Assalamualaikum wbt,
( saya memanjangkan email dari rakan pejabat )
ALHAMDULILLAH X3.....AMIN
X3
Sebening air wuduk,
Sesuci Al-Quran, Semerdu alunan zikir, Seindah Solat 5
waktu,
Setenang hati yang tiada
rasa benci@dendam, Jika tangan ku x sempat berjabat, Jika muka x sempat
bertatap,
Bukalah pintu
kemaafan.... SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
Insha Allah, esok Ramadhan bakal tiba dengan membawa pelbagai kelebihan dan keistimewaan.
Persoalannya, sudahkan kita bersedia untuk menyambut kedatangannya?
Berikut dicadangkan LAPAN
LANGKAH untuk
menjadikan Ramadhan kita lebih baik pada tahun ini. Saya ringkaskan dengan
Lapan Huruf bagi R.A.M.A.D.H.A.N.
R - Rasai kegembiraan dan keseronokan dengan
ketibaannya
Setiap
orang Islam yang beriman akan merasa amat gembira dan seronok apabila
ramadhan semakin hampir. Sebaliknya, manusia yang tidak beriman akan merasakan
sebaliknya, seolah-olah satu beban akan menimpa mereka. Apabila masuk bulan
Rejab dan Sha'ban, orang beriman akan sentiasa berdoa agar dapat sampai ke
bulan Ramadhan. Apabila tiba ke bulan Ramadhan mereka akan terus mengucapkan syukur
atas nikmat itu dan saling memberikan ucapan "selamat menyambut ramadhan
almubarak" sesama rakan dan sanak saudara. Ini adalah kerana mereka
ketahui betapa banyaknya kelebihan dan kenikmatan yang Allah berikan kepada
orang yang beriman dengan kedatangan Ramadhan.yang mulia ini. Antara kelebihan
dan kenikmatan tersebut, seperti mana diterangkan dalam Al Quran dan Al
Hadith ialah Ganjaran Pahala Berlipat Ganda , Rezeki Melimpah
Ruah, Mudah Beramal Ibadah, Syaitan Dikunci, Lailatul Qadar, Doa Mudah DiMaqbulkan,
dan Dosa-Dosa Diampunkan.
A - Ambil tahu kelebihan, hukum-hakam dan cara-cara
menghayati Ramadhan dengan lebih baik
Apabila
Ramadhan semakin hampir, hendaklah kita mula menambahkan ilmu pengetahuan
dengan lebih rajin mendengar Tazkirah dan Ceramah serta banyakkan membaca buku
dan bahan mengenai Ramadhan, Puasa dan Amalan-Amalan Terbaik yang perlu
diamalkan. Sebelum ini, kita mungkin lebih banyak beramal di
bulan Ramadhan berdasarkan sedikit ilmu yang pernah diperolehi di
zaman persekolahan dan juga dengan mengikut-ikut cara nenek moyang,
ibu-bapa, dan masyarakat sekeliling melakukannya. Kadang kala, dikhuatiri
amalan kita hanya menjadi secara "tradisi" sahaja. Bagi meningkatkan
kualiti puasa dan ramadhan kita, elok kita mendalami lagi ilmu kita terutama
dengan mengkaji bagaimana Rasulullah SAW, para sahabah, para tabien, dan
ulamak-ulamak melaksanakan ibadah puasa mereka dan bagaimana mereka menghayati
bulan Ramadhan mereka setiap tahun.
M - Mula dengan membuat rancangan dan persediaan rapi
Bak kata
pepatah dalam bahasa Inggeris, "Fail to Plan is Planning to Fail"
(Gagal merancang itu bermaksud Merancang untuk Gagal), amatlah penting kita
mula membuat perancangan ramadhan kita untuk tahun ini. Perancangan merangkumi
perkara-perkara berikut:
a. Meletakkan
objektif dan sasaran (target) pencapaian.
-
contohnya: Membaca Al Quran setiap Hari 1 juzuk , Solat Tarawih Setiap
Hari di Masjid, Jumlah Sedeqah, Iktikaf selama 10 hari di Masjid,
Menyempurnakan Bacaan Sebuah Buku/Kitab Agama, Hafal Al Quran/Hadith, Amalan
baru untuk diperolehi (seperti berjamaah di masjid/surau), dan Amalan buruk
yang ingin diubah.
b.
Menjadualkan Masa Harian, Mingguan, dan Bulanan
-
contohnya : Baca 30 ayat setiap selepas waktu solat Fardhu, 10.00 mlm - 11.00
mlm tadarrus selepas Solat Tarawih, Tahajjud 5.00 pag - 5:15 pagi i setiap hari
sebelum sahur, 5hb Ogos Berbuka Puasa Bersama Ibu Ayah.
A - Amalkan segala kewajiban dan kebajikan dengan penuh
ikhlas
Ramadhan kita akan lebih
bermakna apabila kita berjaya melaksanakan segala amal yang diwajibkan dengan
sempurna dan ikhlas kerana Allah SWT. Bulan Ramadhan adalah bulan dibuka
pintu-pintu syurga untuk kita memasukinya dengan pelbagai jalan-jalan kebajikan
dan amalan ketaqwaan. Kewajiban seperti Puasa , Solat Fardhu lima waktu serta Zakat dan Amalan-amalan
sunat seperti sedekah, solat tarawih, baca Al quran mestilah dilakukan
dengan sebaik yang mungkin (mengikut cara yang betul) dan penuh keikhlasan
semata-mata mencari keredhaan Allah SWT. Disinilah juga pentingnya
peranan ilmu pengetahuan tentang ibadah-ibadah tersebut. Di samping itu,
kewajiban, adab-adab serta akhlaq sesama manusia juga harus dijaga agar puasa
dan ramadhan kita lebih berkualiti tinggi demi mendapatkan ganjaran pahala yang
terbaik dari Allah SWT. Perbaiki perhubungan kita sesama insan, terutama dengan
saudara mara, dengan memohon maaf di atas segala kesilapan kita dan
berusaha menyelesaikan hutang-hutang kita (jika ada) dengan sesiapa
sahaja.
