Sunday, May 26, 2013

JAUHILAH PERKARA YANG DIREKA-REKA (BID'AH)

Assalaamualaikum wbt,
Riwayat: Muslim
Kategori: Akhlak

Hadith: 
Daripada Jabir RA katanya, "Apabila Rasulullah SAW berkhutbah kedua-dua matanya menjadi merah, suaranya sangat kuat dan bersangatan marahnya seolah-olah junjungan seorang ketua tenteranya yang sedang memberi peringatan kepada tenteranya". Baginda bersabda, " Berjaga-jagalah, pada pagi atau petang musuh akan menyerang kamu semua". Baginda bersabda lagi, "Masa di antara aku diutuskan dengan datangnya hari kiamat bagaikan dua jari ini”. Baginda merapatkan jari telunjuk dan jari tengahnya. Junjungan bersabda lagi, “Seterusnya, sesungguhnya sebaik-baik percakapan (berita) adalah al-Quran, sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad SAW, dan sejahat-jahat perkara ialah yang diada-adakan dan setiap bidaah itu sesat”. Seterusnya Rasulullah SAW bersabda,” Aku adalah lebih utama terhadap setiap mukmin daripada mukmin itu terhadap dirinya sendiri, sesiapa yang mati meninggalkan harta, harta itu adalah hak warisnya dan sesiapa yang meninggalkan hutang atau anak-anak dan keluarga maka kembali kepadaku dan menjadi tanggungjawabku”.
Huraian Hadith: 
  1. Rasulullah SAW memberi peringatan kepada umatnya bahawa kedatangan hari kiamat telah hampir. Oleh itu setiap orang adalah dikehendaki berhati-hati sama ada dalam percakapan ataupun mencari petunjuk.
  2. Apabila hendak bercakap, bercakaplah mengenai sesuatu yang tidak terkeluar daripada ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW dan apabila hendak mencari panduan hidup berpandukan kepada petunjuk nabi SAW.
  3. Adalah dilarang sama sekali seseorang itu melakukan bidaah kerana bidaah itu adalah sesat dan menyesatkan.
  4. Setiap orang wajib membayar hutang piutangnya dan menunaikan tanggungjawabnya dengan sempurna terhadap keluarganya.
  5. Sebaik-baik pekerjaan yang diceburi oleh seseorang ialah yang berkaitan dengan kitab Allah seperti belajar dan mengajar al-Quran.
  6. Amalan yang bertentangan dengan agama, yang tidak termasuk di bawah mana-mana usulnya hendaklah dijauhi.
  7. Anak yatim dan orang kurang upaya seperti orang tua yang tiada penjaga atau warisnya, wajib dibiayai daripada baitulmal, kerana pemerintah menjalankan tugas Rasulullah SAW  yang menjaga mereka.
  8. Hak waris daripada peninggalan si mati (pusaka) adalah sabit Islam.

Thursday, May 23, 2013

IMPIAN MENJADI NYATA BERMAIN GOLF DI JAKARTA)- PART 1

Assalaamualaikum wbt,

Alhamdulillah setelah merancang sejak tahun 2010,  akhirnya program 'golfing' di Jakarta menjadi nyata dari 12 hingga 15 Mei lalu. Ribuan terima kasih kepada sahabat karib lama saya Pak Jamaludin Madrop yang bertindak selaku ketua rombongan dan yang mengurus program ini dengan cemerlang ,  dan tidak lupa kepada sahabat Sdr Azhar Omar yang  sangat menyokong program ini biar bagi jadi ..."ini kalilah"...hahaha....

12 Mei  bertolak awal pagi lebih kurang jam 5.00 pagi dari rumah dan mengambil penerbangan awal jam 7.50 pagi ke Jakarta melalui KLIA dengan penerbangan MAS,  yang bestnya tawaran tiket murah pergi dan balik ke Jakarta RM 399.00. Mengelak menggunakan Air Asia kerana dengan MAS beg golf free....mana nak dapat....dengan Air Asia semua kena caj.....Sekarang pulak musim orang hentam Air Asia angkara CEO Air Asia X yang tidak ada  semangat Melayu....

Kali ini dengan sengaja tidak bawak DSLR ,  hanya bawak kamera kompak Panasonic....sekadar nak bergambar di padang golf nanti...

Sementara nak tunggu berlepas dan dalam flight dan masa nak landing memang dah kesukaan saya amik foto....


KLIA
MASIH DI RUANG UDARA KLIA
RUANG UDARA SELAT MELAKA MENUJU KE PULAU JAWA
RUANG UDARA JAKARTA DAH NAK LANDING DAH

Selamat mendarat di Jakarta lebih kurang jam 9.15 waktu tempatan (WIB)...kali ke 5 berada di LT Soekarno Hatta...bertolak ke Jakarta Pusat ..hotel penginapan kami....esoknya...Kelab Golf Bogor Raya,  Bogor....

Monday, May 20, 2013

BERHUTANG MENGHALANG PENYUCIAN DIRI DAN KEREDHAAN ALLAH

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat:  Muslim

Kategori: Akhlak

Hadith: 

Daripada Abu Qatadah al-Harith bin Rib'ie RA, daripada Rasulullah SAW, "Sesungguhnya baginda berkhutbah kepada mereka lalu menyebut kepada mereka, bahawasanya jihad pada jalan Allah dan beriman kepada Allah itu sebaik-baik amalan (pekerjaan)". Kemudian bangun seorang lelaki dan berkata, "Wahai Rasulullah SAW bagaimanakah jika aku terbunuh di dalam jihad pada jalan Allah, apakah semua kesalahanku akan diampunkan?" Baginda menjawab, "Ya, benar jikalau engkau dibunuh dalam masa peperangan jihad pada jalan Allah dengan engkau berkedaan sabar mengharapkan keredhaan Allah, sedangkan engkau menghadapi musuh tidak berpaling lari  kebelakang". Kemudian baginda bertanya, "Bagaimana katamu?" Jawab lelaki tersebut bagaimanakah jika aku terbunuh dalam peperangan pada jalan Allah, apakah akan dihapuskan segala kesalahan-kesalahanku?" Baginda bersabda lagi. "Ya, benar jikalau engkau bersabar, tetap mengharapkan keredhaan Allah ketika menghadapi musuh, tidak berpaling lari kebelakang, melainkan jika engkau ada menanggung hutang dan sesungguhnya Jibril mengatakan hal itu kepadaku".

Huraian Hadith: 
  1. Bersihkanlah diri daripada berhutang kerana itu akan menghalang daripada menyucikan diri dan mendapat keredhaan Allah.
  2. Janganlah jadi orang yang bankrup kerana hutang sama ada di dunia atau akhirat.
  3. Jauhilah hidup daripada banyak berhutang dan kuatkan keimanan untuk menghadapi segala percubaan hidup.
  4. Hadis ini menunjukkan kelebihan jihad pada jalan Allah dan ganjaran bagi mereka yang terbunuh dalam keadaan bersungguh-sungguh menentang musuh, bersabar atas kesakitan dan kesusahan serta hanya mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT.

Saturday, May 18, 2013

REDHA SUAMI MEMBAWA KE SYURGA

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: at-Tirmizi katanya ini hadis Hasan
Kategori: Munakahat

Hadith: 

Daripada Ummu Salamah R.ha katanya, sabda Rasulullah SAW, “Mana-mana wanita yang meninggal dunia sedang suaminya redha terhadapnya nescaya dia akan masuk ke syurga”. 

Huraian Hadith: 
  1. Suami yang redha terhadap isterinya yang telah meninggal dunia membolehkan isterinya dimasukkan ke dalam syurga.
  2. Isteri-isteri hendaklah melakukan suatu perkara yang diredhai oleh suaminya.
  3. Setiap sesuatu yang hendak dilakukan oleh seseorang isteri hendaklah dipersetujui oleh suaminya.
  4. Keizinan suami atas suatu perkara yang dilakukan oleh isterinya adalah menunjukkan keredhaan suami.

Friday, May 17, 2013

JANGAN SAKITI SUAMIMU

Assalaamualaikum wbt,


Riwayat: At-Tirmizi katanya ini hadis Hasan
Kategori: Munakahat
Hadith: 

Daripada Mu’az bin Jabal RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Tidak menyakiti seseorang perempuan akan suaminya di dunia melainkan bersumpahlah isteri di akhirat (bidadari) celakalah engkau, “Jangan engkau menyakiti”. Sesungguhnya dia hanya sebentar sahaja bersamamu di dunia ini kemudian dia akan berpisah daripadamu untuk kembali kepada kami”. 

Huraian Hadith: 
  1. Islam melarang isteri menyakiti hati suami tanpa sebab yang diharuskan syarak.
  2. Islam menggalakkan berbaik-baik antara suami isteri untuk menjamin kerukunan rumahtangga.
  3. Hubungan suami isteri didunia ini hendaklah dipelihara dengan baik semoga hubungan ini berkekalan sehingga ke akhirat.

Friday, May 10, 2013

AMALAN YANG PALING AFDAL

Assalaamualaikum wbt,



Riwayat: 
 Bukhari dan Muslim

Hadith: 

Daripada Abu Zar Jundubi Zar bin Junadah RA, katanya, aku bertanya, “Wahai Rasullullah, apakah amalan yang paling afdal? “Maka dijawab oleh Rasulullah SAW, ”Beriman kepada Allah SWT dan berjihad dijalannya.” Aku bertanya lagi, “Hamba manakah yang paling utama untuk dimerdekakan?” jawab baginda, ”Hamba yang paling disayangi oleh tuannya dan paling tinggi harganya.” Aku bertanya lagi, ”Jika aku tidak berbuat demikian? Rasulullah menjawab, bantulah orang yang berbuat sesuatu pekerjaan atau buatlah sesuatu untuk orang tidak pandai membuatnya.” Aku bertanya, “Wahai Rasulullah SAW bagaimana pula jika aku lemah, tidak dapat mengerjakan sebahagian kerja-kerja itu?” Jawab Rasulullah SAW, ”Hendaklah kamu menahan perbuatan jahat terhadap manusia, sesungguhnya itu adalah sedekah daripada engkau untuk diri engkau sendiri.”

Huraian Hadith: 
  1. Umat Islam digalakkan berjihad di jalan Allah iaitu berusaha menegakkan kalimah Allah dan agamanya dengan cara yang telah dijelaskan oleh al-Quran dan as-Sunnah.
  2. Sebaik-baik bersedekah adalah bersedekah dengan harta yang paling disayangi dan paling bermanafaat .
  3. Wajib menjauhkan diri daripada menyakiti orang lain dan ini adalah sedekah untuk diri sendiri.

Monday, May 6, 2013

KELEBIHAN SOLAT SUBUH BERJEMAAH

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: Muslim

Kategori: Ibadah

Hadith: 

Daripada Jundub bin Abdullah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang bersolat subuh (pada waktunya secara berjemaah) maka dia berada dalam jaminan (keamanan dan perjanjian (Allah denan itu janganlah sampai Allah menuntut sesuatu kepada kamu daripada jaminan (perjanjian). (Jangan sampai kamu meninggalkan solat subuh) kerana sesungguhnya sesiapa yang dituntut oleh Allah daripada suatu jaminannya (perjanjiannya) tentu akan tercapai (berlaku), kemudian Allah menyembahkan mukanya ke dalam api neraka”. 

Huraian Hadith: 
  1. Orang Islam disuruh solat 5 waktu berjemaah kerana terdapat fadhilat-fadhilat yang khusus lagi banyak.
  2. Orang yang menunaikan solat 5 waktu khususnya solat subuh maka dia tetap berada dalam jaminan (tanggungjawab) Allah sepanjang hari.
  3. Setiap orang yang menganiayai atau menghalang seseorang daripada beribadah, nescaya dia akan diazab oleh Allah SWT (dilemparkan ke dalam api neraka jahannam).
  4. Dikhususkan (ditentukan) solat subuh dengan kelebihan ini kerana solat subuh lebih berat daripada solat-solat lain disebabkan waktu subuh adalah waktu sedang nyenyak tidur, pada musim sejuk pula sukar untuk berwudhuk dan bagi orang yang bekerja pula subuh adalah masa membuat persiapan untuk keluar bekerja.
  5. Dengan meninggalkan solat subuh terbatallah jaminan yang diberikan Allah kepada hamba berkenaan.
Sumber: Kitab Riyadhus Salihin

Saturday, May 4, 2013

BERHUTANG MENGHALANG PENYUCIAN DIRI DAN KEREDHAAN ALLAH

Assalaamualaikum wbt,


Riwayat: 
 Muslim
Kategori: 
 Akhlak

Hadith: 

Daripada Abu Qatadah al-Harith bin Rib'ie RA, daripada Rasulullah SAW, "Sesungguhnya baginda berkhutbah kepada mereka lalu menyebut kepada mereka, bahawasanya jihad pada jalan Allah dan beriman kepada Allah itu sebaik-baik amalan (pekerjaan)". Kemudian bangun seorang lelaki dan berkata, "Wahai Rasulullah SAW bagaimanakah jika aku terbunuh di dalam jihad pada jalan Allah, apakah semua kesalahanku akan diampunkan?" Baginda menjawab, "Ya, benar jikalau engkau dibunuh dalam masa peperangan jihad pada jalan Allah dengan engkau berkedaan sabar mengharapkan keredhaan Allah, sedangkan engkau menghadapi musuh tidak berpaling lari  kebelakang". Kemudian baginda bertanya, "Bagaimana katamu?" Jawab lelaki tersebut bagaimanakah jika aku terbunuh dalam peperangan pada jalan Allah, apakah akan dihapuskan segala kesalahan-kesalahanku?" Baginda bersabda lagi. "Ya, benar jikalau engkau bersabar, tetap mengharapkan keredhaan Allah ketika menghadapi musuh, tidak berpaling lari kebelakang, melainkan jika engkau ada menanggung hutang dan sesungguhnya Jibril mengatakan hal itu kepadaku".

Huraian Hadith: 
  1. Bersihkanlah diri daripada berhutang kerana itu akan menghalang daripada menyucikan diri dan mendapat keredhaan Allah.
  2. Janganlah jadi orang yang bankrup kerana hutang sama ada di dunia atau akhirat.
  3. Jauhilah hidup daripada banyak berhutang dan kuatkan keimanan untuk menghadapi segala percubaan hidup.
  4. Hadis ini menunjukkan kelebihan jihad pada jalan Allah dan ganjaran bagi mereka yang terbunuh dalam keadaan bersungguh-sungguh menentang musuh.

GANJARAN MEMELIHARA ANAK GADIS

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: Muslim


Kategori: Akhlak

Hadith: 

Daripada Anas RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memelihara dua anak gadis sehingga baligh kedua-duanya nescaya dia datang bersama aku pada hari kiamat seperti ini sambil menunjukkan (merapatkan) dua jarinya”.

Huraian Hadith: 
  1. Ibu bapa yang mempunyai anak-anak gadis mestilah memelihara dan mendidik dengan sempurna sehinggalah dia dewasa (bersuami).
  2. Balasan syurga adalah merupakan jaminan Allah SWT kepada setiap ibu bapa yang memelihara anak gadisnya dengan sempurna hingga dewasa.
  3. Islam mengambil berat tentang penjagaan terhadap anak gadis.
Sumber: Kitab Riyadhus Salihin

Wednesday, May 1, 2013

BALASAN SYURGA YANG TERAMAT INDAH

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: Bukhari

Kategori: Akidah

Hadith: 

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: Allah berfirman: "Aku telah menyediakan untuk hambaKu yang soleh, apa yang belum pernah mata melihat, belum pernah telinga mendengar dan belum pernah teringat (terlintas) dalam hati manusia."

Huraian Hadith: 

Hidup adalah satu perjuangan yang ada pahit dan getirnya. Ini berpadananlah dengan balasan syurga yang teramat indah bagi mereka yang telah berjaya menghadapi segala ujian Allah itu. Ingatlah. Tiada permaidani merah untuk hamba-hamba Allah yang benar-benar beriman di mana dengan cabaran dan ujian getir yang diberikan itu akan menjadikan keimanan seseorang semakin bertambah kerana nilaian Allah amat tinggi buat hamba-NYA iaitu mereka yang sanggup berkorban nyawa, harta dan tenaga demi agama-NYA.