Monday, May 30, 2011

ULANG TAHUN PERKAHWINAN KAMI KE 23

As Salam,

Majlis pernikahan dan perkahwinan aku dan isteri  berlangsung di kampungnya  di Ayer Hitam , Muar pada 28 Mei 1988.  Hampir setiap tahun diraikan.  Bagi tahun ini adalah kali ke 23 dan diraikan di ILWH, PD dari 28 -29 Mei 2011 bersama anak2. Syukur dengan rezki yang Allah beri yang dan yang penting dapat bersama keluarga tersayang.

 Kat lobi masa tunggu bilik disiapkan

 Ada dua katil besar, kolam renang, dapur dll

 Untuk 5 orang berendam

Bilik kami sebelah kanan, 2072
 Kami di blok Arabian, sebelah kanan

 Famili aku
 Ni dia blok Arabian
Masa berendam satu famili
 
Lepas berendam 3 jam perut terasa lapar, lepas asar terus gi makan seafood di Teluk Kemang,  bolehlah tahan rasa makanannya kat sini....sup tulang, telur dadar, kailan ikan masin dan kerapu tiga rasa....len chi kang sejuk....




Lepas makan balik semula ke hotel dan berendam lagi...hehehee....dah kolamnya  dalam bilik, boleh berendam selalu.......Kenangan paling best bersama famili walaupun bercuti di dalam negeri....Insyallah hujung tahun ada plan ke sini lagi....


 Famili aku

Tuesday, May 24, 2011

BULAN MEI YANG SIBUK

As Salam,

Bulan Mei ni, aku sibuk dengan kerja pejabat, sibuk dengan program  pejabat termasuk persiapan Team Building yang baru tamat Sabtu lalu.  Minggu ni sibuk pulak dengan mesyuarat di pejabat, lepas tu buat minit mesyuarat.  Aku percaya boss aku lebih sibuk dan dia lebih penat dari aku.....hehehe

Sibuk dengan Adiera yang  dah masuk KMS semalam dan sebelum itu persiapan beli barang2 keperluan dia. Hope dia boleh cepat sesuaikan diri dan cepat catch up dengan suasana pembelajaran, persekitaran dan kawan2 baru.  Ramai jugak kawan2 dia dari sekolah yang sama dapat masuk ke KMS. Anak2 jiran ada yang lapor diri di KM P.Pinang, Kedah , Melaka dan Kuala Pilah,  ada yang masuk Asasi Sains UITM dan UM dan macam2 lagi.

Hujung minggu ini aku wife dan anak2 akan sambut ulang tahun perkahwinan kami yang ke 23 di salah sebuah resort di Port Dickson. Hope semua berjalan lancar.

Dua minggu lepas aku main golf dengan kawan2 di Staffield,  permainan kurang menjadi....entah kenapa lepas tu hingga kini minat aku pada golf menurun sangat....berehat  beberapa minggu or beberapa bulan kot.....

Tuesday, May 17, 2011

SEKOLAH RENDAH - BHG 3 (KAWAN2 KELAS)

As Salam,

Memandangkan dalam kelas aku lebih ramai Cina dan India , selebihnya Melayu, Singh, Serani dan ada sorang tu dari Indonesia , nama dia Dharma Mulia Mulyadi....kalau tak silap aku bapak dia businessman.

Aku hanya boleh ingat beberapa nama kawan2 aku yang aku anggap mereka ni hebat semasa belajar....Lee Kang Hoe, Lai Soon Peng, Chang Chee Kai, Frederick Ong Cheng Lock, Yee Syang Hai, Prabakharan, Satbir Singh, Felix,Yuzaidi Yusoff dan Hatta Sidi ( sekarang Dr Hatta Sidi , Ketua Psikatri HUKM kalau tak silap) Bagi yang sedang2 prestasi masa belajar yang aku masih ingat lagi Jalil, Alias dan Syed Zain (anak tentera).

Bagi pelajar Melayu lain yang  aku masih ingat, Rizuan, Ali Akhbar mereka ini pesaing aku masa belajar dulu.

Aku cuba jejaki mereka dalam FB, hanya Yuzaidi saja yang aku boleh jejaki....yang lain  agaknya guna nama samaran.  

Sunday, May 15, 2011

SEKOLAH RENDAH- BAHAGIAN 2 ( akademik)

As Salam,

Kali pertama masuk darjah 1 A,  entah camana dapat aku dah tak ingat.....kelas ada sampai 1 E, biasalah darjah satu bukan tau apapun......hujung tahun result tak ok,,,,,dan masa tu memang ada lagi politik perkauman antara guru....sekarang baru faham..... kena tukar ke kelas 2B....setengah tahun ajer.....lepas tu masuk 2A semula, ada 2 guru yang tolong aku naik semula ke kelas 2A iaitu Pn Tijah dan Pn Maznah. Kekal dari 3A hingga darjah 6A.

Dalam kelas aku ada  80 % Cina dan India....selebihnya kulit sawo matang dan muka cina cam aku tapi ada darah Melayu....Bilangan pelajar 50 orang dan maksima 52 orang.  Kalau exam mesti aku dapat no 22 dan paling teruk no 33. Biasa no 1 hingga 10 mesti pelajar  Cina dan India sahaja.  Paling terbaik aku pernah dapat no 18.....sejak dari darjah 3A hingga 6A, persaingan memang hebat.  Aku mana ada tuisyen.....tak mampu....masa tu aku tidak pernah rasa rendah diri pun.

Anak2 pelajar Cina mesti anak orang kaya, lawyer,  jurutera dan berniaga.....bapa aku kerja sebagai buruh di MPPJ, dalam surat beranak aku tertulis Grass Cutter....dulu aku tak pernah rasa rendah diri....dan  sekarang aku sangat bangga dengan abah aku dan emak aku sebab hantar aku ke sekolah ini....


Lepas ni rakan2 kelas aku pulak....

Monday, May 9, 2011

INDAHNYA ALAM PERSEKOLAHAN- SEKOLAH RENDAH BHG 1

As Salam,

Aku mula masuk darjah satu awal Januari 1970, beberapa bulan sebelum itu arwah ibu aku ada bertanya , nak masuk sekolah mana,  sekolah Melayu or sekolah orang putih ? Aku ingat lagi jawapan aku masa tu, "orang nak masuk sekolah orang putih", Aku bahasakan diri aku dengan arwah emak sebagai orang.  Maka masuklah aku ke SK Bukit Bintang (2), Jalan Sg Jernih, P. Jaya

Beberapa hari sebelum masuk darjah satu abang dan kakak aku ajar ABC dengan kapur dan papan hijau....nasib baik cepat tangkap..... aku tak berpeluang masuk tadika sebab arwah abah tak mampu.

Aku masih ingat lagi hari pertama ke sekolah arwah emak hantar aku , jalan kaki ajer rumah dengan sekolah lebih kurang 400 meter sahaja, jalan kaki lebih kurang 15 minit. Dua hari ajer arwah emak teman aku, lepas tu aku dah ok,  dapat kawan dan balik sekolah pun jalan kaki sendiri.  Dulu2 mana ada kes culik2 ni....lagipun aku anak orang susah sapa nak culik...hehehe.  Aku tinggal di kuaters MBPJ seksyen 8, Petaling Jaya....(kalau ada masa baca entri pasal rumah aku...)

Nak tau berapa duit belanja sekolah aku masa tu.....10 sen sahaja, 5 sen beli keropok dan 5 sen lagi beli kacang dan aku togok air paip kat sekolah setiap hari.....hampir setiap hari (anak2 aku terlopong dan macam tak percaya itulah duit  belanja aku dulu). Aku jelaskan pada mereka dulu 10 sen ok jugak.  Aku tak pernah sedih sebab itu yang termampu oleh arwah abah dan arwah emak.

Kalau sekolah biasa pagi, sebelah petang aku pergi sekolah agama dan begitu sebaliknya. Belanja mengaji pun kekadang 10 sen dan kekadang 5 sen, biasa beli aiskrim Malaysia kat depan surau tu,  kami panggil orang tua tu Nenek Jawa, sedap ais krim yang dia jual, sebatang 5 sen , ada kacang hijau, nenas dan asam boi. Nenek tu dah lama meninggal kalau tak silap lewat tahun 70an, masa tu aku dan famili pun dah berpindah rumah sebab arwah abah aku dah pencen tahun 1979.   Next entri  akademik, rakan2 sekolah dan bersukan..nostalgia..

Saturday, May 7, 2011

YA ALLAH, TQVM ATAS SEGALA NIKMAT YANG DIBERIKAN

As Salam,

Dua minggu lepas anak perempuan aku, Nur Adiera dapat surat untuk hadiri program PLKN di Kem Paya Indah, Banting, persiapan semua dah buat.  Ada sedikit masalah dengan pemeriksaan kesihatan dan doktor pakar Kerajaan tidak rekomen untuk hadiri program tersebut....

Allah dah takdirkan rezeki dia,  minggu lepas buat semakan dia dah dapat jawapan berjaya memasuki Matrikulasi dan kebetulan dapat di Jugra, Banting. Ya Allah , aku amat bersyukur dengan rezki dan nikmat yang diberikan. Ini peluang terbaik Adiera untuk perbaiki dan tebus kekurangan semasa SPM lalu. Minggu ni dapat pulak pengesahan dapat masuk UITM melalui UPU. Rezki lagi. Rasanya Matrikulasi jadi pilihan utama walaupun ramai kawan2nya tidak bersedia mengambil risiko.....

Aku tak sure nape ramai sangat yang mengatakan Matrikulasi susah....tapi aku dan wife dah bincang dengan Adiera....kami sepakat dan Adiera pun dah bulat hati masuk ke program Matrikulasi. Ya Allah moga pilihan ini adalah jalan yang terbaik dan moga Adiera dipermudahkan di dunia Matrikulasinya nanti. Ameen.

Friday, May 6, 2011

PEMANDU PEMALAS DAN SELFISH - PART 4

As Salam,

Kalau tak percaya pergi tengok kat area pasar malam yang dekat kawasan perumahan,  salah satu contoh di Fasa 4, Bandar Baru Bangi.....mereka ni dari spesis tidak reti bahasa, dahlah parking dekat simpang , tunggu kat simpang dan menyusahkan orang lain yang nak lalu sini.

Tahun lepas ada kes bas kilang yang rosak brek dan melanggar 7 buah kereta yang buat jalan raya sesak depan simpang pasar malam.  Beberapa buah kereta rosak teruk dan dua buah  kereta masuk parit. Nak padan muka pun ada,  nak kesian pun ada, tapi pada aku ini semua pengajaran......tapi sekarang mereka dah buat perangai lama semula....

Kekadang aku heran dengan sikap pemandu begini,  mereka suka letak kenderaan betul2 depan pasar malam dan sanggup halang jalan dan menjadikan jalan lebih sempit....sesempit fikiran mereka dan tanpa ada perasaan rasa bersalah dalam diri mereka.....apalah salah nya  kalau letak kenderaan jauh sedikit dan berjalan....memudahkan semua orang dan mengelak dari di maki oleh semua orang yang marah.

Rasanya cukuplah aku bercerita pasal pemandu yang kurang disiplin, selfish dan macam2 lagi, semoga Allah melindungi aku dari sikap2 pemandu begini. Ameen