Wednesday, June 10, 2015

MEREKA YANG ADA BANYAK NYAWA - (BAB 2) PENUNGGANG GILA2

Assalamualaikum wbt,

Sejak helmet dikuatkuasakan seluruh Malaysia tahun 1981.....kes maut kemalangan motosikal memang berkurangan kecuali kes kemalangan yang serius seperti termasuk bawah lori treler atau berselisih dengan kenderaan berat yang akibatkan leher penunggang motosikal maut. Aku memang tidak membuat sebarang kajian , cuma berdasarkan pandangan kasar sahaja. 

Aku sendiri pernah kemalangan motosikal pertengahan Januari 1981 di kawasan Tongkah, berhampiran dengan Morib ketika pulang ke rumah abah aku di Kg Batu Laut, anjing melintas tengah2 jalan.....aku tidak sempat mengelak dan terus langgar anjing tu....darah anjing penuh kat motosikal aku dan seluar aku....mandi air tanah aku masa itu untuk bersamak...motosikal aku GP 100 turut disamak. 

Lebih kurang 2 minggu lepas tu abah aku pulak meninggal akibat darah tinggi (dalam surat kematian akibat sakit tua).  Berselisih maut orang dulu2 cakap...Semuanya Allah dah tentukan.

Berbalik pada cerita motosikal... dalam tahun1981 sekali lagi , beberapa bulan selepas itu aku balik sembahyang Jumaat, salah aku kuar simpang x brek....dilanggar kereta pulak....melambung hanya dengan berkain sahaja....terjatuh atas jalan...nasib baik umur nak panjang masa tu....hidup lagi aku ...motor rosak teruk.

Ketiga,1981 jugak...Ogos 1981 rasanya aku baru balik dari Balai Polis Batu 3, Shah Alam...(tengok motor kawan aku yang rosak teruk....kawan aku itu meninggal dilanggar treler betul2 depan BP Batu 3 tu)....sampai di Klang aku tetiba terlihat bola melintas..aku brek....kereta belakang tak sempat brek..dia langgar motor aku...kemek mudguard aku...aku jatuh terduduk atas jalan....tiada sebarang kecederaan..cuma seluar jeans aku koyak....semua kemalangan aku agak tidak serius...aku boleh berjalan dan start motor semula,,,aku bersyukur umur nak panjang....sampailah aku jual motor aku pada tahun 1989 aku beli kereta second hand...

Sejak akhir2 ni aku takut dan seriau tengok ramai penunggang motor yang gila2 dan melulu....aku cukup bimbang bila mereka jatuh atau melintas@ciluk depan kereta aku.....tapi itu lah yang aku hadapi di KL, Shah Alam dan Bangi semasa pergi balik kerja....malah ada yang lebih berani....mereka berada di tepi kereta aku untuk amik 'angin' kereta aku....seolah2 berlumba....tapi mereka ni hampir semua motor 'nyamuk'...yang bising tapi bukan laju pun...lagak je lebih.....mereka tak perlu menunjuk...sebab semuanya aku dah lalui dan buat dulu2...buatlah apapun...yang rugi motor kecik jugak...yang mudah jatuh yang mudah berlanggar kalau tidak berhati2...

Aku hanya boleh berdoa agar mereka tidak terjatuh depan aku ataupun tidak menyusahkan aku dan orang lain...tahun 1980 pernah penunggang jatuh depan aku dan macam nyawa2 ikan.....aku tolong alih motor dia sahaja....aku tak berani pegang atau alihkan orang tu...berhampiran dengan jalan motor Mid Valley sekarang......pengalaman ini mengajar aku tentang bahaya penunggang dan pembonceng motosikal ini. Next entri...penunggang tidak cukup umur....

Zaman sekarang....Kalau nak cerita ada seribu satu macam gelagat penunggang motor sekarang.....aku dah penat bagi nasihat..29 Ogos lalu ada satu kereta terbalik di Bdr Baru Bangi....4 orang semua kawan2 anak bongsu aku Ammar dalam kereta tu........dari dulu aku dah bagi nasihat....budak2 memang degil.....bila dah masuk hospital....semua susah.

No comments: