Wednesday, February 8, 2012

MUSIM BUNGA BELAKANG RUMAH 2012

Assalamualaikum wbt,

Aku mula minat bunga dan menaman bunga termasuk bonsai  sejak tahun 1989,  bermakna dah 23 tahun berjinak2 dengan bunga.  Dengan laman belakang rumah yang begitu terhad aku ada lebih kurang 50 pasu bunga termasuk bonsai.  

Setiap tahun mesti pokok2 bunga ni mengeluarkan bunga  beberapa kali dan ada yang tidak ada bunga, hanya daun sahaja.  Entri kali ni sekadar berkongsi beberapa pokok bunga yang aku sangat suka bila ianya mengeluarkan bunga yang berwarna warni.

KOLEKSI BUNGA KERTAS





KOLEKSI BUNGA EUPHORBIA




Ada beberapa lagi pokok yang mengeluarkan bunga dan buah.

 Bunga santalia (Harum sundal malam)

  Pokok daun kari pun ada bunga

 Bunga daun limau purut


Buah anggur

Pucuk pokok anggur

Kekadang leka berjam2 dengan pokok bunga ni, kena selalu 'bercakap' dengan bunga  dan pokok2 lain baru nampak subur dan mereka rajin keluarkan hasil.  Baja dan 'prunning pun penting untuk memastikan daun baru dan tunas baru tumbuh.

8 comments:

norh said...

hobi yg dah lama saya tinggalkan..

Mohd Saad Hamid said...

Salam rosli

Pucuk anggur tu boleh buat ulam tak?

atuk said...

Assalamualaikum En Rosli

saya ada bunga pokok kari ajer..he he

rosli said...

Norh,

Salah satu terapi yang baik....bercakap dengan bunga

rosli said...

Hj Mohd Saad,

Saya belum cuba lagi.....terasa nak cuba jugak....hehehe

rosli said...

Hj Rozali,

Ok jugak tu....rumah sentiasa wangi dengan bau daun kari....hehehe

Mak Wardah said...

Saya rindukan hobi ni

rosli said...

Mak Wardah,

Teruskan hobi ini.....pasti seronok dan puas hati