Assalaamualaikum wbt,
Sejak sebulan dua ni memang sibuk dengan kerja di Selangor dan berpindah ke rumah baru di Bandar Baru Bangi jugak cuma berbeza seksyen,....dari seksyen 4 ke seksyen 2. Alhamdulillah secara rasmi pindah barang2 yang besar2 pada 19 Feb lalu.....namun begitu masih lagi ada barang2 peribadi yang kecik-kecik masih belum dipindahkan lagi.....akan diusahakan sedikit demi sedikit dengan kereta.
RUANG TAMU UTAMA
Berbelah bagi untuk menceritakan semuanya....Sekadar berkongsi rasa dan perasaan dan rasa gembira dan rasa duka dan bebanan perasaan.....semua ada. Tidak ada sebarang niat riak atau menunjuk2....maafkan aku pada semua pembaca.
Sepertimana dengan entri aku tahun lepas (2014), ketika itu aku dan keluarga berbelah bahagi untuk membeli dan berpindah ke rumah baru, namum aku yakin Allah memberikan rezeki pada aku dan keluarga untuk membeli, buat pinjaman, dan macam2 lagi. Namun begitu , cabarannya jugak begitu besar....proses pinjaman yang amik masa agak lama, kena denda lewat, masalah grill, buat kabinet dapur, almari dan wiring....ada masa aku cerita terperinci...
Yang aku seronok rumah ini betul2 depan Masjid Al Umm yang masih dalam pembinaan dan dijangka siap dalam bulan Mei 2015.
SALAH SATU MENARA UTAMA MASJID AL UMM
Masalah internet di kawasan perumahan ini (dari Syarikat tempat aku bekerja) jugak agak sulit....Insyallah dalam masa sebulan baru dapat UNIFI .....Buat masa ini , aku masih menggunakan UNIFI rumah lama aku...hehehe
Satu pesanan berharga seorang rakan aku, " Allah telah memilih kamu duduk dekat dengan rumahNYA, jadinya hadapilah segala masalah yang timbul dan sudah pasti semua ada hikmahnya. Bukan semua orang ada peluang untuk duduk dekat dengan Masjid. Rapatlah dengan orang2 masjid dan gunakan peluang ini untuk berjemaah sebanyak mungkin"....aku terkedu dan akur dengan pesanan rakan aku ini. Insyallah.