Friday, September 30, 2011

KERJA SAMPAI UMUR 60/64 OR 'JALAN'@MENINGGAL@MATI

Assalamualaikum wbt,


Tahun 1993 masa umur aku 30 tahun terasa masih muda....terasa lama lagi nak bekerja 25 tahun.......akan pencen 2018.  Sekarang umur aku dah 48 tahun ++.....baki umur bekerja 6tahun ++...Insyallah....Terasa dah dekat sangat nak sampai 55 tahun.....tetiba MTUC dan CUEPACS kata dan cadang umur bersara pada umur 60 0r 64.....banyak golongan muda melenting....semalam Presiden CUEPACS pulak memberikan reaksi agar golongan muda lebih tabah dan kuat hadapi cabaran di masa hadapan....dan banyak lagi...elok dua2 belah pihak baca sendiri

Sekarang setiap hari aku rasa aku makin berusia....makin tua,  penyakit senang nak dapat....rambut pun makin sikit dan jarang2....cuma hati ajer yang terasa muda....bila kenang belum gi haji dan ibadat yang amat kurang sejak 25 tahun lalu....terasa takut nak mati pun ada.....bersyukur Allah masih bagi ingatan pada aku....at least dah buat umrah 2008....dah daftar haji....giliran 2024....Niat dah ada...Insyallah kalau ada rezki nak buat haji lebih awal

Beberapa orang kawan aku sekarang bertugas di Arab Saudi, UAE, Qatar , Dubai dan terbaru kawan bekerja di Jeddah.....dan beberapa kawan2 rapat mula mencari peluang bekerja di negara Arab agar lebih dekat dengan Tanah Suci Makkah dan Madinah. Aku pun dah mula browse untuk ke negara2 Arab terutama Arab Saudi....entah kenapa hati dah terpaut dengan negara padang pasir ni....(jawapan terpulang kepada masing2....ada yang nak cari pendapatan lebih,  ada yang nak lari dari boss skrg, nak lari dari politik ofis, yang pasti ramai nak dekat dengan Tanah Suci termasuk aku). Umur bersara di negara2 Arab aku tak sure pulak....

Berbalik  kepada citer umur bersara lebih tua....ramai kawan2 muda kat ofis aku membantah...."habis tu bila anak2 kitaorang nak bekerja...ramai yang akan menganggur nanti".....ramai yang lebih bimbangkan masa depan anak2 mereka.....pada mereka kita yang dah tua ni  'macam tak berguna' dan akan lambatkan anak2 mereka dapat kerja....mereka lupa satu hari nanti mereka akan tua jugak...hehehe....aku dah lalui dan bercakap pasal tua muda ni 18 tahun dulu....Yang pasti orang tua dan muda ada persepsi berlainan....yang tua kata "aku banyak pengalaman, dan yang muda kata aku banyak tenaga dan idea".... lantak kau orang lah.....ada beberapa kes yang dah cecah umur 53/54 skrg ni dah mula pasang strategi dengan 'berbaik' dengan boss dan ada kes yang mengatakan tiada calun yang layak jadi pengganti mereka buat masa ni....hehehe....mereka sebenarnya tidak bersedia untuk pencen dan masih ada tenaga......sedangkan rakan dan orang bawahan mereka dah 'jemu 'dengan mereka ni.... YANG PASTI ramai orang muda yang tak sabar nak naik pangkat sentiasa  berdoa agar boss atau orang tua biar mati cepat....tapi kena ingat ramai jugak orang muda mati awal.....hehehe. ( Dapat tau salah sorang kawan perempuan(guru) masa belajar universiti dulu sebaya dengan aku kena stroke dan sedang menderita sakit, moga dia cepat sembuh)

Aku ikut apa keputusan kerajaan.....kalau 60 ker 64 ker ker 55 ker aku ikut.....kalau masih sihat aku akan bekerja terus....kalau asyik sakit aku berhenti awal.....rezki akan datang aku berserah pada Allah.....ramai boss2 lama aku dan kawan2 yang aku kenal sekarang yang masih bekerja, berniaga dan aktif dengan masjid walaupun ada yang dah mencecah umur 58, 60 dan 70 tahun.....ramai mereka ni dulu pegawai kanan....bukan duit yang mereka cari tetapi nak penuhkan masa lapang atau mungkin kerja sampai 'jalan'......kedudukan aku akan datang aku berserah pada Allah....samada kerja sampai 'jalan' or berehat di rumah sampai 'jalan'.....

