Thursday, February 28, 2013

AGAMA ADALAH NASIHAT

Assalaamualaikum wbt,

Hadith: 

Daripada Abu Ruqaiyah Tamim bin Aus al-Dariy RA, bahawa sesungguhnya nabi SAW bersabda, " Agama itu adalah nasihat". Kami bertanya, "Untuk siapa?" Baginda menjawab, "Untuk Allah, untuk kitabnya, untuk rasulnya, untuk pimpinan orang Islam dan untuk umat Islam semuanya".

Huraian Hadith: 
  1. Orang Islam hendaklah yakin dan tunduk serta patuh kepada segala perintah yang terkandung di dalam ajaran Islam lebih-lebih lagi perintah yang wajib.
  2. Segala kekeliruan yang terdapat di dalam menentukan hukum hendaklah dirujuk kepada Al-Quran dan Al-Sunnah.
  3. Wajib tiap-tiap orang Islam beriman kepada Allah dan janganlah disekutukan dengan yang lain.
  4. Orang-orang Islam yang memegang tugas sebagai pimpinan hendaklah sentiasa mengawasi masalah-masalah yang berkaitan dengan hukum supaya orang-orang yang di bawah pimpinannya terhindar daripada kezaliman.
  5. Ajaran Islam adalah merupakan nasihat yang menjadi panduan kepada manusia.

Wednesday, February 27, 2013

MANUSIA YANG SEBENAR-BENAR BIJAK

Assalaamualaikum wbt,


Hadith: 

Daripada Abu Yaala Syaddad bin Aus RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Orang yang bijak itu ialah mereka yang mengambil berat tentang dirinya dan beramal untuk selepas mati. Manakala orang yang lemah itu ialah mereka yang menurutkan hawa nafsunya sedangkan dia bercita-cita untuk menjadi hamba Allah yang diredhai.”

Huraian Hadith: 
  1. Orang yang beriman hendaklah sentiasa bermuhasabah diri dan beramal seperti yang dituntut oleh agama, kerana ganjaran pahala adalah berasaskan amalan yang benar-benar dilaksanakan, bukan dengan angan-angan kosong.
  2. Manusia yang bijak itu ialah orang yang memperjuangkan hidupnya untuk kebahagiaan di akhirat.
  3. Akal yang dianugerahkan oleh Allah hendaklah digunakan untuk memikirkan persediaan hidup di akhirat.
  4. Wajib bagi seseorang mengelakkan diri daripada dikuasai oleh hawa nafsu yang akan membawa kepada kehancuran diri dan agama.

Tuesday, February 26, 2013

TERHAPUS SEMUA DOSA APABILA MEMELUK ISLAM

Assalaamualaikum wbt,

Hadith: 

Daripada  Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Allah SWT suka kepada dua orang lelaki yang seorang telah membunuh yang lain. Kedua-duanya masuk syurga. Orang ini berperang di jalan Allah lalu dibunuh, kemudian yang membunuh itu bertaubat lalu dia memeluk Islam (dan pergi berperang) dan mati sebagai mati syahid.”

Huraian Hadith: 

1.       Wajib bertaubat daripada dosa walau sebesar mana pun dosa itu dan tidak berputus asa daripada rahmat Allah.

2.       Dosa yang paling besar ialah kufur kepada Allah.

3.      Apabila seorang kafir memeluk Islam maka dosanya yang sebelum itu dengan sendirinya diampunkan  Allah, kerana Islam itu bererti taubat daripada dosa kufur atau syirik dan lain-lainnya.

4.       Orang kafir yang telah membunuh tentera Islam diterima taubatnya jika bertaubat dan berpeluang pula mati syahid.

Monday, February 25, 2013

HOBI BELAKANG RUMAH - PART 5 (BONSAI SANTALIA)

Assalaamualaikum wbt,

Saya memang peminat bonsai, tapi kalau nak beli bonsai yang berkualiti memang tak mampu,  ada yang sampai beribu harganya......jadi saya cubalah bentuk bonsai saya sendiri....ikut citarasa saya sendiri...Ada beberapa yang saya amik dari kampung ibu mentua saya pada tahun 1990 dan dahannya saya potong pendek seperti di bawah dan cuba jadikan bonsai ikut rasa hati saya...

BONSAI SANTALIA NI DAH BERSAMA SAYA 23 TAHUN, SAYA
JANGKA UMURNYA DAH LEBIH 30 TAHUN
JUGAK YANG SAYA PALING  SAYANG...BERSAMA SAYA LEBIH 23 TAHUN
YANG INI DALAM 12 TAHUN
YANG NI DEKAT 20 TAHUN BERSAMA SAYA
LEBIH KURANG 12 TAHUN
 YANG INI MASIH BARU....5 TAHUN
DEKAT2 8 TAHUN  UMUR POKOK SANTALIA NI
LEBIH 10 TAHUN
JUGAK YANG SAYA SANGAT   SAYANG....
23 TAHUN BERSAMA SAYA

NAMPAK AJER KECIK ...DAH LEBIH 20 TAHUN BERSAMA SAYA
JUGAK LEBIH 20 TAHUN BERSAMA SAYA

Beberapa santalia baru yang akan dijadikan bonsai...kena tunggu 20- 30 tahun lagi baru dapat bonsai berkualiti...In Shaa Allah

BARU PINDAH PASU
JUGAK BARU PINDAH PASU


Bila boring dan tak tau apa nak buat kat rumah...gerenti pergi belakang rumah dan membelai bonsai2 ni...hati jadi tenang dan lapang.

Sunday, February 24, 2013

KEUTAMAAN TAUBAT

Assalaamualaikum wbt,

Hadith: 

Daripada Abu Hurairah RA katanya : “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Demi Allah sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan bertaubat kepadanya di dalam sehari lebih daripada 70 kali.”

Huraian Hadith: 

1.       Rasulullah SAW menggalakkan umatnya supaya banyak beristighfar dan bertaubat, kerana junjungan sendiri walaupun tidak berdosa dan merupakan hamba pilihan, baginda bertaubat 70 kali sehari untuk mengajar umatnya dan meningkatkan darjatnya di sisi Allah.

2.       Bertaubat dan beristighfar secara berterusan akan menghapuskan dosa yang dilakukan secara tidak disedari.

3.       Bilangan taubat di dalam hadith ini tidak dimaksudkan ketepatannya malah dimaksudkan adalah jumlah yang banyak.

Saturday, February 23, 2013

NASIHAT KUBUR

Assalaamualaikum wbt,

lepas baca silakan share..

1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD

2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM.

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.

4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,

5). Aku yang menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

6). Aku adalah tempat utk merendammu dengan cairan yang amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA..

7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"

Kirim
ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 org..

Kerana, saat kamu membawa Al-Qur'an, syaitan biasa2 saja.


Saat kamu membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat kamu membacanya, ia gelisah.
Saat kamu mmahaminya, ia kejang2.
Saat kamu mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan shari-hari, ia stroke.


Trus n trus baca & amalkan agar syaitan stroke semuanya juga jantungnya dan mati.
Ketika anda ingin menyebarkan ini, lagi2 syaitan pun mencegahnya.

Syaitan berbisik;
"SUdahlaaaaaah tak payah di SEBARKAN, tak penting punnn, BUANG MASA saja, tak mungkin akan di baca "...

Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya puluhan kali ganda

Friday, February 22, 2013

HOBI BELAKANG RUMAH- PART 4 (SANTALIA)

Assalaamualaikum wbt,

Yang paling saya banyak dalam simpanan saya, Bunga Santalia atau Harum Sundal Malam....boleh buat bonsai atau perhiasan,  pokok ni tahan lasak.....dahan dia liat dan boleh dibentuk bentuk, saya ada beberapa yang di buat bonsai,  tapi taklah berapa menjadi bonsainya....sekadar ikut suka mata saya memandang.... Ada beberapa yang dah lebih 20 tahun di bawah jagaan  saya....amik dari kampung ibu mentua sejak tahun 1990....dan ada yang disemai dari biji benih...Bunga santalia ini semua saya sayang... 

Yang di bawah ni semua santalia yang dijaga sepertimana biasa dan tidak dibuat bonsai..


SANTALIA NI PALING LAMA DENGAN SAYA 23 TAHUN,  
UMURNYA LEBIH 30 TAHUN RASANYA

JUGAK DAH LEBIH 23 TAHUN DALAM JAGAAN SAYA
LEBIH 20 TAHUN DALAM  JAGAAN SAYA
 LEBIH 10 TAHUN DALAM JAGAAN SAYA
LEBIH 12 TAHUN DALAM JAGAAN SAYA


Dalam simpanan saya jugak ada beberapa anak pokok santalia,  jika ada sesiapa atau kawan2 yang lalu dan singgah Bangi dan berminat nak anak pokok santalia ni, singgahlah ke rumah saya ,  ada lebih kurang 12 anak pokok santalia untuk saya bagi dengan percuma.

ANAK2 POKOK SANTALIA  ADA 7 PASU SEMAIAN KECIK
YANG NI ADA 5 PASU SEMAIAN KECIK

Wednesday, February 20, 2013

15 RAHSIA KEAJAIBAN KAABAH YANG PERLU DIKETAHUI

Assalaamualaikum wbt,

Berikut 15 perkara merupakan keajaipan yang kurang diketahui ramai tentang struktur Kaabah dari sudut sains :


1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman.kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.


"Semoga dengan serba sedikit perkongsian ini dapat memberikan kita manfaat bersama
إن شاء الله

(Peringatan buat diriku sahabat muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah serta umat yang dirindui Rasullullah)

Monday, February 18, 2013

CEMBURU ALLAH

Assalaamualaikum wbt,

Hadith: 

Daripada Abu Hurairah RA daripada nabi SAW, baginda bersabda, “Sesungguhnya Allah SWT cemburu (tidak suka) dan cemburu Allah SWT itu ialah terhadap orang yang akan mengerjakan apa yang diharamkan Allah ke atasnya.”

Huraian Hadith: 
  1. Allah SWT memberi kebebasan kepada seseorang melakukan apa yang dikehendaki, namun begitu Allah tidak menyukai perbuatan yang diharamkan.
  2. Perasaan benci kepada perkara yang dilarang oleh Allah adalah suatu sifat yang mulia.

Sunday, February 17, 2013

HOBI BELAKANG RUMAH - PART 3 (BUNGA KERTAS)

Assalaamualaikum wbt,

Bunga kertas adalah antara  bunga yang saya mula berjinak2 sejak tahun 1990. Koleksi bunga kertas saya amik dari rumah ibu mentua saya dari tahun 1990 dan ada yang dah saya tanam baru dari dahan pokok lama...koleksi saya tidak banyak ada 10 pasu pasu yang saya jaga ,  ada yang lebih 20 tahun bersama saya dan ada yang baru....bunga warna unggu, merah,putih,oren dan bercampur warna.

BONSAI BUNGA KERTAS BERUMUR LEBIH 30 TAHUN- BUNGA UNGGU MUDA 
SAYA DAH JAGA LEBIH 23 TAHUN DAN YANG INI PALING SAYA SAYANG..

BUNGA WARNA PUTIH...LEBIH 15 TAHUN BERSAMA SAYA,  JUGAK SAYA SAYANG
UNIK SANGAT AKAR BONSAI BUNGA KERTAS INI
BUNGA KERTAS OREN INI JUGAK DAH UMUR LEBIH 30 TAHUN
BERSAMA SAYA LEBIH 23 TAHUN
 YANG INI MASIH BELAJAR BERBUNGA- 
ASAL DAHANNYA PUN DARI POKOK YANG LEBIH 10 TAHUN
JUGAK MASIH BELAJAR BERBUNGA- 
ASAL DARI DAHAN YANG SAMA DI ATAS
JUGAK DAH 23 TAHUN BERSAMA...POKOK NI DAH AGAK 'NAZAK'
BUNGANYA WARNA MERAH HATI


BARU 10 TAHUN BERSAMA SAYA...HOPE BOLEH BERTAHAN... 
BONSAI BUNGA KERTAS TERBARU SAYA BARU MASUK PASU 3 BULAN


Bukan mudah nak jaga bunga kertas, lebih dari 10 pokok dalam pasu yang mati dalam jagaan saya sejak tahun 1990 hinggalah minggu lepas...apa nak buat.....saya masih lagi tersilap tanah dan baja, adakalanya...frust berhari2....terfikir apa silap....tanah ke....baja ke atau terlebih air....Yang pasti Allah nak saya belajar dan terus belajar dan bersyukur...Alhamdulillah.

Saturday, February 16, 2013

DOSA KECIL JANGAN DIPANDANG RINGAN

Assalaamualaikum wbt,

Hadith: 

Daripada Anas RA katanya, “Sesungguhnya kamu mengerjakan perbuatan yang pada pandangan kamu ianya lebih halus daripada rambut pada hal kami di zaman Rasulullah SAW mengira perbuatan itu di antara perkara-perkara yang mencelakakan (dosa besar).”

Huraian Hadith: 
  1. Memandang ringan terhadap dosa-dosa kecil menunjukkan seseorang itu kurang takut kepada Allah dan lebih-lebih lagi memandang ringan pada dosa besar.
  2. Orang yang paling mengenal Allah selepas nabi dan rasul adalah sahabat-sahabat Rasulullah SAW kerana pengetahuan mereka luas yakni tidah menganggap remeh kepada sesuatu perkara.
  3. Para sahabat begitu perihatin akan sesuatu perkara dan tidak pernah ia menganggap ringan.

Friday, February 15, 2013

HOBI BELAKANG RUMAH - PART 2

Assalaamualaikum wbt,

Sepertimana yang dijanjikan saya mulakan dengan beberapa pokok Kemboja Cina yang saya letak di depan rumah dan atas tembok , ada  4 pasu dan semuanya bunga berwarna merah tetapi corak yang berlainan...

YANG PALING SAYA SAYANG

YANG PALING CANTIK DI MATA SAYA

BENTUK YANG PALING UNIK

INI YANG PALING LAMA DALAM JAGAAN SAYA...14 TAHUN LEBIH

Ada beberapa lagi jenis bunga Euphorbia Milii, dengan dahan yang berduri dan bunga yang cantik saya letak di belakang rumah.

 ADA ENAM PASU EUPHORBIA MILII


Lepas ni koleksi bunga kertas.

Thursday, February 14, 2013

JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI

Assalaamualaikum wbt,

Hadith: 

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.

Huraian Hadith: 

1. Islam menyerlahkan perbezaan yang begitu ketara dengan agama-agama lain agar umatnya tidak terkeliru seperti membezakan arah qiblat, kitab suci, hari raya, hari kebesaran dan sebagainya.


2. Islam menetapkan bahawa hari Jumaat adalah sebagai penghulu segala hari. Ini berbeza dengan Yahudi yang membesarkan hari Sabtu dan Kristian yang membesarkan hari Ahad.


3. Perbezaan-perbezaan yang ditetapkan oleh Islam ini hendaklah diamalkan dan dihayati secara praktikal oleh umat Islam kerana dengan cara ini akan menyerlahkan lagi jati diri setiap muslim serta menjauhkan mereka daripada terpengaruh dengan adat dan budaya yang cuba dibawa masuk oleh musuh Islam.

4. Kegagalan umat Islam dalam mempromosikan Islam terhadap masyarakat bukan Islam akan mengakibatkan umat Islam dipandang hina dan Islam dipandang sepi. Dengan itu umat Islam hendaklah berhati-hati agar tidak terikut dengan semua adat dan budaya orang-orang bukan Islam sehingga membawa kepada rosaknya aqidah dan terpadamnya garisan yang telah ditetapkan oleh syarak.

AKU , LIM DAN ISLAM

Assalaamualaikum wbt,


(Artikel ini saya perolehi dari kawan melalui email,  sekadar berkongsi,  saya tidak pasti pasal hukum hakam adakah kita akan didakwa sebab tidak mengajak orang bukan Islam ke arah  Islam atau memeluk Islam.  Rasanya setiap hari lima waktu kita sentiasa mengajak orang bukan Islam di Malaysia agar sama2 bersolat melalui azan dalam TV dan radio.Maafkan saya  kerana tidak arif soal dakwah ini)


Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am
Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.


Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.



Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.

Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan. 


Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.



" He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah!


Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ..

Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul  tak? .Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.

Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?

Dan mengapa aku di Islamkan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan tak terkata apa-apa kerana sangat malu.Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.

Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.
Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

P/s : sebagai Tauladan.  

Alangkah indah jika Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Tian Chua, Dato Seri Chua Soi Lek, Dato Seri Samy Velu dan ramai lagi orang bukan Islam di Malaysia memeluk Islam sebelum atau selepas PRU ke 13....

Wednesday, February 13, 2013

MENJAGA NAMA BAIK

Assalaamualaikum wbt,

Hadith: 
Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: " Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.
Huraian Hadith: 
Maruah dan nama baik adalah sesuatu yang amat penting bagi semua orang. Islam menegah perbuatan menghina dan memperlekehkan orang lain kerana ia akan menjatuhkan maruah individu terbabit. Lagipun tidak ada manusia yang suka dirinya diperlekeh dan dihina apalagi di khalayak ramai. 
Tiga golongan yang disebutkan di dalam hadis di atas merupakan mereka yang sebenarnya mempunyai nilai di sisi masyarakat dan harus dihormati. Sebagai orang tua contohnya mereka sudah tentu mempunyai banyak pengalaman hidup yang boleh dijadikan panduan dan iktibar oleh mereka yang masih muda. Manakala orang yang berilmu juga merupakan aset yang memberi manfaat untuk kebaikan dan kemajuan ummah seperti juga kedudukannya dengan imam yang adil yang semestinya menjadi tali pengikat kepada keharmonian dan keamanan masyarakat seluruhnya. 
Golongan ini harus diberi penghormatan sewajarnya kerana setiap kebaikan yang ada pada diri mereka bakal menjadi teladan buat generasi yang datang selepasnya.

Tuesday, February 12, 2013

HOBI DI BELAKANG RUMAH

Assalaamualaikum wbt,

Saya sudah jarang bersukan kecuali main golf....selain golf kalau di rumah hiburan saya TV....memang suka tengok tv sejak dari kecil....cerita thriller, seram ,perang dan koboi dan sejak akhir2 semua cerita berkait dengan dokumentari,  hidayah, ugama dan Islam menarik minat saya....Berkebun juga hobi saya....dah dekat 20 tahun berjinak2 dengan pokok bunga, dan lain2...(lebih kurang 90 pasu besar dan kecil).

SEMUANYA DALAM PASU...DARI SISI KIRI RUMAH..

Hobi saya di waktu lapang selain golf adalah berkebun di belakang rumah.....semua pokok bunga saya ditanam dalam pasu...,  ada santalia (harum sundal malam), bunga kertas, bunga kemboja dan beberapa jenis lagi, selain itu ada pokok daun pandan,  serai, limau kasturi, limau nipis, kunyit,jambu batu dan dua batang pokok anggur.....buahnya sangat masam....masih berharap satu hari nanti buahnya akan lebih besar dan manis....In Shaa Allah.  'Bercakap' dengan pokok memberikan saya satu perasaan yang tenang dan seronok.


DARI SISI KANAN RUMAH....ANTARA 90 PASU BUNGA YANG SAYA ADA

Kesemua pokok saya diletakkan luar rumah kerana tanah bahagian dapur rumah saya dah 'renovate'...tidak ada lagi kawasan lapang belakang rumah,  begitulah adat duduk rumah teres ni....tanah amat terhad....membaja, memangkas dahan dan menggembur tanah adalah rutin biasa nak pastikan pokok subur dan segar.....

In Shaa Allah...entri akan datang pokok2 yang saya tanam secara 'close up'...

Saturday, February 9, 2013

BAGAIMANA ILMU AGAMA DITARIK

Assalaamualaikum wbt,

Hadith: 

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain.

Huraian Hadith: 

Islam adalah satu-satunya agama di dunia yang sangat mendorong umatnya untuk menuntut ilmu. Istilah ulama pula digunakan pada orang yang sangat memahami permasalahan agama dan mendalami ilmu agama. 

Pada zaman ini, hampir tiada lagi ulama' yang mempunyai penguasaan ilmu yang pelbagai melainkan hanya yang pernah belajar beberapa bidang ilmu tetapi hanya menguasai satu atau dua cabang ilmu sahaja. Berbeza dengan zaman lampau, orang yang disebut sebagai ulama' adalah mereka yang menguasai dengan ahli banyak cabang-cabang ilmu. Dengan perkataan lain golongan ulama' semakin lama semakin pupus. 

Justeru dengan waktu yang semakin singkat di akhir zaman ini ditambah dengan kesibukan dan kelalaian kita sendiri dalam mengurus waktu marilah kita sama-sama mengkaji dan mengambil ilmu daripada mereka kerana kehidupan ini tidak akan berjalan dengan tertib tanpa bimbingan dari para ulama'. 

Tetapi kenyataannya, ramai orang pada hari ini yang tidak memahami situasi tersebut sehingga mereka merasa mampu mengatur kehidupan dunia tanpa merasa perlu melibatkan golongan ulama. Bahkan ulama dianggap sebagai kelompok mereka yang tidak mengetahui situasi dan kondisi, tidak memahami perkembangan zaman dan hanya berbicara dalam masalah ibadah dan akhirat semata. 

Akibatnya timbul sikap menolak meremehkan golongan ulama dan keterlibatan mereka dalam urusan pengaturan dunia. Justeru tidak hairan ada golongan manusia yang menjadikan orang-orang yang jahil dan bodoh sebagai pemimpin mereka hingga akhirnya membawa kepada kesesatan dan kemusnahan.

Friday, February 8, 2013

MENJAGA KEUTUHAN UMMAH

Assalaamualaikum wbt,

Hadith: 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayang, ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad, apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan sakit.

Huraian Hadith: 

1. Umat Islam hendaklah hidup bersatu padu dan harmoni kerana ini merupakan kunci kekuatan ummah.

2. Sifat benci-membenci dan hasad dengki mesti dihapuskan kerana ia akan membawa kepada perpecahan dan kemunduran sebaliknya kita mestilah saling bantu membantu, mengambil berat dan berkerjasama demi meningkatkan pembangunan ummah.

3. Islam amat menyukai umatnya yang sanggup berkorban untuk saudaranya bahkan ganjaran bagi orang yang berbuat demikian adalah sangat besar di sisi Allah SWT.

Wednesday, February 6, 2013

AKHLAK AHLI SYURGA DAN NERAKA

Assalaamualaikum wbt,


Hadith: 

Daripada Harithah bin Wahab RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Tidakkah aku akan memberitahu kamu tentang ahli-ahli syurga? Iaitu orang-orang yang lemah dan dipandang hina (oleh manusia), kalau dia bersumpah kepada Allah nescaya Allah mengabulkan sumpahnya, tidakkah aku akan memberitahu kamu tentang ahli-ahli neraka? Iaitu setiap orang yang kasar perangai atau bersikap kasar, angkuh dan sombong”. 

Huraian Hadith: 
  1. Gambaran sifat-sifat diantara ahli syurga dan ahli neraka dapat dikenali semasa didunia lagi.
  2. Umat Islam yang mendapat kemenangan dihari akhirat kebanyakkannya adalah daripada golongan yang lemah dan yang dipandang hina oleh manusia semasa didunia. Tetapi amat sedikit mereka terdiri daripada golongan yang kaya dan hidup mewah.
  3. Umat Islam dilarang bersifat kasar, angkuh dan sombong kerana ia adalah antara sifat-sifat yang dicela (mazmumah). Oleh itu bertakwalah kepada Allah dan beribadatlah sebanyak-banyaknya mengikut kemampuan seseorang.
  4. Keistimewaan orang-orang yang mempunyai sifat-sifat ahli syurga adalah diakui Allah tentang kebenarannya.
  5. Kita dituntut bersifap tawadhu’ dan rendah diri sesama Islam.

Tuesday, February 5, 2013

PANDAI KOREK , TAPI TAK PANDAI TAMPAL DAN TUTUP

Assalaamualaikum wbt,

Hati sakit dengan banyak kontraktor Telekom Malaysia, Tenaga Nasional,  SYABAS atau kontraktor Petronas yang korek lubang untuk pasang paip gas dan mungkin beberapa lagi kontraktor yang tidak disenaraikan. Korek jalan yang cantik pandai tapi bila tampal kualiti macam 'cipan'(bahasa orang muda sekarang) ....bahasa saya kualiti tampalan hancus...


BERLUBANG PADA TAMPALAN TU....KALAU MOTOSIKAL LANGGAR APA JADI AGAKNYA
BAK KATA NABIL" LU FIKIRLAH SENDIRI"

Kita semua biasa tengok perkara ni,  tapi buat2 tak faham,  buat2 tak tau dan malas nak komplen....kita tak pernah kira rim kereta bengkok atau rosak sebab jalan lekuk atau  berlobang.....semua gara2 kontraktor yang hanya mementingkan untung dan tak pedulikan....masalah orang lain.....'cipan' punya kontraktor ( majoriti gini)....



Saya sakit hati, marah, bengang dan last sekali mula menyumpah kontraktor begini......jalan dah elok diturap,  aleh2 mereka dapat job....korek melintang jalan.....lepas tu tampal dengan batu ajer....tunggu dua tiga hari baru tampal dengan tar....mereka langsung tidak ada inisiatif untuk padatkan batu tu dulu sebelum tampal dengan tar.....kita bukan negara dunia  ketiga macam sesetengah negara di Afrika....kita dah jadi negara maju....

NI AJERLAH KUALITI YANG MEREKA ADA
LEKUK TU...
Wahai kontraktor....gunalah otak yang Tuhan bagi tu.....dah lah rosakkan jalan.....lepas tu dengan sikap  tidak bertanggung jawap.....apa lagi bahasa yang baik untuk kontraktor sebegini....janganlah fikir untung ajer....



YANG NI PULAK TERNAIK MACAM ANAK BUKIT....

Bagi pegawai TM, TNB, SYABAS atau Petronas pengawai kerajaan yang menjaga jalan perbandaran atau JKR Negeri....tolonglah makan gaji halal.....janganlah disebabkan konraktor tu sedara mara atau kroni atau awak dah selalu minum dengan mereka lidah pun dah tergigit.....tolonglah amanah dengan kerja dan bagi perkhidmatan yang baik.....

Tanyalah pada penunggang motosikal....kesian kat mereka.....tanya jugak pada mereka yang memandu kereta bersaiz kecil atau guna tayar kecil....melambung kereta mereka atau 'berdegup' spring kereta mereka bila langgar tampalan yang teruk ini...

Perkara begini tak perlu tunggu BN ke UMNO ke...PKR ke PAS ke MIC ke MCA ke DAP ker....sapa memerintah buat ajer kerja dengan baik sebab kami semua bayar cukai jalan dan cukai pintu dan cukai tanah dan cukai pendapatan....susah sangat ker.....kalau tak mampu jangan jadi YB, Ahli Majlis atau jangan kerja dengan JKR atau kerajaan tempatan...

Tolonglah....perihatin.....In Shaa Allah....di lain entri ada banyak lagi gambar tampalan yang lebih teruk....