Assalaamualaikum wbt,
Hadith : |
Dari Huzaifah, katanya: “Diajarkan oleh Rasulullah SAW
kepada kami dua buah hadis; salah satu dari padanya telah saya lihat
kenyataannya; dan sekarang saya sedang menunggu kenyataan hadis yang
kedua. Hadis yang pertama, bahawa amanah itu turun lalu masuk ke lubuk
hati orang, Kemudian turun Al-Quran lalu menjadi pedomannya, demikian
pula sunnah Rasulullah SAW. Hadis yang kedua, tentang pencabutan amanah.
Kata Rasulullah SAW: “Seseorang tidur sekejap lalu dicabut amanah dari
hatinya dan tinggallah bekasnya seperti titik yang kecil; kemudian ia
tidur pula lalu dicabut lagi sisa amanah itu, dan hanya tinggal seperti
bengkak kecil di telapak tangan yang timbul setelah mengerjakan sesuatu
dengan memakai kapak atau sebagai bengkak di kaki kerana memijak bara,
isinya hanya sedikit cairan. Pada masa itu kelak hampir saja tak ada
lagi amanah dalam masyarakat sehingga dikatakan: “Oh, di sana ada orang
yang amanah; kata orang kepadanya; alangkah sabarnya, alangkah baiknya,
alangkah cerdiknya; tetapi sebenarnya batin orang itu kosong dari
keimanan, Kata Huzaifah:” Pada masa yang silam, zaman kejujuran itu
telah ku alami, sehingga saya biasa berniaga dengan siapa pun; jika
dengan orang Muslim ia jujur kerana agamanya, jika dengan orang Nasrani
atau Yahudi maka kejujuran itu ada di tangan atasannya.” Adapun zaman
sekarang, aku tidak mahu lagi berniaga kecuali dengan si Anu dan si Anu
(kerana amanah)”
(Muslim)
|
Huraian
Dunia hari ini sering digemparkan
dengan berita-berita mengenai pecah amanah di sana sini. Bapa merogol
anak, bayi baru lahir dibuang, warga tua diragut, kanak-kanak didera,
dan berbagai-bagai lagi kejadian yang menyentuh hati dan membangkitkan
kemarahan banyak pihak. Semuanya berpunca daripada hilangnya sifat
amanah dari jiwa manusia. Sesungguhnya di akhir zaman ini amat sukar
untuk mencari orang yang benar-benar amanah sedangkan apa jua perkara
dan tindakan yang diambil perlukan sifat amanah. Seorang bapa yang
khianat tidak akan menjaga anak yang menjadi amanah Allah kepadanya
bahkan diperkosa anaknya sendiri atau dia berzina dengan wanita lain.
Begitu juga dengan kerajaan yang dipimpin oleh penguasa yang tidak
amanah sudah pasti suatu hari nanti umat akan hancur. Fakir yang sombong
juga tidak akan sudi menerima bantuan dan perhatian orang lain
sedangkan ia sangat memerlukannya. Kesudahannya hidupnya tidak akan
berubah sampai bila-bila hinggakan kefakiran tersebut membawanya kepada
kekufuran. Hakikatnya janganlah kita mengkhianati amanah sedangkan kita
mengetahuinya. Balasannya di hari akhirat kelak amat dahsyat menunggu
kita.
|
2 comments:
tubuh badan kita juga amanah. Allah telah berikan tubuh yang sempurna tetapi krn tidak amanah kita telah merosakkannya dgn mkn tidak mengikut sunnah,merokok & tidak bersenam...wallahua'lam
Ummi,
Betul tu , kekadang kita lupa jaga tubuh kita sendiri
Post a Comment