Tuesday, December 29, 2015

'RUMAH SEPERTI KUBUR'

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: Muslim
Hadith: 

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Janganlah kamu menjadikan rumahmu itu seperti kubur (tidak pernah kamu sembahyang sunat ataupun membaca al-Qur’an dan ibadat lain di dalamnya). Sesungguhnya syaitan akan lari dan menjauhkan diri daripada mana-mana rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah”.

(Hadith Riwayat Muslim)

Huraian Hadith: 

  1. Hadith ini menunjukkan kelebihan surah al-Baqarah dan membacanya dengan tadabbur dan mengamalkan kandungannya akan menjauhkan daripada syaitan.
  2. Islam menuntut kepada setiap umatnya agar menghiasi rumah mereka dengan amal ibadat wajib dan juga sunat, kerana rumah-rumah yang tidak ada penghuninya yang sembahyang sunat dan membaca ayat suci al-Qur’an diibaratkan kubur yang sunyi dimana syaitan serta iblis akan menguasainya.
  3. Syaitan dan iblis akan takut apabila mendengar ayat-ayat al-Qur’an dibaca oleh seseorang lebih-lebih lagi surah al-Baqarah.
  4. Digalakkan supaya melakukan sembahyang sunat dirumah.
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

Saturday, December 26, 2015

RUMAHKU SYURGA KU- LALANG TUMBUH SEMULA - (BAB 5)

Assalaamualaikum wbt, ( Jan -Feb  2015)

Tak sampai dua bulan lalang dimesin dan tebas sudah tumbuh  semula ....memang subur betul lalang dan tanah disini agaknya sebab akar lalang memang dah bertapak lama...

RUMPUT DAN LALANG LAMAN BELAKANG MEMANG SUBUR

Cepat-cepat aku semai dan tanam beberapa pokok antaranya limau nipis, limau kasturi dan pokok jambu batu..





Bahagian depan pun sama lalang lagi cepat naik....subur betul lalang2 ni...




Aku tidak ada pilihan lain....aku racun lalang dan rumput rampai yang aku pun tak tau namanya...




Next entri pasal grill dan kabinet dan tanam rumput baru...banyak kerja lagi nak buat laman cantik....

Tuesday, December 22, 2015

KELEBIHAN SOLAT FARDHU

Assalaamualaikum wbt,



Riwayat: al-Bukhari dan Muslim
Hadith: 

Daripada Abu Hurairah RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Katanya, andai kata pada pintu seseorang di antara kamu ada sebuah sungai dan ia mandi disitu sebanyak lima kali dalam sehari, apakah masih ada kekotoran yang masih tertinggal dibadannya?” para sahabat menjawab, tidak ada kekotoran sedikit pun yang tertinggal dibadannya. Baginda bersabda, “Demikianlah bandingan sembahyang lima waktu, dengan mengerjakan semua itu Allah akan menghapuskan semua dosanya dan kesalahan”.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Huraian Hadith: 
  1. Kelebihan Solat lima waktu dan kelebihan memeliharanya.
  2. Sembahyang fardhu merupakan tiang agama yang diwajibkan kepada setiap umat Islam yang telah cukup syarat-syaratnya.
  3. Orang yang mengerjakan sembahyang fardhu dengan sempurna meliputi rukun dan sunatnya akan diampunkan dosa-dosa kecil sedangkan dosa-dosa besar tidak terhapus melainkan dengan bertaubat.
  4. Uslub Nabi SAW menarik minat dan terangsang untuk melakukan taat dengan cara berdialog dan perumpamaan.

Wednesday, December 16, 2015

AKHIRNYA UNIFI DAPAT DIPINDAHKAN KE RUMAH BARU

Assalaamualaikum wbt,

Aku dinasihatkan agar tidak post atau citer pasal Unifi di rumah baru kerana penyedianya adalah Syarikat tempat aku kerja jugak....rupanya baru tau kawasan rumah baru aku ni dianggap kawasan perumahan baru dan kebetulan ada 6 biji rumah sahaja...kos untuk menarik kabel dan menyediakan infra memang begitu mahal.....semua tu aku faham...

Kebetulan Unifi di lama aku masih belum putuskan,,, jarak  rumah lebih kurang 2.5km sahaja....aku dan anak2 sanggup ke rumah lama semata2 nak main internet dan buat kerja untuk guna internet...banyak bulan jugaklah....

Akhirnya setelah melalui beberapa fasa dengan yang menyediakan infra...akhirnya awal Oktober lalu...tersedialah DP depan rumah.....Alhamdulillah.


KONTRAKTOR NAIKKAN DP
SIAP DAH

2 November lalu....akhirnya kontraktor Unifi datang ke rumah dan memasang terus Unifi....kami semua lega kerana Unifi sekarang memang satu keperluan yang sangat2 penting...


KONTRAKTOR TM SEDANG UKUR 'DUCK FIBER'
HANYA ADA 8 PORT....RUMAH DI SINI ADA 6 SAHAJA...
AKU DAPAT PORT YANG PERTAMA
DUCK FIBER DI PAKU KE TEPI DINDING RUMAH DENGAN KEBENARAN AKU
TERUS KE TINGKAT SATU RUMAH BERSEBELAHAN PIRING 
ASTRO
BHG DALAM RUMAH....BILIK TIDUR UTAMA AKU
FINALLY.... UNIFI SIAP DI PASANG

Satu rumah gembira sangat dengan Unifi dan yang paling gembira anak dara aku ....hampir setiap hari dia download  siri drama Korea....dia masih menikmati cuti sementara mencari pekerjaan ...

Tuesday, December 8, 2015

KELEBIHAN MAKAN SECARA BERKUMPULAN

Assalaamualaikum wbt,


Riwayat: Abu Daud dan at-Tirmizi, katanya Hadith Hasan Sahih

Hadith: 
Daripada Wahsyi bin Harbi RA, Sesungguhnya para sahabat Rasulullah SAW berkata, “Wahai Rasulullah sesungguhnya kami makan tetapi tidak kenyang”. Lalu Baginda bersabda, “Mungkin kamu semua makan berselerak”. Mereka semua menjawab, “Ia benar” Baginda bersabda lagi, “Oleh itu hendaklah kamu semua berkumpul semasa makan dan bacalah Bismillah semoga diberkati Allah.”
Huraian Hadith: 

  1. Islam menggalakkan makan secara beramai-ramai kerana ianya mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
  2. Hendaklah membaca “Bismillahirrahmanirrahim” sebelum makan kerana ianya merupakan sunnah Rasulullah SAW.
  3. Makan secara berkumpul akan melahirkan silaturrahim sesama umat Islam. 

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

Monday, November 30, 2015

MAKRUH BERNAFAS DI DALAM BEKAS MINUMAN

Assalaamualaikum wbt,



Riwayat: al-Bukhari dan Muslim
Hadith: 
Daripada Abi Qatadah RA, bahawa Nabi Muhammad SAW melarang bernafas didalam cawan (bekas minuman).
   
Huraian Hadith: 
  1. Bernafas di dalam bekas minuman adalah makruh dan merupakan perbuatan yang kurang baik dan kurang sopan kerana dengan berbuat demikian boleh mencemarkan air minuman dan menjijikkan orang yang melihat. Perbuatan ini juga tidak baik untuk kesihatan.
  2. Larangan bernafas di dalam bekas minuman mempunyai beberapa hikmah diantaranya dapat menjaga kesihatan dan mencegah penyakit yang berjangkit.
  3. Di dalam sesuatu perkara yang akan dilakukan hendaklah mengutamakan hukum daripada kedudukan seseorang.
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

Monday, November 23, 2015

MASJID AL UMM SEK 2, BDR BARU BANGI - APRIL TO JULAI 2015 (BAB 5)

Assalaamualaikum wbt,

Terus terang aku cakap,  dari April ke Jun 2015...aku begitu sibuk dengan kerja dan berulang jauh ke Shah Alam...dan tidak banyak mengambil gambar Masjid depan rumah...sehinggalah satu petang masa aku pulang dari pejabat dan hampir senja....ketika itu aku baru perasan...dari depan rumah aku dapat menikmati pemandangan waktu senja yang cantik....Subhanallah....Masyallah....terima kasih Ya Allah berikan aku lokasi rumah  yang terbaik dan dapat tengok matahari naik dan matahari jatuh....

INDAHNYA SENJA...SUBHANALLAH

Yang pasti kubah masjid telah dipasang dalam bulan Mei dan aku tidak dapat menyaksikan peristiwa bersejarah tersebut kerana aku bertugas di luar kawasan pada hari Ahad tersebut.

MATAHARI SEMAKIN TERBENAM DAN SEMAKIN CANTIK


Dua buah menara di kiri dan kanan Masjid telah berdiri megah dan hanya menunggu kubah kecik di pasang dalam masa beberapa bulan lagi

VIEW DARI BILIK AKU, BEBERAPA SAAT SEBELUM 
MATAHARI TENGGELAM

Allahuakhbar....besar sungguh nikmat yang hambaMu nikmati.TQVM YA ALLAH.

Tuesday, November 17, 2015

UCAPAN SALAM MENGERATKAN SILATURRAHIM

Assalaamualaikum wbt,



Riwayat: Muslim
Hadith: 


Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SW bersabda, “Kamu semua tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman. Tidak beriman kamu sehinggalah kamu semua saling mencintai, adakah kamu semua suka jika aku menunjukkan kepada kamu semua satu perkara, jika kamu lakukan perkara tersebut tentu kamu semua dapat berkasih sayang dan saling mencintai? iaitu hendaklah ucapkan salam dikalangan kamu semua.”
Huraian Hadith: 


  1. Tidak sempurna iman seseorang Muslim itu sehinggalah ia kasih dan saling mencintai terhadap saudaranya yang lain dengan tidak melakukan perkara-perkara yang tidak baik dan tidak disenangi oleh mereka.
  2. Ucapan salam dapat mengeratkan silaturahim antara umat Islam.
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

Tuesday, November 10, 2015

KONVO ANAK SULONG DI UKM BANGI - 1 NOV 2015 ( LEGASI AKU YANG MEREKA SAMBUNG)

Assalaamualaikum wbt,

Beberapa tahun dulu masa kami menghadiri 'konvokesyen' Adiera di UPM untuk lepasan SPM sekolah dia ....aku selalu pesan dengan anak perempuan  aku ni...."belajar sungguh dan satu hari nanti boleh ada konvo yang betul2"....kami suami isteri memang teringin menengok semua anak2 dapat konvo mereka sendiri dan meneruskan legasi aku  yang pernah Konvo di UM tahun 1986......( TQVM Ya Allah)

Alhamdulillah, majlis konvokesyen anak sulong kami , Nur Adiera Hanna Bt Rosli berjalan lancar pada 1 Nov 2015 lalu, di DECTAR UKM....rasanya semua ibu bapa memang akan rasa seronok dan berbangga dengan kejayaan anak2 lebih2 lagi di majlis konvokesyen...aku, isteri dan anak2 lain tidak terkecuali.


KAMI MASUK DECTAR AWAL....MASIH KOSONG
ADIERA ADA DI KELOMPOK GRADUAN ITU
SALAH AKU....GAMBAR GOYANG...ADIERA DI TENGAH2 
ADIERA...DI TENGAH2...SEKALI LAGI AKU TAK DPT SNAP... 
HANYA DI SKRIN SAHAJA YANG AKU DAPAT..
BARU LEPAS AMIK SCROLL....

Anak aku Nur Adiera Hanna, pada ketika belajar begitu beruntung kerana rumah aku dan UKM hanyalah kurang dari 4 KM... 3 tahun dia jadi mahasiswa di UKM...memang dia selalu mengadu kursus dia susah dan sangat memenatkan. Sebelum konvo dia sempat buat internship kat Sime Kansai Paint di Bukit Raja, Klang selama 9 minggu....sekarang menunggu peluang dan sedang mencari kerja....dapat offer buat masters pun dia hold dulu....belum hilang penat belajar katanya.... 

ALHAMDULILLAH SUDAH ADA SEGULUNG IJAZAH
AKU, ADIERA DAN ISTERI...KAMI SERONOK DAN BANGGA...
BERSAMA SEMUA KELUARGA AKU , AMMAR , AKU, ADIERA, ISTERI DAN DANIAL

GAYA BEBAS DANIAL DAN ADIERA
GAYA RASMI AMMAR DAN ADIERA

TAHNIAH ADIERA
Sepertimana biasa...dua orang lagi anak kami, Danial (skrg di MMU Cyberjaya) dan Ammar (tingkatan 4) diminta belajar bersungguh-sungguh agar dapat mengikut jejak langkah kakak mereka atau lebih baik lagi.

Aku dan isteri sentiasa berpesan pada mereka....jejak langkah aku (graduan UM tahun 1986) dan legasi aku mereka wajib sambung hingga ke anak cucu mereka jugak...In Shaa Allah.

Sunday, November 8, 2015

DIGALAKKAN MEMBACA AL QURAN SECARA BERAMAI-RAMAI

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: Muslim
Hadith:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak ada suatu kaum pun yang duduk beramai-ramai di sebuah masjid kemudian mereka beramai-ramai membaca al-Qur’an secara bertadarus dikalangan mereka (bergilir-gilir membaca al-Qur’an) nescaya mereka mendapat ketenangan dan mereka juga akan dilimpahi rahmat Allah dan juga dikelilingi oleh para Malaikat, Allah SWT sentiasa menyebut mereka kepada makhluk-makhluk yang ada disisinya iaitu para malaikat”.

Huraian Hadith:
  1. Disunatkan duduk beramai-ramai di dalam masjid, kemudian membaca al-Qur’an, mengajar dan belajar, dengan berbuat demikian Allah SWT akan memberi ketenangan kepada mereka menjalankan kehidupan di dunia ini.
  2. Orang yang sentiasa membaca dan berdamping dengan orang-orang yang suka mengajar dan belajar al-Qur’an nescaya didampingi oleh malaikat yang membawa rahmat.

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

Thursday, November 5, 2015

RUMAHKU SYURGAKU - (BAB 4) RE WIRING

Assalaamualaikum wbt,

Tidak banyak nak diceritakan untuk tambahan perabut dalaman atau bilik kerana dengan bajet yang sangat terhad kami gagahkan jugak menambah atau membuat apa yang patut.....rezeki jugak dapat jual rumah yang lama ....buat modal tambah kitchen kabinet dan re wiring rumah untuk kemudahan di masa hadapan. Re wiring terpaksa di buat kerana kedudukan air cond dan lampu yang tidak mengikut kehendak hati...

RE WIRING DI MAIN HALL
TAMBAH PLUG POINT BILIK TIDOR UTAMA 

Perabut rumah lama seperti katil, tilam  dan settee masih yang lama kecuali di master bedroom sahaja yang baru dan wardrob yang baru......untuk anak2 pun sama ada yang baru dan ada yang lama. Wife pesan ...rumah baru jangan padat sangat...biar lapang.....perabut lama hanya yang terpilih saja bawak ke rumah baru.....perabut yang melekat di dinding di rumah lama semuanya ditinggalkan....aku akur....

TAMBAH PLUG POINT DI HALL ATAS
TAMBAH PLUG POINT DI BILIK TETAMU
TAMBAH PLUG POINT DAPUR BASAH
KEDUDUDKAN AIR COND DI ATTIC JUGA DIUBAH...

Alhamdulillah kami berpuas hati dengan kerja kontraktor re wiring...kedudukan lampu, air cond dan plug point banyak yang berubah untuk memudahkan kami di masa hadapan...Next entri lalang semakin panjang semula....

Wednesday, November 4, 2015

ADAB KETIKA MAKAN

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: Abu Daud dan at-Tirmizi, katanya Hadith Hasan Sahih

Hadith: 

Daripada Ibn Abbas RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Keberkatan turun di tengah makanan maka kamu makanlah terlebih dahulu dari kedua tepinya dan janganlah kamu makan dari tengahnya.”

Huraian Hadith: 

  1. Allah mengurniakan keberkatan kepada sesiapa yang makan secara beradab mengikut panduan syarak.
  2. Setiap orang hendaklah mengikut sunnah Rasulullah SAW semasa menghadapi makanan dengan mendahulukan di sebelah tepi sebelum mengambil yang tengah.

Monday, November 2, 2015

KELEBIHAN ORANG YANG BERSYUKUR

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: al-Bukhari dan Muslim
Hadith: 

Dan daripada Ibn Umar RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Tidak harus bersifat hasad (iri hati) melainkan dalam dua perkara iaitu : Seseorang yang dikurniakan oleh Allah al-Qur’an (dihafaz dan difahaminya), maka ia membacanya sepanjang malam dan siang dan seseorang yang dikurniakan Allah harta lalu ia membelanjakannya (ke jalan yang diredhai Allah) sepanjang malam dan siang.”

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith:

  1. Umat Islam dikehendaki beramal dengan setiap ilmu yang dipelajari yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.
  2. Harta kekayaan yang dikurniakan Allah hendaklah dibelanjakan kepada perkara kebajikan sahaja.

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

Wednesday, October 28, 2015

UCAPAN SALAM MENGERATKAN SILATURRAHIM

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: Muslim
Hadith: 

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SW bersabda, “Kamu semua tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman. Tidak beriman kamu sehinggalah kamu semua saling mencintai, adakah kamu semua suka jika aku menunjukkan kepada kamu semua satu perkara, jika kamu lakukan perkara tersebut tentu kamu semua dapat berkasih sayang dan saling mencintai? iaitu hendaklah ucapkan salam dikalangan kamu semua.”

(Hadith Riwayat Muslim)
Huraian Hadith: 

  1. Tidak sempurna iman seseorang Muslim itu sehinggalah ia kasih dan saling mencintai terhadap saudaranya yang lain dengan tidak melakukan perkara-perkara yang tidak baik dan tidak disenangi oleh mereka.
  2. Ucapan salam dapat mengeratkan silaturahim antara umat Islam.

Monday, October 19, 2015

RUMAHKU SYURGAKU - BAB 3 ( LAMAN LUAR )

Assalaamualaikum wbt,


Biasalah.....setiap ada waktu aku dan wife selalu jugak berkunjung ke rumah baru...sementara tunggu pinjaman perumahan diproses......rumah ini dah lebih satu tahun kosong kerana mereka sibuk mencari pembeli....sehinggalah aku jugak mencuba nasib...

Lalang dah makin panjang dan persekitaran rumah nampak macam usang dan buruk.....aku, wife dan anak2 macam tidak sabar untuk membuat kerja pembersihan....

Dapat je kunci dari pemaju aku mula berkira-kira dengan laman luar....wife aku takut ...katanya pernah nampak biawak dan anak ular di belakang dapur. Aku sempat mencari tukang potong rumput, Ummar namanya dari keturunan Pakistan yang begitu ramai sekarang di Bangi mencari rezeki...beratus jugak kos potong lalang dan semak yang tebal ni...jom kita tengok versi sebelum dan selepas :

1. DEPAN RUMAH :
SEBELUM :
SELEPAS :

2. BELAKANG RUMAH :
SEBELUM :
SELEPAS :

3. TEPI RUMAH KANAN 
SEBELUM :
SELEPAS :

4. TEPI RUMAH KIRI:
SEBELUM :
SELEPAS :

In Shaa Allah next entri...kabinet dapur dan re wiring...berkebun, tanam rumput dan pokok baru....

Friday, October 16, 2015

KELEBIHAN MEMBACA SURAH AL KAHFI

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: 
 al-Bukhari dan Muslim

Hadith: 
 
Daripada al-Bara’ bin ‘Azib RA katanya, “Ada seorang lelaki membaca surah al-Kahfi dan disisinya seekor kuda yang diikat dengan dua utas tali, kemudian dia nampak awan menaunginya, dan awan itu juga menaungi kudanya, tetapi kudanya lari daripada lindungan awan itu. Keesokannya lelaki itu pergi berjumpa dengan Nabi SAW lalu menceritakan apa yang telah berlaku kepadanya”, Baginda pun bersabda, “Perkara yang berlaku kepada engkau itu adalah al-Sakinah (ketenangan dan rahmat yang disertai dengan para malaikat) yang turun untuk mendengar bacaan ayat-ayat al-Qur’an”.
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
 
Huraian Hadith: 
 
 
  1. Para malaikat akan turun daripada langit untuk mendengar ayat-ayat al-Qur’an yang dibaca oleh setiap orang Islam yang bertaqwa.
  2. Kelebihan membaca surah al-Kahfi yang terdapat keramat atau perkara luar biasa boleh berlaku kepada hamba-hamba yang soleh sebagai penghormatan bagi mereka.
 
