Oktober 1978.....peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran atau SRP berdebar semacam.....di luar aku jugak ada kelas tuition di New Town (State). Persiapan aku memang agak rapi, arwah ibu aku yang bersungguh2 mahukan aku amik kelas tambahan dengan yuran RM 28.00 sebulan. Masuk bab ni aku tersangat sedih.....ibu aku sanggup buat kerja tambahan iaitu kerja membasuh kain dan baju di rumah seorang taukeh Cina dengan bayaran RM 35.00 sebulan.....semata2 nak bayar yuran tuition aku.....besar sungguh pengorbanan ibu aku...Allahuakhbar...aku masuk kelas tuition sejak bulan Feb ke September 1978....
Aku berjanji dengan ibu, aku nak buat yang terbaik masa SRP dan seterusnya ke SPM dan masuk Universiti.....cumanya bila bab masuk Unversiti aku terasa kabur dan terasa macam tidak layak je nak masuk Universiti sebab aku bukan pelajar yang cerdik dan jugak dari keluarga yang sangat susah....Allah Maha Mengetahui isi hati aku dan ibu aku....
Sepanjang tahun 1978 aku enjoy dengan pelajaran aku masa itu, walaupun ada sedikit tekanan dari arwah ibu, aku selalu pesan ibu...doakan aku berjaya, Di sekolah dan tuisyen pulak aku tiada tekanan sebab aku suka dengan semua matapelajaran aku ketika itu...
Alhamdulillah....selepas Krismas Disember 1978 keputusan SRP diumumkan....keputusan aku boleh tahanlah.....aku layak untuk mohon memasuki Sekolah Teknik......aggregat dan keputusan subjek cukup untuk mohon dan isi borang.....Allah gerakkan hati untuk mohon masuk sekolah Teknik.....ketika itu Sekolah Teknik dan sekolah Vokasional memang berbeza....ramai orang kata Teknik banyak teori dan vokasional banyak praktikal.....
Yang pasti arwah ibu dan bapa aku tidak ada halangan untuk aku mohon ke Sekolah Teknik....next entri ....Sekolah Teknik...

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 284.
Yang bermaksud: Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Allah telah memberi jaminan akan mengampun terhadap sesiapa yang hendak diampuniNya. Terutama kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh...
No comments:
Post a Comment