Assalaamualaikum wbt,
Baru2 ni ketika beraya di rumah ibu mertua saya di Air Hitam, Muar, sebelum pulang ke Bangi, saya sempat meninjau tanah belakang rumah...melihat2 pokok yang emak tanam, antaranya pokok Mas Cotek.
Pokok Mas Cotek ini dah matang sangat daunnya
(Fakta dari wikipedia)
Pokok Emas Cotek ataupun Mas
Cotek merupakan sejenis pokok herba yang digunakan dalam bidang perubatan Melayu. Dalam
perubatan Melayu pokok mas cotek ini dibahagikan kepada mas cotek jantan
(berdaun kecil) dan betina (berdaun besar) .
Mas cotek atau dalam bahasa
saintifiknya, Ficus deltoidea merupakan tumbuhan yang kini mula
mendapat perhatian, khususnya di kalangan pengamal perubatan tradisional.
Selain Tongkat Ali dan Kacip Fatimah, Mas cotek dikenali kerana
khasiatnya yang dapat merawat pelbagai jenis penyakit dan baik untuk penjagaan kesihatan.
Nama Mas cotek adalah merupakan
nama tempatan yang popular di pantai timur Semenanjung Malaysia. Di negeri Sabah danSarawak, juga
Kepulauan Kalimantan,
tumbuhan ini dikenali dengan nama ‘sempit-sempit’. Terdapat juga suku kaum di
Sabah yang menggelarnya sebagai ‘agoluran’. Di Indonesia, tumbuhan ini dipanggil ‘tabat barito’ dan
beberapa nama di daerah lain seperti ara jelatih, ara tunggal, api-api telinga
gajah dan api-api telinga kera. Di Afrika pula, ia dikenali sebagai
‘Kangkalibang’. Walaupun sedemikian, nama Mas cotek adalah merupakan nama yang
paling popular dan dikenali jika dibandingkan dengan nama-nama tempatan yang
lain.
Nama Mas cotek diberi disebabkan
oleh bintik-bintik halus berwarna emas yang terdapat pada permukaan atas
setiap helaian daun tumbuhan ini. Di Malaysia, para
saintis telah mengenalpasti bahawa terdapat lebih daripada 80 spesis tumbuhan
tergolong di dalam keluarga Ficus deltoidea. Tumbuhan yang dikenali sebagai ara
juga merupakan salah satu spesis keluarga Ficus deltoidea. Ficus deltoidea Jack
atau Mistleteo fig adalah di antara spesis yang
diklasifikasikan secara saintifik dan ia tergolong dalam keluarga Moraceae.
KHASIAT
Tumbuhan herba ini mampu merawat dan mengekalkan tahap kesihatan, termasuk meningkatkan tenaga, membaiki peredaran darah, mengecutkan rahim dan merawat paru–paru berair, darah tinggi, kencing manis, lemah jantung serta cirit – birit.
Yang ini agak muda sikit daunnya
Hampir keseluruhan komponen pokok Mas Cotek daripada akar, batang, daun dan buah mengandungi khasiat perubatan yang tinggi. Jadi kesemua komponen bolehlah dikeringkan dan dijadikan / diamalkan dalam bentuk minuman teh herba.
No comments:
Post a Comment