Yang pasti salah satu perancangan aku adalah berniaga kedai runcit depan rumah wife aku di kampung dia, Air Hitam, Muar...dan pergi solat berjemaah di surau depan rumah tu setiap waktu....tapak kedai runcit dah lama ada dan surau pun dah lama ada di situ. Ameen

Thursday, September 29, 2011

KADANG2 DOA TIDAK DIMAKBULKAN

Assalamulaikum wbt,

Berkata Ibrahim bin Adham ketika ditanya tentang firman Allah,
وَقَالَ رَبُّـكُمُ ادْعُونِى أَسْتَجِبْ لَكُمْ، إِنَّ الَّذِينَ يَسْـتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادِتِى سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ.
Yang bermaksud, Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
(Ghafir 60)
 Mereka berkata: Kami berdoa tetapi kenapa doa kami tidak diperkenan?. Beliau menjawab: Hati kamu telah mati disebabkan beberapa perkara ini:    
  1. Kamu mengetahui Tuhan kamu tetapi tidak melaksanakan haqNya.
  2. Kamu membaca Kitab Allah (al-Quran) tetapi tidak beramal dengannya. 
  3. Kamu mendakwa syaitan adalah musuh tetapi kamu masih mengikutinya.  
  4. Kamu kata mencintai syurga tetapi tidak melakukan amal untuk ke arahn
  5.  Kamu sibuk dengan keaiban orang lain tetapi kamu lupa tentang keaiban diri kamu sendiri 
  6. Kamu makan dengan rezeki Allah tetapi kamu lupa bersyukur kepadaNya 
  7. Kamu ikut mengkebumikan jenazah saudara kamu tetapi tidak pernah mengambil iktibar daripadanya.  
  8. Kamu takut kepada neraka tetapi masih terus melakukan dosa.  
  9. Kamu memperakui mati itu benar tetapi tidak pernah membuat persediaan untuk menghadapinya.
 Dipetik daripada buku Zikrullah Taala, Dr. Wahbah al-Zuhaili, Dar al-Maktabi, 1999 hlmn 31.

Tuesday, September 27, 2011

BAHAYA TEH UNCANG

Assalamualaikum wbt,
(Berkongsi email yang saya perolehi dari kawan beberapa bulan lepas)

Teh sememangnya telah diakui di beberapa negara dunia sebagai minuman yang berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan. Terdapat banyak jenama teh uncang yang terdapat di pasaran Malaysia. Dan sudah tentulah ia sentiasa menjadi minuman kegemaran semua golongan masyarakat.

Pada awal tahun ini, kita dikhabarkan bahawa teh timbang yang terdapat di pasaran mengandungi bahan pewarna yang berlebihan yang boleh menyebabkan kanser.

Maka terdapatlah cadangan ramai pihak supaya masyarakat bertukar dari teh timbang kepada teh uncang.

Namun, kita harus sedar bahawa teh uncang juga mempunyai kelemahan serta kesan buruk yang tersendiri. Cumanya kita kena berhati-hati ketika menyediakan teh uncang.

Apa yang diketahui,

Jangan Mencelup Uncang Teh Lebih Dari 3 Minit.

Teh uncang sebaiknya tidak boleh dicelupkan serta 'direndam' terlalu lama. Hal ini disebabkan adanya kandungan klorin dalam uncang kertas teh itu. Fungsinya adalah untuk melindungi kertas uncang tersebut daripada bakteria dan juga berfungsi sebagai pengawet, iaitu teh menjadi lebih tahan lama.

Klorin dalam jumlah yang tinggi boleh menyebabkan banyak keburukan dan kesan negatif kepada badan manusia. Antaranya ialah kanser, mandul dan banyak lagi.

Jika mencelup uncang teh lebih dari 3 - 5 minit, klorin akan ikut larut dalam teh. Dan banyak khasiat teh yang 'terhilang' akibat kehadiran klorin yang tinggi dalam minuman teh. Agar terhindar dari kesan jangka masa panjang, sebaiknya jangan mencelup uncang teh lebih dari 3 minit!. Hati2 dan mulakan dari sekarang.

