Cuaca mmg sejuk di sana 18 degree celcius....sejuk sgt sebelah pagi, hujan setiap hari tetapi tidak lama masa tu. TQ, kami memang enjoy bercuti hari tu
Post a Comment