 
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

Tuesday, October 6, 2015

MASJID AL UMM SEK 2 BDR BARU BANGI - JAN KE MAC 2015 (BAB 4)

Assalaamualaikum wbt,

Hujung Disember 2014 hingga Feb 2015 hampir setiap hari aku datang ke rumah baru untuk membuat kerja pembersihan dan memastikan keadaan rumah baik selepas mendapat kunci...seperti biasa tengok kerosakan dan merancang untuk buat kabinet dan lain-lain yang berkaitan. (22 Feb aku berpindah ke sini)...tunggu next post...

Memang dah jadi perangai aku melihat perkembangan pembinaan Masjid depan rumah ini dan merakamnya dalam HP supaya satu hari nanti aku boleh masukkan dalam blog dan sebagai gambar simpanan aku.

Diam tak diam...dua buah menara naik....terkejut jugak aku.....cepatnya mereka bina....ada kata nak guna Raya Puasa dan ada kata Raya haji dan ada kata Januari 2016...hingga saat artikel ini dipost....kerja-kerja menyiapkan masjid ini sedang berjalan dengan giat lagi...rasanya secara rasmi boleh digunakan awal tahun 2016.

FEBRUARI 2015
MAC 2015

Insyallah lepas ni.....kita tengok kubah Masjid Al UMM yang cantik dan indah.

Friday, October 2, 2015

SAMPAIKAN BERITA YANG BAIK

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: 
 Muslim
Hadith: 
 
Daripada Jabir RA katanya, seorang lelaki bertanya, “Dimanakah tempatku, Ya Rasulullah, jika aku terbunuh ketika berjihad?” Baginda terus menjawab, “Didalam Syurga”. Orang itu melemparkan beberapa biji buah tamar yang dipegangnya kemudian pergi berperang sehinggalah ia terbunuh.
 
(Hadith Riwayat Muslim)
 
 
Huraian Hadith: 
 
  1. Umat Islam dituntut supaya bertanya sesuatu yang tidak diketahui mengenai hukum-hukum syarak kepada mereka yang lebih mengetahui, lebih-lebih lagi perkara yang boleh memberi kebaikan di dunia dan juga di akhirat.
  2. Seseorang itu juga dituntut supaya memberitahu perkara-perkara yang baik kepada orang lain dengan seberapa segera, kerana berbuat demikian dapat melatih jiwa mereka beramal dengan ikhlas dengan tidak membuang masa.
 
 
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

Monday, September 28, 2015

RUMAHKU SYURGAKU YANG BARU - (PROSES PINJAMAN DAN CABARAN) -BAB 2

Assalaamualaikum wbt,

Allahuakhbar....besarnya cabaran.....membuat permohonan loan yang baru dengan umur yang semakin senja....kebetulan tugasan kerja semakin mencabar minda, boss dan rakan kerja memberikan tekanan yang sangat besar....syukur alhamdulillah akhirnya loan lulus pada bulan Oktober 2014 dengan begitu banyak masa dan proses....Allah Maha Mengetahui. Lebih enam bulan menguruskan semuanya. Kunci rumah dapat diambil beberapa hari sebelum cuti krismas 22 Disember 2014....rasa lega dah dapat kunci.....

Aku jual dua rumah untuk beli satu rumah......persepsi sedara mara, kawan2 dan macam2 lagi...x boleh nak jelaskan satu persatu.....Aku berserah pada Allah. Alhamdulillah rumah  teres satu tingkat di Sek 16, Bdr Baru Bangi telah selamat dijual.....duit pun dapat pada bulan November 2014.
ALHAMDULILLAH DAH SELESAI JUAL..HILANG SATU NILAI SENTIMENTAL RUMAH PERTAMA AKU....

Rumah teres dua tingkat di Sek 4....sampai kini belum dapat buyer....agen bagitau susah sebab nilai rumah dan keadaan ekonomi yang tidak menentu.....In Shaa Allah...adalah buyer nanti...


SAIZ LOT 22X75....JIKA ADA YANG BERMINAT, HARGA BOLEH RUNDING

Ada ketikanya gerak hati lebih penting.....kalau mendengar pandangan orang memang pening.....ramai yang tertanya....nape jual dua beli satu....aku tiada jawapan khusus ,....yang pasti aku mahukan rumah yang lebih luas dan parking luas....aku dan wife solat isthiqorah beberapa kali...sebelum membeli rumah ini.....


LUAS LAMAN PARKINGNYA DAN AGAK SELESA

Next entri......kerja pembersihan dan perabut dapur...