Sunday, September 9, 2012

ORANG MISKIN TIDAK PERLU MEMINTA-MINTA

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: 
Bukhari dan Muslim

Hadith: 

Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda “Bukanlah (yang dikatakan) miskin itu seorang yang rela menerima pemberian satu atau dua biji tamar, satu atau dua suap makanan, sesungguhnya orang miskin yang sebenarnya ialah yang tidak meminta-minta daripada orang lain walaupun dia berhak menerima sedekah”. 
Di dalam riwayat as-Sohihain, “Bukanlah yang dikatakan miskin itu seorang yang meminta-minta daripada orang lain dan yang menerima sanak atau dua makanan, sebiji atau dua biji tamar diketahui, tetapi orang miskin yang sebenarnya ialah yang tidak memperolehi kekayaan untuk memenuhi keperluannya, tidak diketahui pula kemiskinannya untuk diberi kepadanya sedekah dan tidak pula dia pergi meminta-minta kepada orang”.
Huraian Hadith: 
  1. Antara sifat seseorang yang diiktiraf miskin oleh Islam adalah tidak mempunyai sesuatu apa pun untuk keperluan hidupnya dan tidak pula menunjukkan kemiskinannya kepada umum dengan cara meminta-minta.
  2. Islam mengakui kemiskinan yang wujud dalam masyarakat dan ia akan dapat dihapuskan dengan pertolongan orang-orang kaya dengan mengeluarkan sedekah dan sebagainya.
  3. Dalam hadis ini dinafikan kemiskinan daripada meminta, kerana seorang peminta akan diberi apa yang boleh mencukupi atau lebih daripada itu diberi zakat. Orang yang tidak meminta maka keadaannya diketahui kerana itu kekal kemiskinan dan keperluannya.

No comments: