Monday, March 30, 2015

SEMUANYA DARI ALLAH (BAB 6) ASAM GARAM DI TINGKATAN 3 , 1978

Assalaamualaikum wbt,

Awal Januari 1978 aku mula di tingkatan 3, berjumpa semula dengan kawan2 lama masa sekolah rendah dan ramai kawan2 baru.....bila sekolah buat streaming mulai tahun 1978 hanya 3 kelas awal yang dikatakan terbaik kelas biru, hijau dan oren....baki lima kelas dari merah ke atas bercampur....kelas campur ini dikatakan kelas hancur atau kelas 'hantu'....majoritinya budak2 main2 atau yang memang tiada hati di kelas.....

Guru kelas terdahulu memang ada yang baik dan ada yang sedikit racis.....cumanya masa umur aku 14 tahun kita manalah faham.....takut dengan guru dan hanya akur....

Aku memang sedikit 'tertekan' sebab masuk kelas campur...kebetulan aku dilantik jadi ketua kelas....ada yang respek dan ada yang tidak respek aku sebab kita semua sebaya. Peperiksaan penggal pertama...dalam kelas hancur ni aku dapat nombor satu....memanglah happy....sebab sebelum ini tidak pernah dapat nombor satu.....aku masih ingat lagi dengan teguran guru kelas aku ketika itu....guru perempuan India....lemah lembut dan tegas...."Rosli , you deserved to be in the green class" (kelas no 2 terbaik) and i dont understand why they put you in this class "....aku masa tu baru 15 tahun senyum je lah dan sempat menjawap "masa form two saya tidak dapat buat yang terbaik ketika itu"....ada nada kesal guru aku masa itu dengan kedudukan aku sekarang....dia tetap mahukan aku berada di kelas kedua tersebut.....aku yang enggan sebab suka dengan kelas aku sekarang.......entahlah apa yang aku fikirkan masa tu.....

Yang pasti budak2 cerdik kelas biru dan hijau ketika itu....memang laju dan ramai yang sombong dan pandang kita orang ni sebelah mata je.....dalam hati aku ada rasa geram....rasa cemburu dan rasa marah untuk buktikan aku boleh bersaing dengan mereka....entahlah....tunggu SRP nanti....

Terasa masa berlalu begitu pantas tahun 1978.....aku mengekalkan no 1 dalam kelas campur2 ni sepanjang tahun....tidak ada apa yang perlu dibanggakan...guru kelas aku tidak berjaya menukar aku ke kelas no 2 tu...tunggu je masa amik peperiksaan SRP bulan Oktober tahun 1978.....semuanya telah ditakdirkan....

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 284.
Yang bermaksud: Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. 

Allah telah memberi jaminan akan mengampun terhadap sesiapa yang hendak diampuniNya. Terutama kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh...

Tuesday, March 24, 2015

SABAR MENGHADAPI KEMATIAN ORANG YANG DISAYANGI

Assalaamualaikum wbt,


Riwayat: al-Bukhari
Hadith: 
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Allah SWT berfirman, hambaku yang mukmin yang bersabar di atas kematian orang yang dikasihinya akan mendapat balasan Syurga”. Tidak ada balasan bagi hambaku yang beriman apabila aku mengambil kekasihnya orang pilihannya daripada ahli dunia kemudian dia bersabar dan mengharapkan pahala melainkan Syurga.


Huraian Hadith: 

  1. Untuk mengukur sejauh mana kekuatan iman seseorang mukmin itu ialah ketika mereka di uji dengan berbagai-bagai kesusahan seperti kematian orang yang paling mereka kasihi. Sekiranya mereka berjaya menunjukkan kesabaran dan redha nescaya mendapat balasan Syurga.
  2. Orang yang sabar dan bersifat tenang semasa menghadapi ujian Allah SWT akan beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat.

Monday, March 16, 2015

SEMUANYA DARI ALLAH - ASAM GARAM DI SEKOLAH MENENGAH (BAB 5)

Assalaamualaikum wbt,


Melapor diri ke sekolah menengah keseorangan kerana aku dah besar kata ibu aku...jalan kaki ke sekolah dari rumah aku lebih kurang 2km...dan terpaksa melintasi Federal Highway yang begitu sibuk pada tahun 1976 hingga tahun 1979....berhadapan dengan hotel Jaya Puri sekarang PJ Hilton....bahayanya Allah saja mengetahuinya...Alhamdulillah selamat selama beberapa tahun ke sekolah....

Aku ditempatkan di Tingkatan (Form) 1Kuning dan masa tingkatan 2 kelas yang sama 2Kuning....diskriminasi mula berlaku....sikap berpuak2 mula terasa...Melayu Cina,India , Serani dan Benggali atau Sikh....aku mula terasa hati....guru2 pun memang nampak jelas sikap mereka....itu cabaran pertama.  Aku tetap seperti dulu....dengan semua bangsa aku bercakap Bahasa Inggeris...tapi dengan bangsa aku...sah2 cakap Melayu...

Cikgu disiplin India yang garang....sibuk menampar pelajar je....semua takut dengan dia...dia pulak ajar subjek Matematik Moden...ngeri..... Cikgu BM pulak asyik bertukar ajer....pernah 3 bulan cikgu BM keturunan Cina.....dia sendiri pelat nak mengajar BM....masa tu mana nak komplen.....belajar ajer....Aku dari tingkatan 1 ke tingkatan 3....tak pernah ponteng sekolah.....pernah dapat hadiah coklat dari guru kelas masa form 2 sebab kehadiran 100 peratus ( bila dah kerja sekarang kehadiran teruk dan banyak mengulau....hehehe....). Banyak lagi cerita dan banyak jugak aku dah lupa....dekat2 40 tahun dah......

Yang pasti masa di tingkatan dua aku mula naik basikal ke sekolah....cabaran pun banyak ...ketika itu LebuhRaya Federal sedang di upgrade dan jalan sibuk sangat, adakala menyabung nyawa....Alhamdulillah selamat....yang aku ingat adalahdua tiga kali jugak hampir kemalangan....

Ketika di tingkatan 2 aku aktif semua jenis sukan termasuk hoki, bolasepak, takraw dan badminton. Cuma bolasepak aku mendapat tempat untuk pasukan kelas dan hoki untuk pasukan sekolah. Olahraga paling susah mendapat tempat kerana ramai yang berkebolehan....di peringkat  rumah sekolah aku hanya terpilih untuk olahraga Cross country , 400 meter berganti2 dan 800 meter....yang lain telah didominasi pelajar lain yang lebih baik.

Kami dimaklumkan oleh guru kelas tahun 1978 kami akan diasingkan mengikut gred dan pencapaian...selepas peperiksaan hujung tahun di tingkatan dua.....aku dah tau kelas masa tahun 1978 nanti.....aku di masukkan ke kelas 3 Merah......next entri ok....



Allah berfirman dalam surah A-Li ‘Imran ayat 26 & 27.
Yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya". 

Huraian: Allah menyuruh RasulNya supaya menyampaikan kepada manusia, bahawa Allahlah yang memiliki/mempunyai kekuasaan yang sebenarnya. Dia berikan kekuasaan kepada siapa yang dikehendakiNya dan di cabutNya kekuasaan kepada siapa yang dikehendakiNya. Semuanya menurut ketentuan Allah dalam cara memberi atau mencabut pemberianNya. Dia berikan kemuliaan/kebesaran kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dia menghinakan atau merendahkan sesiapa yang dikehendakiNya kerana kerendahan moralnya sendiri.

Semua urusan adalah di tangan Allah yang baik maupun merupakan yang buruk. Dialah yang memberi kebahagian dan yang mendatangkan penderitaan bagi yang layak menerimanya.

SOPAN SANTUN AMALAN MULIA

Assalaamualaikum wbt,


Riwayat: Muslim
Hadith: 
Daripada Jarir bin Abdullah RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda katanya, “Sesiapa yang tidak dikurniakan kesantunan bererti ia tidak dikurniakan apa-apa kebaikan.”
Huraian Hadith: 
  1. Orang yang tidak memiliki kesantunan adalah orang yang rugi kerana Allah memberi ganjaran dan kurniaan yang besar kepada orang yang memilikinya.
  2. Sifat lemah-lembut adalah kurniaan Allah kepada hamba-Nya. Oleh itu orang yang memiliki sifat tersebut adalah orang yang beruntung.
  3. Umat Islam hendaklah berusaha memiliki sifat lemah-lembut supaya ia tidak menjadi orang yang rugi di masa hadapan.

Thursday, March 5, 2015

CERITA PINDAH....KEPENATAN....MASALAH SAMPAH....ULAR SAWA DAN BELUM ADA UNIFI LAGI...NAK JUAL RUMAH LAMA..

Asssalaamualaikum wbt,

Penat pindah ke rumah baru belum selesai.....barang2 kecik di rumah lama masih banyak lagi.....penat memikirkannya.....letih lesu.....bersyukur selamat berpindah ke rumah baru....doa selamat pun dah buat....Insyallah ada rezeki buat majlis lain di masa akan datang.....kumpul duit dulu dan cari masa yang sesuai....hehehe...

Satu lagi isu yang belum selesai....perkhidmatan angkut sampah.....pihak MPKJ aku dah hubungi.....masalah semak belakang rumah pun satu hal jugak.....minggu lepas 26 Feb...ada tukang kebun jiran sebelah jumpa ular sawa sepanjang 3 meter dan telah ditangkap oleh pihak BOMBA Bangi..jarak lubang lepak ular sawa dengan rumah aku hanya beberapa meter sahaja....pihak TNB Bangi pun aku dah buat aduan sebab semak2 tu di bawah talian voltan tinggi TNB ...tu masalah luar rumah...

Isu dalam rumah belum selesai......UNIFI   ..nak cakap lebih2 x boleh sebab melibatkan Syarikat tempat aku kerja....telah berhubung dengan mereka yang berkaitan termasuk pihak yang jaga UNIFI dan ND....mereka kata sebab ini kawasan baru....aku akur dengan penjelasan mereka...

Hampir setiap malam aku balik ke rumah lama siapkan kerja sebab UNIFI masih aku kekalkan....jarak pun hanya 2.5 km sahaja.....dapatlah jugak kemas sikit barang2 lama yang kecik2......sikit2....ramai yang bagi nasihat....pelan2 kayuh.....

Setelah berfikir panjang dan berdiskusi dengan wife dan anak2....aku memutuskan nak menjual rumah lama ini....walaupun sayang....tetapi kena jual jugak sebab nak elak bebanan hutang dan ansuran rumah baru yang berat bagi aku.....Ya Allah bantulah kami dan keluarga kami dan permudahkanlah kami. Aamiin. Insyallah.

Bagi yang berminat mencari rumah teres dua tingkat 22x75  boleh berhubung dengan aku....harga boleh dirunding...ikut harga pasaran semasa. Ada masa bila dah selesai berkemas aku akan upload gambar rumah lama untuk dijual ini. Insyallah.