Thursday, January 19, 2012

JASA MU TETAP KU KENANG - GURU2 SEKOLAH MENENGAH TEKNIK ,KL- PART 3

Assalamualaikum wbt,

Bulan Februari 1979 bermulalah episod baru ,aku bersekolah agak jauh dari rumah....kena naik dua buah bas, dari rumah aku naik bas Sri Jaya ke Stesen Bas Klang di depan Pasar Seni sekarang ( dulu pasar KL), lepas tu jalan kaki terus ke Jalan Silang (sekarang belakang Kotaraya), terus naik bas Tong Foong no 23.....penat jugak rasanya.....menyesal pun ada sebab tukar sekolah (rasa pada ketika itu)......Sebab setiap hari kepenatan mengejar bas...


Satu lagi kesilapan aku bila masuk SM Teknik Cheras, perasaan bangga diri dan riak sentiasa ada.....ingatkan aku ni hebat sangatlah......semuanya makan diri dan study last minute....Bab ni nanti ada masa akan citer lain sebab topik kali ini adalah pasal guru2 yang berjasa...
  1. Guru BM, Pn Halimah.....selalu tegur tulisan aku yang buruk dan dia tak boleh baca, lagi satu kelemahan membuat ayat BM dan ..syukur aku dapat kredit masa SPM....
  2. Mr Danapala.....guru geografi.....dia sangat kelakar dan sentiasa bagi soalan dan hadiah RM 100.00....sehingga kini satu soalan yang masih belum berjawap, kenapa bila letak ais dalam gelas atau cawan.....ais akan rapat ke dinding cawan atau gelas... aku jadi minat dengan geografi hinggalah masuk U pun aku major geografi....seronok dengan georafi.
Guru subjek lain , aku ingat rupa mereka dan jasa mereka, cuma aku tak rapat dengan mereka...

Lepas SPM Disember 1980, lepak dok kat rumah dan hujung minggu balik kampung tolong arwah abah petik buah kopi...sempat satu bulan bermanja dengan abah...dia meninggal 31 Januari 1981..sedih sangat bila teringat masa bersama arwah abah .... result SPM keluar Mac 1981....result sederhana ,gred 2, tak dapat masuk mana2 U pun....apa pilihan yang ada masa tu...sedih sangat jugak masa tu............masuk form six SMT untuk tempoh satu bulan sahaja,(aliran Sains Teknikal, tak boleh tahan).

Dari Mac hingga April 1981.. sibuk urus tukar aliran dengan pihak JPWP...akhirnya Mei 1981 bertukar ke STAR Klang, aliran Sastera pulak ( aku dahlah tak suka BM dan Sastera)...aku merancang....perancangan Allah mengatasi segala2nya...

3 comments:

norh said...

agak2 kalau saya dapat jawab soalan tu, nak bagi kat saya rm100 tak? he he he
feb 1980, saya baru umur sebulan..he hehe

norh said...

pemebetulan feb 79, saya umur sebulan.. sekarang ni dah berusia, terlupa.. :P

rosli said...

Norh,

Saya tak tau apa jawapan tu, bole tolong bagi jwapan.....dah 33 tahun saya tunggu jawapan tu...