Friday, July 20, 2012

ROMBONGAN MEMINANG KE PULAU PANGKOR

Assalamualaikum wbt,

14 Julai 2012, kami sekeluarga bersama-sama rombongan meminang anak sedara wife saya ( Hed Fadhley B Mahat) ke Pulau Pangkor.  Dari rumah jam 6.40 pagi....terus menuju ke Jeti Marina Island (jeti swasta) dan tiba di sana lebih kurang jam 11.45 pagi, kali pertama menggunakan jeti ini,  pada saya harga berpatutan,  masa beratur lebih pendek dan perjalanan bot hanya lebih kurang 10 minit sahaja.

Penginapan anggota keluarga kami di Nipah Bay Villa berdekatan dengan tempat majlis pertunangan di Anjungan Beach Resort & SPA (tunang Fadhley , Melissa merupakan anak sulong kepada pemilik Anjungan Beach Resort &SPA). Tidak dapat menempah Anjungan Beach Resort & SPA ketika itu kerana semua bilik sudah penuh ditempah pelancong dan anggota keluarga sebelah Melissa).

JETI SWASTA,  MARINA ISLAND 
BERDEKATAN DENGAN TELUK BATIK

KETIKA BARU TIBA DI PANGKOR

NIPAH BAY VILLA, TEMPAT PENGINAPAN KAMI

Selepas Asar rombongan meminang berkumpul di perkarangan Nipah Bay Villa dan bergerak ke Anjungan Beach Resort &SPA yang mengambil masa kurang dari 5 minit berjalan kaki.
 
MENGIKUT ADAT , TEPAK SIRIH UNTUK MEMINANG

ROMBONGAN MEMINANG

ANJUNGAN ,  CANTIK TEMPAT INI 

ANTARA ANGGOTA KELUARGA KAMI
JURUCAKAP  KELUARGA PEREMPUAN

NI DIA HED FADHLEY

TUNANGAN HED FADHLEY , MELISSA 

BAKAL MENJADI SUAMI ISTERI 27 APRIL 2013, INSYALLAH

BARANG HANTARAN DARI PIHAK MELISSA 

TEPAK SIRIH DARI SEBELAH PEREMPUAN

KELUARGA SAYA, KELUARGA KACA MATA

ANGGOTA ROMBONGAN PIHAK LELAKI

Alhamdulillah majlis pertunangan  berjalan lancar sepertimana yang dirancang dan lebih kurang 6.30 petang majlis berakhir.  

4 comments:

sonata anak kancil said...

Tahniah ! dah jadi ahli keluarga ni - FOC la duk kat resort ni...he3x


selamat menjalani ibadah puasa

ROZILA said...

Salam Tn Hj

selamat bertunang pd anak saudara(hed fadhley)
selamat berpuasa mohon kemaafan.

rosli said...

Hjh Zaleha,

Yes akan bertambah seorang lagi anggota keluarga Hjh Asiah....diskaun khas dari anak buah ajer...hehehe

rosli said...

Rozila,

TK atas doa. Selamat berpuasa jug dari saya dan keluarga