Monday, June 17, 2013

KELAB (KLUB) GOLF BOGOR RAYA, BOGOR - PART 2

Assalaamualaikum wbt,

'Tepuk dada tanya selera atau tepuk dada tanya iman'...begitulah jika kita ingin bermain golf di Jakarta atau mana sahaja destinasi golf di Indonesia......saya sendiri setelah merancang lebih dari 5 tahun asalnya.....memang nak main golf di sini....

Mengambil kira beberapa pandangan golfers....kata mereka bermain golf di Jakarta merupakan 'syurga' bagi golfers dari Malaysia dan serata dunia....padang golf yang cantik, kemudahan golf , layanan penyambut tetamu dan rata2 mengatakan caddy mereka cantik dan pandai 'melayan' golfer'.....Sekali lagi saya katakan 'Tepuk dada tanya selera'.  Pada saya caddy di sini memang 'mesra alam' sebab salah satunya mereka mengharapkan tips yang lebih....walaupun ada jugak caddy yang betul bekerja dan serius membantu golfers mendapat score yang terbaik.

PADANG GOLF YANG CANTIK

DEPAN PINTU MASUK KELAB GOLF BOGOR RAYA
Hari kedua kami di Jakarta , dari Jakarta Pusat kami kena menempuh jalan jem (macet) lebih kurang satu lebih untuk keluar dari Kota Jakarta yang memang terkenal dengan 'macetnya, (destinasi padang golf pertama saya) awal pagi kami bertolak ke Kelab Golf Bogor Raya, Daerah Bogor,  di sini merupakan salah satu destinasi yang dikatakan mesti oleh golfers dari Malaysia....

FLIGHT MATES SAYA DR RAIS DAN NAZRUL
Berbalik soal kemudahan di kelab ini,  memang ada kelainan  dari kebersihan dan sambutan oleh staff mereka di sana.....

BILIK PERSALINANNYA SELESA DAN LENGKAP

NYAMAN DAN TENANG DI SINI


Rakan karib saya Hj Jamaluddin Madrop adalah orang yang mengenalkan saya dengan golf sejak 8 tahun lalu....beliau berjaya mendapat pukulan Hole In One di Kelab pada bulan Julai 2009. Namanya terpahat di sini....Satu petuanya....selalu berdoa katanya....

GOLFERS HEBAT DAN BERNASIB BAIK AKAN MENDAPAT HOLE IN ONE- SILA LIHAT NO 2 KIRI SEKALI DARI BAWAH...SAYA TUMPANG BANGGA

INI DIA HJ JAMALUDDIN MADROP , SUDAH 32 TAHUN BERSAHABAT DENGAN BELIAU

SDRA AZHAR OMAR , SEORANG LAGI SAHABAT SAYA YANG SAYA KENAL 
18 TAHUN DULU YANG TURUT SERTA DAN BELIAU TURUT MERANCANG BERSAMA SAYA TRIP KALI INI.

Pada saya pulak  bermain golf di mana2 sama sahaja,  cuma saya nak merasa kelainan bermain golf di luar negara.....mana tau lepas ni ke Eropah atau benua Australia pulak...

6 comments:

atuk said...

Assalamualaikum En Rosli

Bogor, tempat anak saya belajar tu...

Ayah Zain said...

Salam ziarah hj Rosli. Jauh berjalan yer

mohd nazrullah said...

Gambar di royale jakarta takde ker... gambar di cengkareng lagi....

rosli said...

Hj Rozali,

Cantik tempat tu, udara nyaman dan tenang suasana di situ

rosli said...

Hj AZ,

Betul tu, dah lama merancang akhirnya jadi kenyataan jugak

rosli said...

Sdra Nazrul,

Beberapa keping je yang tinggal di Royale dan Cengkareng tu