Friday, February 22, 2013

HOBI BELAKANG RUMAH- PART 4 (SANTALIA)

Assalaamualaikum wbt,

Yang paling saya banyak dalam simpanan saya, Bunga Santalia atau Harum Sundal Malam....boleh buat bonsai atau perhiasan,  pokok ni tahan lasak.....dahan dia liat dan boleh dibentuk bentuk, saya ada beberapa yang di buat bonsai,  tapi taklah berapa menjadi bonsainya....sekadar ikut suka mata saya memandang.... Ada beberapa yang dah lebih 20 tahun di bawah jagaan  saya....amik dari kampung ibu mentua sejak tahun 1990....dan ada yang disemai dari biji benih...Bunga santalia ini semua saya sayang... 

Yang di bawah ni semua santalia yang dijaga sepertimana biasa dan tidak dibuat bonsai..


SANTALIA NI PALING LAMA DENGAN SAYA 23 TAHUN,  
UMURNYA LEBIH 30 TAHUN RASANYA

JUGAK DAH LEBIH 23 TAHUN DALAM JAGAAN SAYA
LEBIH 20 TAHUN DALAM  JAGAAN SAYA
 LEBIH 10 TAHUN DALAM JAGAAN SAYA
LEBIH 12 TAHUN DALAM JAGAAN SAYA


Dalam simpanan saya jugak ada beberapa anak pokok santalia,  jika ada sesiapa atau kawan2 yang lalu dan singgah Bangi dan berminat nak anak pokok santalia ni, singgahlah ke rumah saya ,  ada lebih kurang 12 anak pokok santalia untuk saya bagi dengan percuma.

ANAK2 POKOK SANTALIA  ADA 7 PASU SEMAIAN KECIK
YANG NI ADA 5 PASU SEMAIAN KECIK

5 comments:

nadz said...

..Harum semerbak bunganya,
Dulu mama Nadz ada tanam..nanti nak tengok masih ada ka lagi kat luar tu, bila tengok N3 Rosli baru teringat pokok kat rumah. kalau hidupnya bonsai sehingga berpuluh tahun..pastinya tuan pokok ni hebat..

Pokok Santalia ni nak serupa pokok jeliti

rosli said...

Mama Nadz,

Santalia pada mula mmg sukar pada saya....byk jugak yg mati dan kekeringan....lama2 Alhamdulillah...TK...biasa2 jer , kerana pokok ini memang jenis tahan lama dan boleh hidup lama.

Unknown said...

Tabiklah kat sdr.
Mcm2 bunga ada.Luas kawasan belakang tu ya.

Saya baca majalah i( rahsia mati),lepas ada kisah Dr Ridwan dan rombongan di Bandung.ada nama sdr utk kredir gambar.

rosli said...

Mamaju,

Actually kawasan kat belakang rumah begitu terhad....sebab share kawasan belakang dengan jiran....tapi pasal dah minat , buat jugaklah...hehehe...

Gambar di Bandung tu ada beberapa keping ajer yang dari kamera saya, kebetulan Pen Editor majalah i tersebut Pn Sarina Md Som kehilangan gambar2nya ketika dah berada di Malaysia, kesian pada Sarina. Saya bantu di mana yang boleh. Alhamdulillah

amirofie said...

Ada lagi ke anak pokok santalia?