Assalaamualaikum wbt,
Saya sudah jarang bersukan kecuali main golf....selain golf kalau di rumah hiburan saya TV....memang suka tengok tv sejak dari kecil....cerita thriller, seram ,perang dan koboi dan sejak akhir2 semua cerita berkait dengan dokumentari, hidayah, ugama dan Islam menarik minat saya....Berkebun juga hobi saya....dah dekat 20 tahun berjinak2 dengan pokok bunga, dan lain2...(lebih kurang 90 pasu besar dan kecil).
Hobi saya di waktu lapang selain golf adalah berkebun di belakang rumah.....semua pokok bunga saya ditanam dalam pasu..., ada santalia (harum sundal malam), bunga kertas, bunga kemboja dan beberapa jenis lagi, selain itu ada pokok daun pandan, serai, limau kasturi, limau nipis, kunyit,jambu batu dan dua batang pokok anggur.....buahnya sangat masam....masih berharap satu hari nanti buahnya akan lebih besar dan manis....In Shaa Allah. 'Bercakap' dengan pokok memberikan saya satu perasaan yang tenang dan seronok.
Kesemua pokok saya diletakkan luar rumah kerana tanah bahagian dapur rumah saya dah 'renovate'...tidak ada lagi kawasan lapang belakang rumah, begitulah adat duduk rumah teres ni....tanah amat terhad....membaja, memangkas dahan dan menggembur tanah adalah rutin biasa nak pastikan pokok subur dan segar.....
In Shaa Allah...entri akan datang pokok2 yang saya tanam secara 'close up'...
In Shaa Allah...entri akan datang pokok2 yang saya tanam secara 'close up'...
2 comments:
Assallamualaikum Rosli,
yerlah..menanam pokok satu terapi..
Pokok santalia(sundal malam) dah 2 kali mama nadz tanam..tapi tak menjadi..dlm 3,4 bulan makin mengecil..susut dan reput..sekali tu kawan bagi serumpun yang dah berbunga..pun akhirnya pupus.
Entahlah di mana silapnya..pokok2 lain segar hidupnya ditangan mama..tak sesuai kot.
Mama nadz,
Jangan give up....cuba lagi....pokok tersebut tidak boleh terlalu kering dan panas, akarnya sensitif....bila dah ada akar tunjang dan akar rambut In Shaa Allah akan subur. Saya pun pertama kali berjinak dengan santalia tahun 1992....rasanya 3 atau 4 kali pokok tersebut mati....Cuba lagi, saya percaya lepas ni gerenti boleh
Post a Comment