Wednesday, September 19, 2012

SEJARAH LAMA DAN SEJARAH BARU - 29/30 TAHUN DULU

.Assalaamualaikum,

Sekadar berkongsi rasa, sebagai ibu bapa.......arini ( 19 September 2012 ) anak perempuan saya Nur Adiera Hanna..mendaftar masuk UKM....setelah membuat rayuan dengan pihak UKM sejak lebih kurang dua bulan lalu....Yang sebenarnya Adiera telah mendapat tawaran ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Jeli, Kelantan dan sepatutnya mendaftar pada 1 September lalu....telah menolak tawaran tersebut  dan merayu ke UKM dan UPM atas alasan kursus yang dipohon lebih awal tidak ditawarkan kepada anak saya.....sedara mara, kawan2 ramai yang terkejut....mungkin ada yang tidak setuju dan ingat anak saya sengaja 'berlagak' atau menolak tuah.....kami yang 'merasa'.....dan saya selalu ingatkan Adiera...."kamu yang nak belajar..jangan risau apa kata orang".....Ada jugak yang menyokong ....tepuk dada tanya selera.....

Sejak semalam , setelah mendapat pengesahan dan surat tawaran melalui website.....mengurus semua keperluan dengan waktu yang singkat.....pagi tadi awal2 pagi sudah berada di UKM mendaftar masuk  bersama2 lebih kurang 200 lebih pelajar yang merayu termasuk lebih kurang 70 orang pelajar luar negara.

Nak jadi cerita, petang semalam juga.....anak saya dapat  panggilan dari Timbalan Dekan dari sebuah fakulti UPM....nak menyokong permohonan saya untuk ditawarkan tempat di UPM....bila dah dapat rezki,  melimpah....anak saya dah bulat hati masuk UKM dan dengan menolak tawaran UPM dengan baik untuk memberi laluan kepada pelajar lain. Insyallah

Sepanjang dua bulan lalu, saya dan wife dan Adiera memang tidak 'senang 'hati....sentiasa risau......back up dengan mencari IPTS.....kira duit, kira simpanan dan SSPN....PTPTN dan macam2 lagi......Merayu dengan surat sokongan doktor,  merayu dengan kawan2 dan yang paling utama berdoa dan merayu dengan Allah.  Alhamdulillah....Allah mendengar rayuan kami sekeluarga....semuanya ada hikmah....

Teringat sejarah diri saya tahun 1982 masa saya amik peperiksaan STPM, arwah ibu saya begitu mengharap saya lulus dan dapat masuk Universiti.....bulan Julai/ Ogos tahun 1983....saya dapat 3 offer Universiti ,  pertama dari UIA,  kedua  ITM, Shah Alam ( UITM skrg) dan ketiga UM.....saya pilih UM sebab itu adalah impian saya sejak kecil dulu. Alhamdulillah....sejarah seolah berulang kembali walaupun Adiera membuat rayuan di  dua buah Universiti.  

Pesanan saya pada Adiera pagi tadi " tahniah dah dapat masuk U....cabaran memang besar....bulatkan hati dan dapatkan result yang terbaik, lagi satu ayah nak pesan solat jangan tinggal, sentiasa berdoa dan jaga kesihatan kamu ". 

Jarak UKM dari rumah saya dekat sangat lebih kurang 5 km....rezki dari Allah. TQVM Ya Allah. 

7 comments:

atuk said...

Assalamualaikum En Rosli

Alhamdulillah
Syukur
Tahniah
Syabas

rosli said...

Hj Rozali,

Tahniah juga kepada tuan dan anak tuan kerana berjaya ke menara gading, sama2lah kita berdoa untuk kejayaan anak2 kita.

Al-Manar said...

Saya tersenyum berseorangan melihat Hj Rosli memberi tahniah kepada En Rosli dan En Rosli pula memberi tahniah kembali. Saya mencelah untuk memberi tahniak kepada tuan berdua kerana anak anak yang berjaya. Saya sama berdoa semoga anak anak ini akan membawa tuah kepada ibubapa mereka dan kepada bangsa kita yang saya pandang mundur berbanding kaum lain.


Masa saya dan anak anak sudah jauh kebelakang. Saya cuma bertungkus lumus mermberi khidmat kepada anak anak yang tercicir dalam masyarakat kita dikampong dengan cugan kata berkhidmat kerana Tuhan untuk kemanusiaan.

rosli said...

Al Manar,

TK atas ucapan tahniah dan doa untuk anak2 kami, Insyallah.

Tahinah juga kepada Al Manar atas usaha membantu anak2 kampung yang tercicir. Satu usaha yang begitu besar pahala dan demi untuk anak bangsa. Moga kejayaan cemerlang mengiringi usaha Al Manar.

Badrul said...

Alhamdulillah... Tahniah Rosli. Rezeki datang mencurah-curah.. dapat tukar division pun rezeki.. seperti yang diimpikan.. Semoga nikmat ini sentiasa disyukuri.. pesanan untuk saya juga..

rosli said...

Badrul,

TQVM atas sokongan dan doa. Insyallah kejayaan untuk anak2 kita, tahniah juga kepada you dan anak you ke Mesir dalam jurusan perubatan.

Amira said...

Salam,encik.
Sy baru dpt keputusan upu utk intake september 2013.
sy dpt kursus ijazah yg sy nak tp bkn di uni pilihan sy wlupun sy dpt PNGK 4.00 dan muet band 4.
bleh encik share procedure yg perlu sy lakukan utk buat rayuan kpd pihak uni:ukm.
e-mel sy: syafiza_amira@yahoo.com