Monday, September 26, 2011

ENAM KAEDAH PELABURAN MUDAH YG TAK AKAN RUGI.....

Assalamualaikum w.b.t,

Di bawah ini antara enam kaedah pelaburan yang boleh kita usahakan : ( banyak lagi sebenarnya)
 
  1. Berikan senaskah al quran kpd seseorang. Setiap kali seseorang membacanya insyaAllah Allah beri ganjaran. 
  2. Subangkan sebuah kerusi roda kpd hospital/klinik. Setiap kali pesakit menggunakannya, insyaAllah Allah beri ganjaran. 
  3. Ambil bahagian/menyumbang dlm pembinaan sesebuah masjid. 
  4. Sumbangkan sebuah "water cooler" di tempat awam. 
  5. Tanam sebatang pokok. Allah mengganjarimu tiap kali seseorang, haiwan berteduh atau memakan buah2 dan dedaunannya. 
  6. Dan yg termudah sekali, kongsikan post ini dengan seramai insan yg boleh. Walau mana2 satu drp di atas yg dilaksanakan insyaAllah kamu pasti diganjari Allah s.w.t.... Salam Syawal salam pelaburan akhirat....wallahua'lam

    Thursday, September 22, 2011

    ANTARA KEBENDAAN DAN KETENANGAN DIRI

    As Salam,

    Sekadar berkongsi rasa,  setiap hari Allah akan menduga kita dan aku tidak terkecuali....kali ini politik pejabat.....malas rasanya menulis.....tapi aku mahukan komen pembaca dan aku pasti dapat melegakan kepala 'otak' ni....yang bestnya semalam ketika berwudhu untuk solat asar aku dapat jawapan dan sepatutnya tidak perlu lagi bercerita dalam blog....

    Antara kenaikan pangkat, kenaikan gaji antara RM 750 hingga RM 1000.00, berbanding masa pulang kerja awal, kualiti masa bersama keluarga dan masa berehat di rumah dan yang paling utama masa solat dan beribadat.....kita akan pilih yang mana....aku diprovoke oleh sorang kawan agar memohon jawatan yang bakal ada ruang kosong pada tahun 2012..pada aku pulak boss akan offer kita kalau dia hendak kita dan tak perlu kita mintak atau menonjolkan diri dan aku lebih selesa berdoa dan mohon petunjuk dari Allah...Duit sebanyak mana memang tidak akan cukup.....ada sorang kawan aku baru dapat naik pangkat....naik gaji dan dapat bilik besar beberapa bulan lepas.....masih merungut tak cukup....

    Aku yang dah kerja 26 tahun pun masih cukup2 makan setiap bulan dan kekadang pun tak cukup gaji.....kena cari kerja tambahan dan buat kerja lain untuk mencukupkan perbelanjaan. Umrah 2008 buat aku tahu erti bersyukur dan sentiasa berdoa pada Allah....yang penting sekarang setiap kali mendapat rezki dan rezki lebih aku tak lupa berdoa dan bersyukur. Ameen.

    Bila terlihatkan tindak tanduk kawan2 yang sentiasa tak puas hati dan kurang bersyukur aku sering tertanya2....dulu akupun begitu......sentiasa tak puas hati dan tidak bersyukur , malas rasanya berkawan dengan kawan2 begini....bisikan syaitan sentiasa dekat....

    Buat masa ni aku selesa pulang awal, rehat awal, kualiti masa bersama keluarga banyak dan paling best.....masa bersolat dan beribadat tidak kelam kabut....dugaan dan cobaan selalu sangat syaitan berbisik pada aku gambar ringgit dan peluang ke luar negara atas tugasan rasmi di masa akan datang jika dekat dengan boss dan memegang jawatan lebih tinggi...'tepuk dada tanya selera'

    Yang aku paling suka 'tepuk dada tanya iman'...Ya Allah bagilah kekuatan pada diri hamba Mu ini. Ameen.

    Tuesday, September 20, 2011

    PROPHET MUHAMMAD SAID THIS 1400 YEARS AGO

    As Salam,
    ( berkongsi email yang saya perolehi dari rakan sepejabat)


    Take a look.... Now this is told 1400 yrs ago!!!! 

    * Camels will no longer be used as a means of transport;
    * People will ride on saddles that aren't saddles (cars?)
    * The distance on earth will become short;
    * Horses will not be used in wars;
    * Muslims will defeat the Byzantines which will end with the conquest of Constantinople Istanbul);
    * The Jews will gather again to live in Bilad Canaan;
    * Very tall buildings will be built;
    * The disappearance of knowledge and the appearance of ignorance, with much killing;
    * Adultery will become widespread, and the drinking of wine will become common;
    * The number of men will decrease and the number of women will increase until there are 50   women to be looked after by one man.
    * Islam will become worn out like clothes are, until no one will know what fasting, prayer, charity and rituals are;
    * Allah will send a disease to fornicators that will have no cure (Aids?);
    * People will begin to believe in the stars and reject AL QADAR (THE DIVINE DECREE OF DESTINY);
    * Men will pass by peo ple's graves and say: 'Would that I were in his place'; (large amount of sucidal deaths?)
    * The Euphrates will uncover a mountain of gold for which people will fight over (the river of Alfurat that lies near Syria );
    * Two large groups of people will fight one another, and there will be many casualties; they will both be following the same religion World War II?);
    * Approximately 30 DAJJALS will appear, each one claiming to be the messenger of ALLAH;
    * Earthquakes will increase; * Time will pass quickly;
    * Afflictions will appear;
    * Killing will increase;
    * Wealth will increase;
    * Women will be wearing clothes but not wearing clothes

    * THE PROPHET (saw) SAID: 'IF MY UMMAH BEARS 15 TRAITS (QUALITIES), TRIBULATION WILL FOLLOW IT.' (DAY OF JUDGEMENT) SOMEONE ASKED,'WHAT ARE THEY O MESSENGER OF ALLAH?' HE (saw) SAID:

    * When any gain is shared out only among the rich, with no benefit to the poor;
    * When a trust becomes a means of making profit;
    * When paying ZAKKAT becomes a burden;
    * When voices are raised in the mosque;
    * When the leader of a people is the worst of them; when people treat a man with respect because what he may do;
    * When much wine is drunk; red wind or the earth swallow them, or to be transformed into animals.'


    * 'IMRAN IBN HUSAYN SAID: 'THE PROPHET (AS) SAID, 'SOME PEOPLE OF THIS UMMAH WILL BE SWALLOWED BY THE EARTH, TRANSFORMED INTO ANIMALS, AND SOME WILL BE BOMBARDED WITH STONES'. ONE OF THE MUSLIMS ASKED, WHEN WILL THAT BE O MESSENGER Of ALLAH?' HE SAID, 'WHEN SINGERS AND MUSICAL INSTRUMENTS WILL BECOME POPULAR, AND MUCH 
    WINE IS DRUNK.'' THE GREATER SIGNS OF THE HOUR 



    The Quran will disappear in one night, even from the people's hearts, and no Ayah will be le ft on earth. (Some groups of old people will be left who will say: 'We heard of fathers' saying 'LAILLAHA ILLA ALLAH' so we repeat it);
    * The appearance of the MAHDI;
    * The appearance of the DAJJAL (Anti Christ); * The appearance of Ya'juj and Ma'juj (biblical Gog and Magog);
    * Isa (Jesus) will come during the time of Dajjal;
    * The rising of the sun from the west;
    * The destruction of the Ka'ba and the recovery of its treasures;
    * The smoke.


    Just remember- Allah is watching you. Prayer Wheel, Let's see the devil stop this one! Here's what the wheel is all about. When you receive this, say a prayer for the person that sent it to you.... There are no costs, but wonderful rewards.... Let's continue praying for one another.
    As we look at this article we realize how true the Messenger (P.B.U.H) was these signs were prophesized 1400 years ago!!! 


    Now you have two options here :
    1- Leave this message & sit here. No curse or whatever may happen to you (Insha-Allah)
    2- Forward this message to a number of people you know and by the grace of Allah you will be blessed for each person you forward this e-mail to. PLEASE FORWARD THIS, THIS IS A REWARD.

