Assalamualaikum wbt,
Biasanya bila kita bercerita atau menulis tentang kawan atau sahabat ianya mesti berkait dengan diri sendiri, kawan2 sekeliling kita terutama di pejabat di sekolah atau sedara mara kita.
Memang seronok berkawan kalau semua berjalan lancar dan berkawan disulam dengan gelak ketawa dan gurau senda, tetapi kita akan mula terasa hati bila kawan2 menjauhkan diri, mengata kita dari belakang atau menikam kita dari belakang.......pedih rasa hati bila mengenangkan beberapa batang 'pisau' masih tercacak di belakang kita.....anda semua pernah rasa ? Kalau dah rasa........tepuk dada tanya selera...........
Ada orang sanggup berhenti kerja atau tukar tempat kerja sebab dah penat berkawan dan tak sangka ditikam kawan rapat atau kawan sepejabat.....ada orang masih boleh stay kerja dan buat macam tak ada apa2.....kalau kita boleh begitu bermakna kita kuat dan sangat tabah....Tahniah.
Entah kenapa....idea susah benar bila nak menulis pasal kawan2.....
Buat masa ini saya selesa berkawan dengan grup PDKM.....dengan harapan kita kekal begini dan share cerita pasal Makkah, Madinah dan Jeddah.....anda semua adalah rakan2 saya di alam maya....yang sekali sekala berjumpa dan berkongsi rasa dan cerita pasal haji dan umrah.
4 comments:
Wa'alaikummussalam Rosli..harap Kak Uda pun tersenarai di antara sahabat2 yang menselesakan di alam maya..InsyaAllah.
Terima kasih kalau jawapan nya "Tentu sekali"..Ameen.:DD
p.s.Kawan sejati di alam maya tak pernah hampakan kita di saat kita memerlukan sokongan moral..:DD
mamasita/kak uda,
Insyallah, tentu sekali, sama2 kita berdoa rakan2 pdkm semakin teguh dan sentiasa ceria bila bersama. Ameen
salam
kawan,kekawan,teman,sahabat
banyak istilahnya
keikhlasan dalam perhubungan sangat penting
alhamdulillah
saya beryukur kerana mempunyai kawan,kekawan,teman,sahabat di alam maya walaupun ramai dikalangannya tak pernah saya temui
semua bermula di PDKM dgn izin Allah jua
Hj CR.
Betul tu, mmg byk perbezaan antara kawan, kekawan, teman dan sahabat...setuju sgt keikhlasan sgt penting, apapun semoga persahabat di PDKM akan berpanjangan.Ameen
Post a Comment