Thursday, August 29, 2013

MENTAUHIDKAN ALLAH SWT.

Assalaamualaikum wbt,



Riwayat: Bukhari dan Muslim

Kategori: Akidah

Hadith: 

Daripada  Abu Sufian ya`ni Sahri ibni Harbin RA dalam ceritanya yang panjang lebar berhubung dengan kisah Hirqal (Raja Rom). Tanya Hirqal, “Apa yang diperintahkan kepada kamu (ya`ni Nabi SAW)?” Jawab Abu Sufian : Dia (ya`ni Nabi) berkata “Sembahlah Allah Yang Esa dan jangan menyekutukannya (Allah) dengan sesuatu apa pun. Tinggalkan semua ajaran nenek moyang kamu dan dia (Nabi) menyuruh kami bersembahyang, bercakap benar, memelihara diri daripada kemungkaran dan menghubungkan silatul rahim.”

Huraian Hadith: 
  1. Rasulullah sentiasa bersikap benar sehingga diakui oleh musuh, kerana Abu Sufian, pada masa pertemuan dengan Hirqal masih merupakan seorang kafir dan memusuhi Rasulullah SAW.
  2. Tunjang Islam adalah mengesakan Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu.
  3. Berpegang dengan kepercayaan jahiliah  dalam masalah agama adalah dilarang.
  4. Seruan Islam itu adalah untuk seluruh manusia.
  5. Tauhid (beriman) kepada Allah adalah perkara pokok dalam akidah Islam.
  6. Menyekutukan Allah dengan sesuatu adalah terkeluar daripada akidah Islam. 

Sunday, August 25, 2013

KATA - KATA JENAKA 30 TAHUN DULU...( "UP GRADELAH RUMAH KAU...DATANG OFIS AKU ")

Assalaamualaikum....

( Berat sungguh nak post citer ni......sekadar berkongsi rasa.....rezeki kawan2 masa belajar dulu.....mereka begitu berjaya dalam kerjaya dan perniagaan mereka)


Beberapa bulan lepas aku terserempak dengan seorang rakan baik lama...kenal dia sejak 30 tahun,  dia bekas pelajar UKM,  sekarang bertaraf Dato', developer yang berjaya di Selangor dan mempunyai perniagaan bernilai  beratus juta atau billion juga rasanya....Aku terserempak dengan dia di RNR Ayer Keroh Melaka ketika perjalanan pulang aku ke Bangi....rasanya kali terakhir berjumpa dengannya lebih kurang 7- 8 tahun lepas.....bila kawan baik dah kaya raya aku memang segan nak berjumpa dengannya....memang itu sikap aku....

Teringat perbualan kami masa mula2 grad dulu tahun 1986.....dia dah kerja dengan sebuah bank  dan dah memandu  kereta Ford Laser TX3 1.6 ....aku masa tu masih masih lagi naik motor...Honda Raider 135cc....terasa jauh berbeza....satu hari tu terjadi perbualan " Li aku nak berniaga kau nak ikut tak kerja dengan aku"....aku jawap aku tak berani dan lebih selesa makan gaji....atau kerja dengan kerajaan....."Li....satu hari nanti aku bawak keta besar nanti kau masih lagi memerah motor kat jalan".....kami gelak bersama....nanti aku bawak BMW kau masih dengan proton saga kau.....kami gelak lagi.....nanti bila aku drive Ferrari....kau masih lagi dengan Proton kau....jomlah ikut aku kita buat rumah dan jual rumah"....banyak peristiwa....aku ingat tapi tak perlulah catatkan di sini...

Tahun 1999....sempat singgah di pejabat dia di Shah Alam.....dalam perjalanan pulang...dia kawasan parking....ternampak sebuah Ferrari....merah menyala dan cantik....sah milik kawan aku....."bro (tak gamak nak panggil dia Dato') boleh bagi pinjam 3 hari....dia gelak ajer".....aku pun saja melawak...

Tahun 2003....terima  jemputan kawan baik untuk majlis berbuka di rumah dia di KGSAS, Shah Alam....ternampak lagi Ferrari milik dia...lebih baru...lebih cantik.....model baru agaknya.....sebelum bertolak pulang aku sempat bisik dekat dia "Bro aku nak bawak anak aku ke sini....nak bergambar dengan Ferrari kau boleh.......dia senyum ajer....no problem katanya....sehingga kini dah dekat 10 tahun aku tak bawak2 pun anak aku ke rumah dia....entahlah.....bila kawan dah semakin kaya kita lagi rasa segan.....padahal dia tak rasa apapun...

Berbalik semula pada pertemuan singkat di RNR Ayer Keroh...kenalan baik aku masih macam dulu....kami sempat bertukar no telefon...dia sempat bisik.." Li...upgrade lah rumah kau....jom datang ofis kita boleh bincang...."...Rezeki datang bergolak....nak corner lot ke nak semi D ke nak banglo ke.....kau bagi tau ajer...., (aku berat hati dan maklum....umur dah 50 ni rasa macam berat nak beli rumah baru) ....." kau datang je ofis kau kita bincang lagi"....dia senyum lebar....beriya2 nak bagi peluang ....

Aku  bertanya lagi,  "Bro masih lagi simpan Ferrari kau tu, aku dah janji sejak lama dulu nak tunjuk Ferrari kau pada anak aku "....dia kata " ada lagi....bawak famili kau ke rumah aku,  aku masak best-best..jangan lupa call aku dulu "....Dalam hati beratnya nak ke rumah dia ni...segan rasanya....

Kami sama2 ke parking kereta....kereta mewah dia dengan  driver sedang menunggu...Mercedes S Class Mewah... aku tidak terkejut....ini impian dia sejak dulu...

Ketika melepasi kawasan  Pedas.....Mercedes S Class dia memotong laju....aku di lane tengah....teringat perbualan 27 tahun dulu....."kau masih dengan keta proton kau,  aku dah dalam keta BMW......"....realitinya aku dalam keta Honda CIvic dan dia dengan Mercedes mewah dia.....Alhamdulillah yang sama adalah....no plet aku dua digit dan dia jugak dua digit....model kereta dan harga berbeza.....hehehe....aku masih boleh tersenyum sendiri...

Thursday, August 22, 2013

BERCITA-CITA SYAHID DI JALAN ALLAH

Assalaamualaikum wbt,


Riwayat: Muslim

Kategori: Akhlak

Hadith: 

Daripada Abu Sabit, ada orang yang memanggilnya Abu Said dan ada pula yang memanggilnya Abu al-Walid iaitu Sahal bin Hanif salah seorang yang menyertai perang Badar (bersama Rasulullah SAW), “Sesungguhnya Nabi SAW bersabda, sesiapa yang memohon kepada Allah mati syahid dengan bersungguh-sungguh, nescaya Allah akan samakan tarafnya dengan orang yang mati syahid walaupun dia mati di tempat tidur.” 

Huraian Hadith: 
  1. Hati yang benar adalah sebab tercapainya cita-cita, orang yang berazam melakukan sesuatu amalan kebaikan akan mendapat ganjaran walaupun apa yang diniatkan tidak terlaksana.
  2. Syahid yang sebenar  ialah mati dalam menegakkan kalimah Allah, bukan kerana tujuan yang lain.
  3. Sesiapa bercita-cita serta berazam bersungguh-sungguh melakukan sesuatu kebajikan nescaya diperkenankan oleh Allah SWT. Ini adalah menggambarkan kebesaran, kekuasaan dan kehendak Allah.
  4. Islam menyuruh umatnya berjihad di jalan Allah.
  5. Islam menggalakkan umatnya berdoa kepada Allah untuk melakukan sesuatu kebaikan walaupun dia tidak dapat melakukannya.

Sunday, August 18, 2013

NAK LARI MANA....MANA MAU LARI.....AES DAN PDRM TUNGGU....!!!!!!

Assalaamualaikum wbt,

Dari tahun lepas  sejak mula AES .....aku dah dapat 4 saman AES dan 2 saman PDRM......saman  AES yang terbaru tahun ini....beberapa hari lepas di lebuh Raya PLUS dalam perjalanan ke Pulau Pinang.......berhampiran Slim River 12 Ogos lalu.....tak perasan.....speeding masa tu 130 km.....terkejut kena snap dengan kamera AES.....tunggu jelah surat  saman dari JPJ......

Kalau ikut  jumlah kena bayar RM 1800.00.......satu pun belum bayar lagi.........tunggu diskaun dari JPJ atau PDRM.....biasa akan ada diskaun......entahlah......

Dulu2 punya saman bayar ikut lebihan speeding kita.....sekarang mana ada gitu lagi......terus kena RM 300.00....perghhhh....

Setakat ni AES aku kena satu di Taiping  Utara,  satu di Kajang, satu di Putrajaya,  satu sebelum tol Sg Besi dari arah KL ke Seremban dan terbaru di Slim River arah utara ....dan satu saman PDRM di Kesas Highway dan satu lagi saman di LPT berhampiran Karak....

Satu isu aku nak timbulkan......cubalah pandu kereta di lebuhraya dengan  kelajuan 110 km sejam.......tekan lebih sikt 120KM .....laju sikit 130 KM......dan seterusnya......cubalah kalau cc kereta 1.5 atau 1.8 atau 2.0.......atau lebih cc lagi.......cakaplah apa pun......saman tetap kena bayar......bukti mereka dah ada.....

Cadangan kerajaan nak naikkan had laju tak lulus.... sebab kemalangan begitu banyak terutama di musim perayaan.......

Cara nak elak kena sama AES....kena perhati kamera dan papan tanda amaran mereka.....pening......dan cara nak elak saman PDRM.....perlahan bila dah dekat dengan jambatan......biasa pegawai PDRM dok tunggu dengan kamera bawah jambatan.....kalau terlupa gerenti kena.....hehehehe...kalau nak elak terus naik bas..... atau beli kereta yang cc kecik atau kereta buruk yang gerenti tak boleh laju......

Banyak lagi cadangan yang gila2 kita boleh bagi........yang pasti AES dan PDRM tak kisah....yang penting mereka saman.....apa lagi bayor ajerlah....

Saturday, August 17, 2013

ELAKKAN SYUBHAT

Assalaamualaikum wbt,


Riwayat: at-Tirmizi

Kategori: Ibadah

Hadith: 

Daripada Abu Muhammad al-Hasan bin Ali bin Abu Talib RA katanya, “Aku hafaz daripada Rasulullah SAW katanya: “Tinggalkanlah perkara yang engkau ragui dan ambil perkara yang engkau tidak ragui kerana sesungguhnya kebenaran itu adalah ketenangan dan dusta itu adalah keraguan.” 

Huraian Hadith: 
  1. Islam menggalakkan umatnya supaya membersihkan diri daripada perkara-perkara syubhat (yang tidak jelas haram atau halal) malah hanya mengambil yang jelas halalnya, kerana menjauhi perkara syubhat itu bererti memelihara agama dan maruah.
  2. Bersikap benar dalam percakapan atau perbuatan akan menimbulkan perasaan tenang, tegas, berani dan mendapat kepercayaan manusia, manakala sikap dusta atau pembohongan akan mengakibatkan perasaan bimbang, takut dan dipandang hina oleh masyarakat.
  3. Jauhilah perkara-perkara yang meragukan (syubhat) di dalam kehidupan kita sehari-hari.
  4. Kelebihan kebenaran itu membawa kebahagiaan dan dusta itu meruntuhkan kemuliaan.

Monday, August 12, 2013

ORANG YANG BERBUDI MULIA

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: at-Tirmizi

Kategori: Akhlak

Hadith: 
Daripada Abu Darda' RA, Rasulullah SAW bersabda: "Bukanlah (golongan ini) daripada orang-orang beriman yang sempurna imannya iaitu orang yang suka mengecam, suka melaknat, suka bercakap kufur dan suka mencarut".

Huraian Hadith: 
  1. Orang yang berbudi mulia akan sentiasa berusaha menjauhkan dirinya daripada terlibat dalam pertelingkahan yang selalunya tidak berlandaskan pemikiran yang rasional kerana hal ini merupakan satu tindakan yang tidak produktif dan tidak berfaedah malah hanya akan berakhir dengan perpecahan dengan hidup saling bermasam muka di antara satu sama lain.
  2. Islam menyuruh kita agar hidup bersatu padu, bersikap merendah diri dan tidak berlagak sombong. Ini akan memudahkan perhubungan dan kasih sayang sesama umat Islam di mana pemimpin masyarakat dan organisasi yang sebegini juga akan disenangi oleh para pengikut dan kakitangannya malah akan mudah mendapat kerjasama daripada mereka.
  3. Demikian juga kita dilarang menceritakan keburukan orang lain dengan melaknat, mengecam mencemuh, mencarut dan sebagainya kerana ini akan menyebabkan pergaduhan dan hilang rasa hormat antara sesama anggota masyarakat. Maka berlakulah ketegangan yang sebenarnya merugikan keseluruhan umat Islam itu sendiri.

Tuesday, August 6, 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2013

Assalaamualaikum wbt,

GAMBAR RAYA KELUARGA 2012

Saya dan keluarga mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri ,  jika ada tersalah silap, terkasar bahasa mohon ampun dan maaf dan jika ada termakan dan minum  mohon dihalalkan dan jika ada terhutang duit atau janji tolong maklum pada saya. 

Moga rakan2 dan semua pembaca blog saya di mana juga berada bergembira di Hari Raya ini bersama keluarga masing2.....

Monday, August 5, 2013

BERSEGERA DALAM MENGERJAKAN AMAL SOLEH

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: Bukhari
Kategori: Akhlak

Hadith: 

Daripada Abi Hurairah RA bahasanya Rasulullah SAW bersabda “Bersegeralah kamu mengerjakan amal-amal yang soleh, kerana akan berlaku fitnah seperti malam yang sangat gelita. Di dalam keadaan itu terdapat orang yang di sebelah paginya mukmin dan sebelah petangnya kafir, begitulah (sebaliknya) sebelah petang dia mukmin dan sebelah pagi kafir dia menjual agamanya dengan kepentingan dunia yang sedikit.

Huraian Hadith: 
  1. Seseorang mukmin dan muslim dikehendaki berpegang teguh dengan agama (Islam) bersegera dan berlumba-lumba mengerjakan amal kebajikan semasa muda selagi badan sihat dan masih ada masa kerana halangan yang akan berlaku di masa hadapan tidak akan diketahui.
  2. Rasullullah SAW mengingatkan umatnya supaya berhati-hati dengan fitnah dan halangan kerana ia mendorong manusia melakukan maksiat.
  3. Pada akhir zaman terdapat manusia yang menjadi kafir dan menjual agama. 

Saturday, August 3, 2013

GRED SYAITAN

Assalaamualaikum wbt,
(berkongsi ilmu dari FB kawan2)
Cara mudah mengesan SYAITAN (gred tinggi atau gred rendah) yang menyorok dalam jasad manusia yang selama ini hamba telitikan sendiri tanpa berpandukan mana-mana kitab adalah seperti berikut:

- lebam di betis & peha
- rasa lenguh dekat bahu
- rasa ngantuk semacam selepas Asar
- urat bergetar, kita toleh aje, dia berhenti
- menguap masa tunaikan solat (ketika Al-Fatihah)
- ekor mata selalu ada kelibat walaupun siang2 hari
- susah tidur malam, terus lena bila dah dekat2 subuh
(senarai kat atas ialah jenis syaitan gred rendah yang tak menampakkan diri)

NOTA:


Syaitan gred tinggi akan hamba berikan komen di bawah, anyway... syaitan jenis gred rendah ini lah yang lagi lama dia dalam badan kita, akan mendatangkan kanser, tak kisah lah kanser apa pun, jenis kanser pula bergantung kepada jenis syaitan apa dan di mana lokasi badan yang syaitan tu duk dalam badan kita, kanser stage 1 dan stage 2 MUSTAHIL dikesan oleh mana-mana tekonologi perubatan sebab itulah Rasululullah mengisyaratkan kita agar selalu bangkit malam agar segala penyakit zahir dan batin boleh dibuang. 

Masih ingat dengan kuliah matriks kita yang lepas mengenai 1 Hadis Rasulullah mengenai matriks di dalam matriks? Ya, nabi pesan pada kita syaitan boleh travel dalam jasad manusia dengan cara berenang2 dalam pembuluh urat darah kita (rujuk urat getar), maka nabi pesan pada kita, MAKA SEMPITKANLAH JALANNYA DENGAN CARA PUASA. Sila semak kuliah matriks kita yang lepas. Ingat... kanser adalah berpunca dari pemeraman syaitan (gred rendah) dalam jangkamasa lama dalam jasad manusia, celaka datang dalam jangka masa lama, sebab tu kanser tak mungkin dikesan di peringkat awal. 

Berbeza dengan syaitan (gred tinggi), kesan kesakitan yang jasad manusia alami adalah INSTANT & SERTA MERTA. Contohnya "sihir". Syaitan yang dimaksudkan adalah dari alam 2D. Sedangkan manusia berada di alam 3D. Sedangkan malaikat berada di alam 4D. Sebab itu mana-mana syaitan yang berusaha untuk menampakkan wajah mereka, tak pernah walau sekali pun kelihatan cantik, sebab frekuensi mereka dari alam 2D tak boleh matching dengan alam manusia yang bersifat 3D, kalau pun ia berupaya untuk menjadi wanita cantik atau lelaki hensem, ia hanya boleh bertahan beberapa jam sahaja, itu pun di waktu tanpa cahaya, sila ulangkaji kuliah matriks kita berkenaan Perang Badar bagaimana raja syaitan bernama IBLIS mampu menunjukkan diri di khalayak ramai DI WAKTU TENGAHARI di dalam perang siap menunggang kuda lagi... ini merupakan salah satu kategori GRED TINGGI, sedangkan Iblis sememangnya seorang yang berilmu. 

Sebab itulah malaikat dari alam 4D yang menjelmakan diri di alam manusia yang bersifat 3D sentiasa berseri2 kerana frekuensi & tenaga mereka mencukupi untuk synchronize dengan alam manusia, bahkan jasad mereka cantik2 dan segak lagi hensem. 

Sila rujuk peristiwa 2 malaikat yang bertemu Nabi Ibrahim dan isterinya untuk mngkhabarkan berita kelahiran baby Ishak sebelum 2 malaikat ini terbang ke Nabi Luth untuk membawa bala, perhatikan bagaimana respon jiran2 Nabi Luth terhadap 2 malaikat ni, mereka sendiri bilang 2 malaikat ni adalah tetamu yang luar biasa, dan hensem lagi segak. Kalau orang2 GAY pun boleh mendakwa malaikat yang menjelma jadi manusia itu pun sudah sesempurna ini, maka terbukti sudahlah ilmu ini. 

Untuk memahami ilmu ini, sila selak perlahan2 dalam kuliah matriks kita mengenai matriks di dalam darah, dan perihal lebuhraya maklumat yang boleh dicuri syaitan ketika mereka di dalam badan kita. Untuk makluman kamu semua, beza syaitan (jin kafir) dan jin islam ialah SYAITAN hanya memakai selipar di sebelah kiri sahaja, diorang ni tak pakai selipar serentak.


Thursday, August 1, 2013

MANUSIA DIBANGKITKAN DI AKHIRAT BERDASARKAN NIAT

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: Bukhari dan Muslim
Kategori: Ibadah

Hadith: 

Daripada Ummul Mukminin (Ummu Abdullah) Aisyah RA  katanya: Rasulullah SAW bersabda : “Sepasukan tentera menyerang Kaabah. Apabila mereka berada di suatu kawasan lapang, tiba-tiba mereka dibinasakan seluruhnya.” Saidatina Aisyah berkata:  “Aku berkata (bertanya kepada Rasulullah) : Wahai Rasulullah, mengapa mereka dibinasakan seluruhnya padahal ada di antara mereka orang yang berjual beli dan orang yang bukan daripada tentera itu?” Rasulullah menjawab: “Ya, mereka dibinasakan seluruhnya, kemudian mereka dibangkitkan pada hari kiamat menurut niat masing-masing.”

Huraian Hadith: 

  1. Setiap insan diberi balasan atau ganjaran menurut niat masing-masing.
  2. Hadith ini memberi peringatan kepada manusia supaya tidak menyertai golongan yang zalim dan jahat.
  3. Orang yang mencabul Kaabah atau tempat-tempat suci yang dimuliakan Allah akan dibinasakan.
  4. Kebinasaan yang menimpa sesuatu tempat atau negeri akan terkena ke atas  seluruh penduduknya tanpa mengira orang yang bersalah atau tidak.