Assalaamualaikum wbt,
(Artikel ini saya perolehi dari kawan melalui email, sekadar berkongsi, saya tidak pasti pasal hukum hakam adakah kita akan didakwa sebab tidak mengajak orang bukan Islam ke arah Islam atau memeluk Islam. Rasanya setiap hari lima waktu kita sentiasa mengajak orang bukan Islam di Malaysia agar sama2 bersolat melalui azan dalam TV dan radio.Maafkan saya kerana tidak arif soal dakwah ini)
Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am
Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama
bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke
Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika
Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak
yang dikongsi bersama.
Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk
menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada
kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya
kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku
takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.
Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering
menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram,
ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi
bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama
tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim
telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja
disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.
Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah,
dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma
sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki
amat malas kami rasakan.
Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim
akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari
kakaknya.
" He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5
years ago. ..Subhanallah!
Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T.
Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi
saudara seagama denganku.
Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu
dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut
kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ..
Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh
berubah, air mukanya amat redup dan tenang.
Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih
yang sudah terlalu lama terpisah.
'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang"
Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami
berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi
kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku.
Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau
masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.
Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? .Memanglah..Kenapa kau tanya
macam tu?kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?
Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?
Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my
second house.
Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku
kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di
Malaysia, negara Islam ni?
Dan mengapa aku di Islamkan oleh seorang bekas paderi kristian?
Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau betullah
kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka
tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?
Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan
dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah
dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar
tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam
keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau
untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan
untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan
Islam macam aku.
Aku masih tunduk dan tak terkata apa-apa kerana sangat malu.Berdakwah adalah
tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.
Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada
keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa
tu sendiri tak tolong ugama Allah?Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku
kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana
selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada
Allah.
Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai
kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan
betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.
Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar!
dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan
diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.
Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan
memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala
urusan dunia dan akhirat sesorang itu.Petang itu aku pulang dengan satu
semangat baru.
Aku ingin berdakwah!
Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20
orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah
aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang
pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?
Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan
sebagai Islam.
P/s : sebagai Tauladan.
Alangkah indah jika Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Tian Chua, Dato Seri Chua Soi Lek, Dato Seri Samy Velu dan ramai lagi orang bukan Islam di Malaysia memeluk Islam sebelum atau selepas PRU ke 13....