Monday, December 19, 2016

" TUNTUTLAH ILMU "

Assalaamualaikum wbt,

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke Syurga”.(Hadith Riwayat Muslim)

Huraian Hadith : 

  1. Orang yang menuntut ilmu akan mendapat kemudahan dan pertolongan daripada Allah SWT, dan mendapat ganjaran Syurga di akhirat kelak.
  2. Orang yang berilmu pengetahuan mempunyai kelebihan tertentu kerana ia dapat memberi petunjuk kepada kebaikan dan dapat membezakan yang hak dengan yang batil.
  3. Orang yang menuntut ilmu akan dapat memberi faedah kebaikan pada dirinya, masyarakat dan negara.
Sumber :Kitab Riyadhus Salihin

Sunday, December 4, 2016

KELEBIHAN SOLAT DI MASJID

Assalaamualaikum wbt,

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda, “Sesiapa yang pergi ke masjid di waktu pagi atau petang, Allah SWT menyediakan untuknya sesuatu hidangan yang biasa diberikan kepada tetamu syurga bagi setiap kali ia pergi ke masjid sama ada pagi atau petang”.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith :
  1. Allah SWT sangat memuliakan hamba-Nya yang rajin pergi ke masjid untuk beribadat sama ada di waktu pagi petang dengan nikmat-nikmat yang besar dan teristimewa daripada hamba-hamba-Nya yang lain.
  2. Orang yang beramal soleh lagi bertaqwa akan mendapat ganjaran pahala dan nikmat yang berganda-ganda di akhirat kelak.
Sumber :
Kitab Riyadhus Salihin

Monday, October 31, 2016

RUMAHKU SYURGAKU - SAYUR-SAYURAN (BAB 12)

Assalaamualaikum wbt,

Antara bulan Mei hingga November 2015....sempat jugaklah aku berjinak-jinak dengan pokok sayuran seperti kailan, kangkung, terung dan bendir....cabaran utama untuk menyiram pokok dua kali sehari...pagi dan petang....tapi aku gagahkan jugak.


ANAK KAILAN
ANAK KANGKUNG
POKOK BENDIR
POKOK TERUNG
CILI API

Selepas beberapa lama , akhirnya merasalah jugak hasil sayur tanaman ini walaupun tidak sesubur yang beli di pasar , tetapi satu kepuasan ni yang bestnya...

HASIL KANGKUNG TANPA BAJA KIMIA
KAILAN DEWASA
KAILAN GORENG
SIAP UNTUK HIDANGAN

Sepanjang musim tanaman tu, puaslah makan terung, kailan dan cili api...sekarang ni tengah rehat dari tanaman sayuran dan sedang sibuk mengerjakan kebun luar pagar,,,,nangka, jambu batu, nenas, serai dan macam2 lagi termasuk pokok anggur. Tunggu next entry.

Tuesday, October 25, 2016

SEBENAR - BENAR JIHAD

Assalaamualaikum wbt,


Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, seorang lelaki bertanya : wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling utama? jawab Baginda SAW, “Iaitu orang Mukmin yang berjihad dengan dirinya sendiri di jalan Allah”. Lelaki itu bertanya lagi “Selepas itu siapakah lagi? “Baginda menjawab, “yang mengasingkan dirinya di lereng-lereng bukit untuk beribadat kepada tuhan-Nya. Dalam satu riwayat yang lain iaitu orang yang bertaqwa kepada Allah dan meninggalkan (mengasingkan diri) daripada orang yang melakukan kejahatannya.(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith :
  1. Sebenar-benar jihad ialah orang yang sentiasa berusaha memperbaiki dirinya untuk bertaqwa kepada Allah SWT serta membelanjakan hartanya ke jalan yang diredhai-Nya.
  2. Islam menuntut umatnya menyeru ke arah kebaikan dan menentang kemungkaran.
Sumber :Kitab Riyadhus Salihin