D - Doa dan mohon Allah berikan kebaikan dunia dan
akhirat
Bulan ramadhan
adalah bulan di mana Allah mudah memaqbulkan doa kita. Bulan ini kita akan
merasa amat dekat dengan Allah. Oleh itu, penuhilah dengan doa-doa bagi
kebaikan di dunia dan akhirat untuk diri kita sendiri, keluarga, serta umat
Islam seluruhnya. Mohonlah keampunan dan rahmat serta syurga daripada Allah
SWT. Mohon juga agar Allah menjauhkan kita daripada bahana api
neraka. Mohon Allah mudahkan kita untuk beramal soleh dalam bulan yang
mulai ini dan menjadi Insan yang bertaqwa. Mohonlah doa dengan penuh pengharapan
dan kesungguhan dengan hati yang tulus ikhlas agar Allah memaqbulkannya.
Sebaiknya kita manfaatkan saat-saat waktu-waktu di mana doa amat mustajab
seperti waktu sedang berpuasa, waktu selepas berbuka, di waktu sahur dan
Lailatul Qadar.
H - Hindari segala perkara dosa dan amalan sia-sia
Alangkah ruginya kita,
sekiranya dalam bulan ramadhan, terutama ketika kita sedang berpuasa, kita
melakukan perkara-perkara yang mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.
Amalan-amalan yang mendatangkan dosa seperti meninggalkan solat, menfitnah dan
mengadu-domba, mengengkari arahan atau menyakiti hati ibu-bapa, mengumpat,
membuka aurat di khalayak ramai hendaklah dijauhi. Elok bermohon ampun kepada
Allah di atas segala dosa-dosa kita dan bertekad untuk meninggalkan dosa
tersebut sebelum memasuki bulan Ramadhan. Selain itu, elok juga kita
mengurangkan amalan-amalan yang tidak berfaedah seperti membuang masa, menonton
filem atau rancangan TV yang kurang bermanfaat, membazir makan minum, menghisap
rokok agar puasa dan tidur berlebihan di waktu siang agar ramadhan kita lebih
baik.
A
- Atasi segala cabaran dan dugaan dengan kesabaran
Bulan ramadhan memang penuh
dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang datang untuk menguji demi meningkatkan
darjat keimanan kita kepada Allah SWT. Kadang-kadang kita
diduga dengan ajakan rakan-rakan yang kurang soleh/solehah untuk membuat
sesuatu perkara dosa atau merugikan. Kadang-kadang nafsu kita sendiri
meronta-ronta untuk berseronok dengan melakukan perkara-perkara yang kurang
berfaedah atau perkara-perkara yang tidak baik. Beruntunglah jika kita yang
berjaya menghadapi cabaran tersebut dengan penuh kebijaksanaan dan kesabaran.
Nabi mengajar kita supaya berkata "Sesungguhnya Aku Berpuasa" apabila
diuji dengan dugaan dan cabaran tersebut. Anggaplah setiap dugaan yang datang
untuk menguji dan meningkatkan ketaqwaan serta hubungan kita dengan Maha
Pencipta alam ini. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar
dan mampu mengawal diri ke arah ketaqwaan.
N - Nilai kembali amalan dan perbaiki pencapaian
Untuk mempertingkatkan diri
dalam bulan Ramadhan yang mulia, setiap insan hendaklah sentiasa membuat
muhasabah dan penilaian diri. Saidina Umar berpesan "Hisablah diri kamu
sebelum kamu dihisab". Oleh itu setiap hari, kita mestilah menyemak
kembali pencapaian harian kita. Sejauhmanakah segala apa yang kita sasarkan
dalam Rancangan Harian atau Mingguan kita telah tercapai dan apa yang
dirancangkan telah terlaksana. Sekiranya ada sebarang pencapaian dan kejayaan,
hendaklah kita bersyukur. Mohon ampun kepada Allah di atas segala dosa dan
kekurangan. Segala kelemahan dan kekurangan diri, termasuk perkara-perkara yang
belum dapat dicapai, hendaklah diperbaiki dan diguna pakai.
Itu sahaja
sebagai sedikit perkongsian dan peringatan khusus untuk diri saya dan ahli
keluarga. Moga-moga ianya bermanfaat untuk sesiapa yang membacanya.
Semoga kita menjadi insan-insan yang dapat memakmurkan bulan Ramadhan
tahun ini dengan sebaik-baiknya, diberikan rahmat dan keampunan, serta
dimasukkan ke dalam syurga dan djauhi dari api neraka. Semoga
segala amalan soleh diterima , dan segala kelemahan dan kesilapan diperbaiki
dan diampunkan. Semoga kita menjadi graduan sekolah Ramadhan ini dengan
"title" Al Muttaqin (Insan yang Bertaqwa. Aameen Ya Rabbal "Aalameen.
No comments:
Post a Comment