    Always Remember:-' Calm Seas Never Make Skillful Sailors'

    Saturday, September 17, 2011

    ANTARA EGO, MARAH ,'DENDAM' AKU DAN ISYARAT DARI ALLAH

    As Salam,

    Tiga minggu lepas aku terserempak dengan seorang pegawai FAM yang dah bergelar Datuk skrg di Menara TM, dua hari lepas aku terserempak lagi  dengan Datuk ni berhampiran dengan menara TM.Aku mula kenal dengan pegawai ni sejak tahun 2006 ketika dia membantu menerajui sebuah pasukan bola sepak negeri pantai timur yang sekarang begitu menonjol. Entah kenapa sekarang aku begitu meluat dan menyampah bila ternampak wajah dia samada di TV atau suratkhabar selepas dia sabotaj pasukan TMFC pada bulan april 2007 hinggakan kami terkeluar dari saingan piala FA.  Sehingga kini aku tak pasti kenapa dia pada tahun 2007 bersungguh2 nak sabotaj dan tikam belakang pasukan TMFC ketika itu. Ogos 2007 secara rasmi TM menutup pasukan TMFC dan menarik diri dari Liga Super Malaysia dan menumpu kepada penajaan.

    Aku tau dia sekarang kena selalu ke TM sebab soal penajaan,kewangan dan pembayaran  ke FAM....TM memerlukan laporan terperinci setiap perbelanjaan.  Pegawai yang  bergelar Datuk ni tak tau malu ke ? Dah lah dulu dia yang bersungguh-sungguh sabotaj dan menikam pasukan TM, sekarang dah selalu ke TM, aku pasti ramai pegawai kanan TM tidak mengetahui perangai sebenar dia ni.....

    Pendapat peribadi aku, sepatutnya TM tidak menaja pasukan Malaysia kerana dah lebih 6 tahun  TM menaja FAM sejak tahun 2005 hingga 2010..bagilah kepada GLC lain yang lebih besar menaja,  dan TM sepatutnya mencari sukan lain yang boleh dipromosikan dengan lebih professional.. ini pendapat peribadi kerana aku dan staff TM lain tidak boleh mengeluarkan sebarang komen berhubung polisi Syarikat  dalam blog atau mana2 laman sosial ,  hope kawan2 aku yang jaga polisi dan hal2 berkaitan perhubungan perusahaan tidak mengenakan sebarang tindakan disiplin pada aku.

    Aku tidak malu mengaku masih marah dan 'berdendam ' dengan FAM dan segelintir pegawai mereka yang sepatutnya tidak layak menduduki kerusi FAM....mereka sudah ketandusan idea dan tidak relevan lagi dengan pembangunan bolasepak Malaysia....mereka masih menebalkan muka stay kat FAM.....apa jadi dengan pasukan piala dunia Malaysia sekarang...apajadi dengan ranking Malaysia sekarang ? Ini semua versi marah....

    Sekarang aku masih tertanya2 kenapa mesti Allah temukan aku dengan pegawai FAM bergelar Datuk tu dua kali dalam masa 3 minggu....aku sudah tidak menjaga sebarang pasukan bolasepak, aku dah malas nak fikir pasal bolasepak Malaysia,  cuma bagi komen sekali sekala sahaja.....sejak dari pulang umrah 2008 aku sedang memaafkan semua orang yang aku tidak suka....aku dah boleh terima takdir TMFC ditutup......semua perjalanan hidup ini Allah dah tentukan dan kena menengok dengan mata hati setiap apa yang terjadi dan mesti redho.

    Kalau ada pembaca blog yang boleh bagi pandangan dan renungan kepada aku persilakan....ego, marah dan dendam aku tidak ke mana pun....Isyarat dari Allah yang aku sedang nilaikan sekarang ni....

    Thursday, September 15, 2011

    THIS IS A GOOD ONE

    As Salam,

    Biasa dalam bulan puasa aku mesti dapat banyak email yang kreatif dan merangsang minda supaya tidak mengantuk .  Di bawah ini salah satu yang aku dapat dari kawan2....dah lupa nama mereka ni.


    Mathematics:
    This comes from 2 math teachers with a combined total of 70 yrs. experience.
    It has an indisputable mathematical logic. It also made me Laugh Out Loud.
    This is a strictly mathematical viewpoint..it goes like this:

    What Makes 100%?

    What does it mean to give MORE than 100%?

    Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%? 

    We have all been to those meetings where someone wants you to give over 
    100%.

    How about achieving 103%?

    What makes up 100% in 

    life?

    Here's a little mathematical formula that might help 

    you answer these questions:

    If:
    A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

    is represented as:
    1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

    Then:

    H-A-R-D-W-O-R-K
    8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

    and

    K-N-O-W-L-E-D-G-E
    11+14+15+23+12+5+4+7+5 =96%

    But ,


    A-T-T-I-T-U-D-E
    1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

    And,

    B-U-L-L-S-H-I-T
    2+21+12+12+19+8+9+20 = 103%

    AND, look how far ass kissing will take you.

    A-S-S-K-I-S-S-I-N-G
    1+19+19+11+9+19+19+9+14+7 = 
    118% 

    So, one can conclude with mathematical certainty, 

    that while Hard work andKnowledge will get you close, andAttitude will get you there, its theBullshit and Ass Kissing that will put you over the top.


     Now you know why some people are where they are!

    Kita jugak biasa dengar gelaran2 yang diberi kepada mereka ni seperti, talibarut boss,  kaki ampu, kaki jilat bontot boss, kaki repot dan macam2 lagi......tapi aku pernah terdengar sorang kaki ampu ni menjawap......" sukahati akulah apa aku nak buat.....aku pun nak hidup jugak....ini cara aku".....

    'tepuk dada tanya selera'..yang ni kita biasa dengar   ....'tepuk dada tanya iman' , sekarang aku suka yang ini.

    Tuesday, September 13, 2011

    20 Amalan Murah Rezeki

    As Salam,
    (Berkongsi email yang saya perolehi dari rakan sepejabat)

    Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

    Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhira t. Di antaranya:

    1.Menyempatkan diri beribadah

    Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

    2.Memperbanyak istighfar

    Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa yang memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yan g tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-N as a’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari A bd ullah bin Abb as r.a.)

    3.Tinggalkan perbuatan dosa

    Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

    4.Sentiasa ingat Allah

    Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah maka hati akan menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

    5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa

    Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

    6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

    Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

    7.Tunaikan hajat orang lain

    Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

    8.Banyak berselawat

    Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

    9.Buat kebajikan banyak-banyak

    Ibnu Abb as berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

    10.Berpagi-pagi

    Menurut R as ulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

    11.Menjalin silaturrahim

    Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

    12.Melazimi kekal berwuduk

    Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

    13.Bersedekah

    Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah az za wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari An as r.a.)


    14.Melazimi solat malam (tahajud)

    Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

    15.Melazimi solat Dhuha

    Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

    16.Bersyukur kepada Allah

    Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras ." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

    17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

    Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
    Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
    Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

    18.Berdoa

    Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

    19.Berikhtiar sehabisnya

    Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

    Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas . Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

    20.Bertawakal

    Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)

    Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

    Kesemua yang disebut diatas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yan g menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yan g tidak terlint as di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

    Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yan g sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

    Thursday, September 8, 2011

    WUDHU' ZAHIR DAN BATIN

    As Salam,
    (Berkongsi ilmu yang saya perolehi dari email kawan saya di CIMB Nurhettyka)

    Diriwayatkan ada seorang yang bernama Isam bin Yusuf yang sangat warak dan amat khusyu' solatnya. Namun ia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya itu kurang khusyu'nya lalu dia selalu bertanya kepada orang-orang yang dianggapnya lebih baik ibadahnya demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyu' .

    Maka pada suatu hari, Isam menghadiri satu majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam. Lalu Isam bertanya "Wahai Aba Abdurrahman, terangkanlah kepada saya bagaimanakah caranya tuan bersolat"

    Lalu Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku pun berwudhu' zahir dan batin"

    Isam bertanya lagi "Bagaimanakah wudhu' zahir dan batin itu?"

    Hatim berkata : "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin itu ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara yakni:-
    1.        Bertaubat
    2.        Menyesali dosa yang telah dilakukan
    3.        Tidak tergila-gilakan dunia
    4.        
    Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
    5.        Tinggalkan sifat bangga diri
    6.        Tinggalkan sifat khianat dan menipu
    7.        Tinggalkan sifat dengki

    Seterusnya Hatim berkata lagi " Kemudian aku ke mesjid, aku kemaskan kesemua anggotaku dan aku menghadap ke Kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan

    1.        Aku sedang berhadapan dengan Allah Rabbul Jalil
    2.        Syurga disebelah kananku
    3.        Neraka disebelah kiriku
    4.        Malaikat maut (Izrail) dibelakangku
    5.        Aku bayangkan pula aku sedang meniti titian sirat dan
    6.        Aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solatku yang terakhir bagiku
    "Kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham akan maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawaddhuk dan aku bertasyahud dengan penuh pengharapan agar Allah menerima solatku dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah cara aku solat selama ini".
    Mendengarkan itu, maka menangislah Isam terisak-isak kerana membayangkan betapa kurang baik ibadahnya bila dibandingkan dengan Hatim.

    Rasulullah SAW bersabda barang siapa yang menyebarkan ilmu demi kebaikan, insya-Allah Allah akan menggandakan kebaikan kepadanya.

    Tuesday, September 6, 2011

    KITA DITIPU MELALUI PEMAKANAN

    As Salam,
    (Berkongsi email yang saya perolehi dari kawan saya Razali Rashid)

    Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum. Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam...


    Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:
    "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

    1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

    2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

    3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

    4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

    5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

    6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.
    --
    Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam Agamaku, Al-Quran Imamku, Kaabah Kiblatku, Solat Kewajipanku, Sekelian Muslimin Saudaraku dan Ibrahim Al-Khalil Datukku.
    Aku hidup dan mati atas kalimah 'LAA ILAHA ILLALLAH'

    Monday, September 5, 2011

    ANTARA AKTIVITI DAN JUADAH RAYA HARI PERTAMA

    As Salam,
    Biasa di pagi Raya pertama, lepas bermaaf2an dengan anggota keluarga mesti bergambar dulu dengan famili aku dan ibu mertua aku...lepas tu menikmati juadah raya dan terus beraya di rumah sedara mara yang terdekat dan terapat.


    Famili aku dan ibu mertua aku
    Menu utama emak mertua aku lode, nasi impit, kuah kacang ,ungkep daging dan ungkep ayam

    Lodeh, peberet aku
    ungkep daging
    kuah kacang
    ungkep ayam
    Ibu mertua juga biasa sediakan macam2 kuih tradisional antaranya rempeyek, kerepek pisang, dodol dan macam2 lagi termasuk yang dibawa oleh anak menantu dia.

     Deretan kuih raya 2011
    Ini dodol hasil tangan abang ipar aku, Abg Sham

    Sebelah petang beraya di rumah Abang Bari ( Wak Sabari ) dan Kak Sah (kakak ipar aku yang paling sulong) mereka hidangkan ketupat, sup ayam, rendang daging,ayam masak kicap dan sup tulang lembu. Perghhhhh...kena pulak dengan sambal kicap pedas...

     Ketupat kat rumah Wak Sah/Wak Sabari
    Ayam masak kicap
     sambal kicap pedas
    Sup tulang lembu

    Friday, September 2, 2011

    TRADISI MARHABAN DI BATU 17, AIR HITAM , MUAR

    As Salam,

    Marhaban di sini telah menjadi aktiviti wajib dan tradisi masyarakat di sini. Aku pulak  mengenali tradisi ini sejak 23 tahun lalu, wife aku orang sini.  Meriah dan tradisi yang wajib diteruskan sampai bila2. 

    Tahun ini aku sempat merakam beberapa keping gambar rombongan Marhaban pada hari Raya kedua - 31 Ogos , untuk tatapan pembaca.  Mereka hadir dengan berpuluh2 biji motor dan berselawat dari luar rumah hinggalah ke dalam rumah. Selepas menjamu selera wakil mereka akan bagi ucapan dan ucapan balas tahun ini aku yang kena berucap  bagi pihak  ibu mertua aku.
     Rombongan Marhaban

     Menikmati jamuan ringan

     Menghilangkan dahaga
    Giliran aku berucap balas bagi pihak ibu mertua aku

    Salam dan selawat mereka begitu meriah, moga rumah ibu mertua aku sentiasa diberkati Allah s.w.t. Ameen.