Friday, October 21, 2016

AMALKAN SIFAT LEMAH LEMBUT

Assalaamualaikum wbt,

Daripada Aishah RA katanya sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya Allah bersifat lemah-lembut dan berlemah-lembut dalam semua perkara.”(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 
Huraian Hadith :
Hadith ini menggalakkan kita bersikap lemah-lembut dan bersantun dalam semua perkara, kerana sikap itu boleh menimbulkan rasa kasih sayang dan bersatu-padu. 
Sumber :
Kitab Riyadhus Salihin 

Monday, October 17, 2016

RINDU TURKI ....RINDU ISTANBUL

Assalaamualaikum wbt,

Rindu pada Makkah dan Madinah memang tak pernah hilang sejak Umrah dan Ziarah Bursa @Istanbul Feb 2014....masih mengharap giliran haji diawalkan pada atau sebelum 2024....

Sejak beberapa minggu lepas....datang pulak rindu pada Istanbul....kenangan Januari 2014 tidak pernah padam dari ingatan....aduh.....

KENANGAN ' BOAT CRUISE'  DI SELAT BOSPHORUS JAN 2014

AKU DAN WIFE DI MASJID BIRU DAN HAGIA SOPHIA
AKU DAN MASJID BIRU@MASJID SULTAN AHMED JAN 2014

"Ya Allah Kau murahkan rezeki aku ke sini lagi". In Shaa Allah. Aamiin....Aamiin .....Aamiin


Wednesday, October 5, 2016

DIHARAMKAN BERSIFAT SOMBONG DAN BANGGA DIRI

Assalaamualaikum wbt,


Daripada Abu Said al-Khudri RA daripada Rasulullah SAW sabdanya, “Syurga dan Neraka berbantahan. Neraka berkata, “Didalamku adalah orang-orang yang gagah dan orang yang sombong.” Syurga pula berkata, “Didalamku adalah orang yang lemah dan golongan miskin.” Maka Allah memberi keputusan di antara keduanya, dengan firman-Nya “Sesungguhnya engkau syurga rahmat-Ku, dengan engkaulah aku memberi rahmat kepada sesiapa sahaja yang aku kehendaki, dan sesungguhnya engkau neraka adalah sebagai azabku yang dengan kamulah aku menyeksa sesiapa sahaja yang aku kehendaki. Bagi kedua kamu akan Aku penuhkan isinya.”(Hadith Riwayat Muslim).

Huraian Hadith :
  1. Hadith ini memberi peringatan dan amaran terhadap orang yang takbur. Dan Allah akan memilih di kalangan manusia yang akan memenuhi syurga-Nya dan neraka-Nya.
  2. Syurga adalah tempat orang-orang yang hidup mereka sentiasa pemurah dan orang-orang yang beriman sekalipun miskin dan kurang berupaya.
  3. Neraka adalah tempat orang-orang yang mencari kekayaan dengan merasa tenaga orang lain dan bersikap sombong kepada Allah dan manusia.
  4. Kekayaan yang diperolehi dengan cara yang baik adalah dituntut oleh Islam dan dikehendaki menggunakannya dengan cara yang baik.
Sumber :Kitab Riyadhus Salihin

Wednesday, August 24, 2016

TABIAT SUKA MEMINTA - MINTA

Assalaamualaikum wbt,


Riwayat: al-Bukhari dan Muslim
Hadith: 
Daripada ibnu Umar RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tabiat suka meminta-minta menjadi kebiasaan seseorang daripada kamu (umat) sehingga ia menemui Allah di akhirat sedangkan mukanya tidak mempunyai daging (hina)”.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadith: 
  1. Tabiat suka meminta-minta jika tidak berusaha mengatasinya dari mula lagi akan menjadi kebiasaan hinggalah ke akhir hayat, tabiat ini adalah tabiat yang dikeji.
  2. Orang yang suka meminta-minta daripada orang lain akan menemui Allah pada hari kiamat dalam keadaan hina.
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

BLOG DAH BERSARANG

Assalaamualaikum wbt,

Saya mohon maaf pada semua pembaca blog, saya sudah lama tidak update blog. Saya tidak ada sebarang alasan khusus kecuali masa dan tugasan seharian. In Shaa Allah sedikit masa lagi saya akan mula berblog

Tuesday, June 21, 2016

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Assalaamualaikum wbt,


Daripada Abu Hurairah RA lagi bahawa Rasulullah SAW bersabda : Apabila sampai bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga semua dibuka, pintu-pintu neraka pula ditutup dan diikat serta dibelenggu syaitan dan iblis.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 
Huraian Hadith :
  1. Ramadhan merupakan bulan yang paling banyak mempunyai kelebihannya bagi orang yang berpuasa, antaranya ialah :
    1. Semua pintu syurga dibuka dan orang yang telah meninggal dunia dihentikan azab mereka buat sementara.
    2. Pintu-pintu neraka pula ditutup, oleh itu orang yang mati dibulan puasa terlepas daripada azab kubur.
    3. Pada bulan puasa juga dirantai serta dibelenggu syaitan dan iblis daripada mengganggu dan menggoda orang yang berpuasa.
  2. Digalakkan oran yang berpuasa agar berlumba-lumba membuat kebajikan dan kebaikan, kerana setiap kebaikan akan diberi ganjaran pahala yang berganda-ganda.
Sumber :
  Kitab Riyadhus Salihin

Friday, June 17, 2016

MIMPI MELIHAT RASULULLAH SAW

Assalaamualaikum wbt,


Riwayat: al-Bukhari dan Muslim
Hadith: 
Daripada Abu Hurairah RA lagi katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang bermimpi melihat aku sesungguhnya ia akan melihat aku di waktu jaga atau seolah-olah ia melihat aku semasa jaga, kerana syaitan tidak akan dapat menyerupaiku”. (Syaitan tidak dapat menjelma seperti Baginda Rasulullah SAW).
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith: 
  1. Setiap orang Islam yang bermimpi melihat Rasulullah SAW semasa tidurnya dia akan melihat Junjungan semasa di hari kiamat dan ini adalah berita baik bagi yang bermimpi.
  2. Syaitan dan iblis tidak akan dapat menyerupai para nabi dan rasul sama ada ketika jaga mahupun di dalam tidurnya (mimpinya).
                
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

Tuesday, May 24, 2016

RUMAHKU SYURGA KU (BAB 11) - POKOK2 BUAH BARU

Assalaamualaikum wbt,


Dengan sedikit kawasan di belakang rumah baru ni.. aku dapatlah jugak menanam pokok buah yang baru antaranya rambutan, jambu batu, limau nipis dan limau kasturi (pokok anggur masih di rumah lama dan akan dibawa ke sini sedikit waktu lagi).


POKOK LIMAU NIPIS
POKOK LIMAU MANIS@MADU
LIMAU KASTURI
POKOK LEMON
POKOK RAMBUTAN
MUDAH2AN CEPAT BESAR DAN BERBUAH
JAMBUT BATU ISI MERAH
JAMBU BATU CEPAT MEMBESAR DAN LEBAT BERBUAH

Paling cepat membesar dan berbuah pokok jambu batu isi merah.....limau nipis dan limau kasturi....pokok rambutan mungkin amik masa sedikit....

Semua ini pokok -pokok ini dari gambar tahun 2015 hinggabulan Mac 2016. 

In Shaa Allah...gambar pokok anggur selepas ini.  

Saturday, May 21, 2016

KELEBIHAN SOLAT SUNAT WITIR

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: al-Bukhari dan Muslim
Hadith: 

Daripada Ibn Umar RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Jadikanlah sembahyang witir sebagai sembahyang terakhir bagi kamu pada waktu malam”.

Huraian Hadith: 

  1. Sembahyang witir paling afdhal ialah sebelas rakaat, oleh itu hendaklah dilakukan dengan mendahulukan sembahyang-sembahyang sunat lain seperti sunat tahajud, hajat dan lainnya.
  2. Paling kurang rakat sembahyang witir ialah satu rakaat sahaja, walau bagaimanapun digalakkan tiga rakaat dua salam.
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

Tuesday, May 17, 2016

KELEBIHAN MEMBERI SALAM KEPADA KANAK-KANAK

Assalaamualaikum wbt,


Riwayat: al-Bukhari dan Muslim
Hadith: 
Daripada Anas RA, satu ketika dia berjalan melalui kumpulan kanak-kanak lalu dia memberi salam kepada mereka dan dia berkata : “Bahawa Rasulullah SAW sentiasa lakukan seperti yang aku lakukan ini (iaitu memberi salam kepada kanak-kanak).”
Huraian Hadith: 
  1. Sunat memberi salam kepada kanak-kanak untuk mengajar mereka kelebihan salam, mendidik mereka dan membaikkan hati mereka.
  2. Kanak-kanak merupakan sebahagian anggota masyarakat yang perlu kepada didikan yang secukupnya untuk membantu mereka menjadi orang yang berguna kepada ibu bapa, masyarakat, agama dan negara
  3. Islam tidak membataskan umatnya membuat kebaikan sekalipun kepada kanak-kanak seperti memberi salam kepada mereka yang mana amalan ini merupakan sunnah Rasulullah SAW yang patut diikuti oleh umat Islam.
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

Thursday, May 5, 2016

RUMAHKU SYURGAKU - (BAB 10) - POKOK DARI RUMAH LAMA

Assalaamualaikum wbt,

Aku bawak pokok2 dari rumah lama dekat2 50 buah pasu termasuk bonsai dan pasu kecik,...aku bawak sedikit demi sedikit dari rumah lama masuk dalam bonet kereta dan tempat duduk belakang kereta....akhirnya habis jugak...



Ada yang aku letak belakang rumah, ada yang tepi rumah dan depan rumah.......pokok bunga ni memang dah jadi sentimental value bagi aku sebab ada yang aku dah simpan lebih 20 tahun....antaranya pokok bunga kertas dan bunga santalia (species bonsai)





Pokok anggur ajer yang belum aku pindahkan pada ketika itu....tunggu masa nak bawak ke rumah baru...In Shaa Allah.

Sunday, April 24, 2016

KELEBIHAN BERTOLAK ANSUR DALAM HAL JUAL BELI

Assalaamualaikum wbt,


Riwayat: al-Bukhari
Hadith: 
Daripada Jabir RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Allah memberi rahmat kepada orang yang bermurah hati ketika berjual beli dan ketika meminta haknya”.
(Hadith Riwayat al-Bukhari)
Huraian Hadith: 
  1. Allah memberi rahmat kepada mereka yang suka bertolak-ansur dalam semua perkara terutama dalam berjual beli.
  2. Berlemah lembut, bermanis muka dan berlebih kurang semasa menagih hutang adalah antara sifat yang dipuji oleh Islam.
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

Wednesday, April 6, 2016

KELEBIHAN SOLAT FARDHU ASAR DAN SUBUH

Assalaamualaikum wbt,


Riwayat: Muslim
Hadith: 
Daripada Abu Zuhair iaitu Umarah binti Ruwaibah RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Tidak masuk neraka seseorang yang sembahyang sebelum terbit matahari dan juga sebelum terbenamnya, iaitu sembahyang subuh dan sembahyang asar”.
(Hadith Riwayat Muslim)
Huraian Hadith: 
  1. Kelebihan sembahyang asar dan sembahyang subuh, kerana kedua-dua waktu ini paling sukar dilakukan, kerana subuh waktu sedang banyak tidur. Manakala waktu asar sedang leka bekerja, oleh itu jika dua waktu ini dapat dijaga maka menjaga yang lainnya lebih mudah.
  2. Di antara amalan yang dapat menjamin seseorang masuk syurga ialah dengan mendirikan sembahyang fardhu semuanya, lebih-lebih lagi mereka dapat mendirikan sembahyang subuh dan asar dengan sempurna.
  3. Setiap amal ibadat yang dilakukan oleh seseorang hendaklah dengan niat yang ikhlas nescaya Allah SWT akan membalasnya dengan pahala dan syurga.
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin


Wednesday, March 30, 2016

RUMAHKU SYURGAKU - (BAB 9) RUMPUT BARU

Assalaamualaikum wbt,

Selepas aku  meracun rumput,  sebulan jugaklah aku tunggu banyak kerja lagi nak buat....kena cangkul batu dan akar lalang....mesti kena buang dulu.....tanah dahlah keras....dah lama tak buat kerja berat....cabaran betul....tangan melecet perkara biasa...Ada seorang pekebun datang menawarkan diri dengan kos yang sangat menarik....aku tolak dengan alasan nak tanam sendiri...


SELEPAS SEBULAN DIRACUN

BATU2 KECIK DAH DI ASINGKAN

Memang tanam rumput sendiri tidak secantik dan tidak bagus kerja mereka tetapi aku puas hati....dapat berkebun, dapat bersenam dan dapat ilmu baru tentang penanaman rumput...

FEB - APRIL 2015

APRIL - MEI 2015
Selepas dua tiga bulan, aku tengok rumput ni susah nak merebak,  beli lagi rumput dan tanam rapat-rapat....baru rasa lebih cantik.

JUN - JULAI  2015
JUN- JULAI 2015

Akhirnya.....bila dah penuh dan merebak hijau dan cantik...beginilah hasilnya....aku puas hati....


Alhamdulillah.....seterusnya cabaran untuk mengekalkan kehijauan  dan kesuburan rumput....

Tuesday, March 22, 2016

NILAI AKHLAK YANG BAIK

Assalaamualaikum wbt,


Riwayat: Muslim
Hadith: 
Daripada an-Nawas bin Sam ‘an RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan yang bimbang dalam hati dan engkau tidak mahu perbuatan itu diketahui orang lain.”

Keterangan :
Kalimah “al-Birru” (kebajikan) merangkumi semua perbuatan dan amalan yang baik dan makruf, kecil atau besar, sedikit atau banyak seperti kalimah “al-Ismu” (dosa) merangkumi semua amalan dan perbuatan yang jahat.
Huraian Hadith: 
  1. Seseorang yang berakhlak mulia akan mendapat kebaikan untuk diri sendiri dan kebajikan kepada orang lain.
  2. Orang yang melakukan dosa tidak akan mendapat ketenangan dalam hidup.
  3. Antara tanda-tanda perbuatan dosa ialah lahirnya perasaan tidak tenteram dalam jiwa dan bimbang jika diketahui oleh orang lain.
  4. Bisikan hati untuk melakukan dosa tidak di anggap dosa selama tidak dilakukan atau diucapkan.
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

Tuesday, March 15, 2016

RUMAHKU SYURGAKU - ULAR SAWA DI SEMAK LUAR BELAKANG RUMAH (BAB 8)

Assalaamualaikum wbt,

Beberapa minggu selepas pindah rumah (awal Mac 2015) ....wife aku selalu cakap dia ada ternampak biawak dari semak luar dan memasuki belakang rumah aku dan adakala nampak biawak dari semak sebelah kiri dari arah luar belakang rumah jiran...wife dah lama pesan dengan aku dan mintak aku carikan tukang mesin rumput yang dulu untuk bersihkan lalang di luar rumah....

SERIAU JUGAK TENGOK SEMAK TEBAL 
BAHAGIAN DALAM BELAKANG RUMAH NI...
SEMAK SEBELAH LUAR KIRI TU ADA SARANG ULAR SAWA...

Satu hari  awal bulan Mac ,ketika tukang kebun  jiran sebelah sedang membersihkan bahagian luar semak mereka ternampak ular....tapi tidak pasti ular apa....Mereka terus hubungi no talian kecemasan 999, dan tidak beberapa lama kemudian lori Bomba tiba di Bhg belakang rumah kami...pihak Bomba mengambil masa beberapa minit untuk mencari dan menangkap ular tersebut...

PEGAWAI BOMBA BERJAYA MENANGKAP
SEEKOR ULAR SAWA 3 METER PANJANG
PERLU DIUKUR
BUKAN MUDAH NAK LURUSKAN 
ULAR SAWA NI
AKHIRNYA...DAPAT DIUKUR

Esoknya aku terus ke TNB Bangi dan buat laporan, beberapa hari lepas tu mereka datang mesin lalang .....


SEMPAT SNAP FOTO PADA SEBELAH PETANG
SEBELAH KANAN ATAS PUN MEREKA MESIN LALANG TERSEBUT

Nak ucap ribuan terima kasih pada pihak TNB Bangi kerana cepat mengambil tindakan untuk menebas lalang tersebut.

Wednesday, March 9, 2016

KELEBIHAN MEMELIHARA AMALAN SOLEH

Assalaamualaikum wbt,



Riwayat: al-Bukhari dan Muslim
Hadith: 
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As RA katanya, Rasulullah SAW bersabda kepadaku, “Wahai ‘Abdullah, Janganlah kamu menjadi seperti si fulan itu, dahulu dia sentiasa sembahyang malam, tapi kini dia tidak sembahyang malam.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith: 
  1. Kelebihan mengekalkan amal soleh walaupun sedikit, kerana amalan yang berterusan akan menimbulkan kesan dalam diri.
  2. Meninggalkan  ibadat atau amal soleh yang pernah dilakukan menunjukkan seseorang tidak prihatin kepada ibadat dan jantung hatinya terganggu daripada mengingati Allah SWT.
  3. Islam menyuruh umatnya mengambil berat di dalam melaksanakan hal kebaikan, dan tidak meninggalkan daripada melakukannya serta dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
  4. Orang yang dahulu mengerjakan amalan kebaikan, kemudian berhenti melakukan amalan kebaikan tersebut adalah daripada orang yang rugi.
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

Tuesday, March 1, 2016

GENAP SETAHUN BERPINDAH KE RUMAH BARU

Assalaamualaikum wbt,

Alhamdulillah 22 Feb 2016 lalu , genap setahun berpindah ke sini...



Rumput dan bunga yang bertambah....warna rumah masih sama...

RUMPUT DI TANAM ANTARA JUN KE OKTOBER 2015


In Shaa Allah sebelum bulan puasa tahun 2016 masjid  Al UMM depan rumah sudah boleh digunakan  rasanya.

Sunday, February 21, 2016

MALU ITU SEMUANYA BAIK

Assalaamualaikum wbt,


Riwayat: al-Bukhari dan Muslim
Hadith: 
Daripada Imran bin Husain RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Malu itu hanya menghasilkan kebaikan.” Atau Junjungan bersabda : “Malu itu semuanya baik.”
Dalam riwayat Muslim juga menyatakan sifat malu itu akibatnya adalah baik, dan katanya lagi Rasulullah SAW bersabda, “Malu itu keseluruhannya adalah baik.”
Huraian Hadith: 
1. Tidak mengubah atau menegur kemungkaran, tidak memberi nasihat, dan tidak menuntut hak yang patut diperolehi tidak termasuk malu yang dipuji.
2. Sifat malu adalah satu sifat yang terpuji. Sesiapa yang memilikinya akan terlepas daripada segala kejahatan.
3. Sifat malu akan meninggikan darjat keimanan orang yang memiliknya.

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

Monday, February 8, 2016

JAUHKANLAH DARI SIFAT SOMBONG DAN BANGGA DIRI

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat:  al-Bukhari dan Muslim

Hadith: 

Daripada Harithah bin Wahab RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Mahukah aku memberitahu kepada kamu siapakah ahli-ahli neraka?  mereka itu ialah orang-orang yang keras kepala, sombong, suka mengumpul harta tetapi tidak suka membelanjakan untuk kebaikan.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Huraian Hadith:


  1. Keras kepala adalah sifat orang yang tidak mahu menerima kebenaran. Begitu juga orang yang tamak harta dan tidak suka membelanjakan untuk kebaikan kerana sombong, mereka ini tergolong sebagai ahli neraka.
  1. Harta merupakan amanah daripada Allah kepada manusia oleh itu ia hendaklah dibelanjakan untuk diri, keluarga dan memberi bantuan kepada orang yang memerlukannya dengan cara yang diredhai oleh Allah.

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin