Thursday, June 20, 2013

HARAM MEMAKAI EMAS BAGI LELAKI

Assalaamualaikum wbt,



Riwayat: Bukhari dan Muslim
Hadith: 

Daripada Abu ‘Umarah al-Bara’ bin ‘Azib R.huma katanya, “Rasulullah SAW menyuruh kami menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah, mendoakan orang bersin, melepaskan sumpah orang yang bersumpah, menolong orang yang dizalimi, memenuhi undangan dan memberi salam apabila bertemu. Baginda menegah kami daripada memakai cincin emas, minum dengan bekas yang dibuat daripada perak, menggunakan lapik duduk sutera dan memakai pakaian yang dibuat daripada sutera, sutera tebal dan sutera Dibaj(dari Yaman)”. 
Dalam riwayat lain, ditambah perkara yang disuruh mengerjakannya iaitu: menanyakan barang yang hilang dan belum dijumpai.

Huraian Hadith: 

1. Melepaskan sumpah orang yang bersumpah bermaksud, melaksanakan apa yang diminta secara bersunggguh-sungguh engkau melakukannya sehingga menyebabkan dia bersumpah, seperti katanya: “Demi Allah, engkau mesti melakukan sekian dan sekian.
2.  Lapan perkara yang disuruh oleh nabi SAW iaitu: 
  • Memberi salam apabila bertemu.
  • Memenuhi undangan.
  • Memberi nasihat jika diminta.
  • Mendoakan dengan ucapan “يرحمك الله” setelah orang bersin menyebut “الحمد لله”.
  • Menziarahi orang yang sakit.
  • Mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.
  • Menoling orang yang dizalimi.
  • Menanyakan barang yang hilang (menghebahkan)
3.   Perkara-perkara yang dilarang oleh nabi melakukannya:
  • Memakai cincin emas bagi lelaki dan bukan bagi perempuan.
  • Minum dengan menggunakan bekas emas dan perak bagi lelaki maupun perempuan.
  • Menggunakan lapik duduk yang diperbuat daripada sutera yang diisi degan kapas atau sebagainya bagi lelaki.
  • Memakai pakaian yang diperbuat daripada sutera dan campuran dengan yang lain, sutera yang dipanggil ‘Istibrak’ dan sutera tebal yang dipanggil ‘Dibaj’ (semuanya bagi lelaki).

No comments: