Sunday, June 23, 2013

''TEE OFF" DI KELAB GOLF ROYALE, JAKARTA - PART 3

Assalaamualaikum wbt,

Hari ketiga berada di Jakarta (14 Mei 2013), adalah hari yang ditunggu2 kerana dapat bermain golf di sebuah Kelab yang ternama di Jakarta dan Indonesia kerana kelab ini baru seminggu menjadi tumpuan golfers seluruh dunia dengan Kejohanan Indonesian Masters.....kami terpaksa membayar yuran golf yang agak tinggi RP 890,000.00.( lebih kurang RM 280.00) Nak merasa punya pasal....gagahkan jugak....hehehe...sesekali.


BARU TIBA DAN BEG GOLF SEDANG DIDAFTARKAN

SAUJANA MATA MEMANDANG DAN FAIRWAY YANG LUAS

Padang golf memang cantik dengan pemandangan indah dan green memang terbaik kerana baru lepas pertandingan besar dan sedikit laju.....janji puas hati....dah merancang 5 tahun....apa nak kira sangat....'Terasa' macam orang 'kaya' sedang main golf di Jakarta kerana kalau di Malaysia memang berkira sangat.....hahaha....nampak duit 'terbang'...


APA LAGI....MESTI NAK POSING

 SEBELUM TEE OFF

Untuk kali ini sahabat saya Hj Jamaluddin Madrop memberi saya peluang satu flight  bersama dengan Dato Seri Dr Abu Hassan Asaari, Dato Dr Zaini Ariff dan Shah, seronok bermain dengan mereka yang mempunyai handicap yang baik dan saya banyak belajar dari mereka.. 

FLIGHTMATES SAYA DARI KIRI DATO DR ZAINI ARIFF, SHAH DAN 
DATO SERI DR ABU HASSAN ASAARI...KESEMUA MEREKA GOLFERS YANG HEBAT

DI PAR 3,  LUBANG KE 4....POSING LAGI.

Puas hati kerana hasrat untuk bermain golf di sini tercapai, score pun ada sedikit peningkatan di sini syukur Alhamdulillah. 

Destinasi golf ketiga dan terakhir untuk trip kali ini adalah Kelab Golf Cengkareng berhampiran dengan Lapangan Terbang Soekarno Hatta.....tunggu....

4 comments:

Ayah Zain said...

salam ziarah lagi bro rosli

Al-Manar said...

Menariknya nampak Padang golf itu. Berapa agaknya handicap tuan dan kawan2 yang nampak professional itu.

rosli said...

Hj AZ,

TK

rosli said...

Al Manar,

Saya sosial golfer main hcp biasa2 je. Kwn2 saya tu antara 12 - 15 hcp...hehehehe