Wednesday, July 8, 2015

MASJID AL UMM SEKSYEN 2 BDR BARU BANGI - APRIL 2014 (BAB 1)

Assalaamualaikum wbt,

Mengimbau turutan peristiwa tahun 2014 selepas pulang dari umrah dan ziarah Turki pada Feb 2014....kawan karib aku dan wife , Aslina Razak (Gina) beriya2 mengajak kami membeli rumah di kawasan ini. Gina yang menjaga projek ini.....sudah setahun dia memujuk....biasalah harga rumah ni agak mahal dan tinggi....tetapi lebih rendah berbanding harga di Putrajaya atau Kuala Lumpur....antara pujukan Gina..."Abang Rosli, Has (panggilan kepada wife saya)....ada masjid depan rumah ni"...bayangkan setahun kami tidak pun ke lokasi rumah ini sebab tidak mampu (aku akan buat entri khas pasal rumah ini akan datang)....

Masa bulan April 2014 aku datang tu...terkejut tengok kawasan tu sekarang......tersergam 6 biji rumah.....depan rumah ini ada sebuah Masjid baru dalam kerja-kerja tapak dan menanam cerucuk....

Kawasan ini sebelum ini adalah semak samun dan penuh dengan pokok2 hutan....adalah dekat-dekat 5 tahun aku tidak ke lokasi ini....

Tetiba hati terdetik tengok saiz rumah 6 Residence....dan Masjid Al - UMM....

Masjid Al UMM
view dari bilik tidur utama rumah no 3 , pilihan kami
(tapi belum beli lagi)

Balik rumah aku dan wife....berbincang panjang lebar tentang rumah.....tentang lokasi dan tentang Masjid depan rumah baru yang kami tengok....

Thursday, July 2, 2015

SEMUANYA DARI ALLAH (KUASA DAN JAWATAN)- BAB 9

Assalaamualaikum wbt,


Sepanjang 29 tahun bekerja aku dah tengok ramai yang bermula dari bawah dan bila naik pangkat....mula lupa dan mula meninggi diri....ye lah pangkat dah besar....kuasa pun besar.....kita yang di bawah dipandang rendah dan sengkek...

Ada yang masa belajar dulu bukan main hormat pada kita....bila dah lama dan pangkat lebih tinggi dari kita...barulah nampak belang mereka....kena ingat langit tidak selalu cerah  dan kita bukannya sentiasa di atas.

Aku bukan doa yang tidak baik cuma sekadar ingin tengok mereka ini agar simpan rasa hormat dan jangan lupa pada jasa kita yang pernah jaga mereka dulu.

Namun begitu, ada juga sorang dua dah jadi kawan baik walaupun mereka berpangkat tinggi dan pesan pada aku agar menegur mereka jika mereka terlalai atau lari dari landasan...Alhamdulillah.

Cuma yang aku tidak faham segelintir ini yang seolah2 merekalah paling hebat dan suka mendabik dada merekalah yang terhebat.....dan sangat menyakitkan hati apa bila yang muda2 ni mencebik, menidakkan pengalaman orang lama dan suka mengatakan orang lama 'slow'....memang tidak dinafikan ada yang otai yang kerja sedikit slow....tetapi mereka jarang buat salah sebab pengalaman mereka...

Ada jugak yang aku tengok....masa mula kerja.....dah mula menunjukkan perangai yang menyakitkan hati...lama-lama Allah tarik nikmat kerja mereka....huruhara dan menderita...hampir hilang jawatan dan hilang kerja.....baru tau langit tinggi atau rendah......kena ingat semua Allah bayar 'cash' sekarang ni....

Ada jugak yang muda2 sebab terlalu bercita2 tinggi dan cepat nak naik maka ramai jugak yang jatuh terduduk dan ada yang terpaksa mencari kerja di tempat lain sebab dah malu dan ada jugak sebab tidak mendapat pangkat atau hajat yang mereka hajati.....mudah saja.....kalau tak suka  berhenti atau cari kerja lain atau bukak bisnes sendiri....pilihlah pangkat apa yang kau suka dan letak atas bisnes kad tu.....

Yang penting masa bekerja kerana Allah, jangan tabur pasir dalam periuk nasi orang, jangan suka2 susahkan orang atau menyakiti orang dan jangan fitnah orang.....apalah salahnya memudahkan semua orang..bagi orang happy dan bekerja sebagai satu pasukan agar syarikat kita terus maju dan makmur....aku faham manusia ini tidak sama....ada yang sederhana, ada yang slow dan ada yang laju.....tetapi kita kena ingat setiap manusia yang Allah jadikan mesti ada kekuatan dan kekurangannya. 

Aku teringat dengan beberapa boss lama aku....menggunakan kekuatan aku masa bekerja dan menegur face to face setiap kelemahan aku...sejak akhir2 ini aku rindu dengan seorang dua boss lama aku yang dah lebih 8 tahun pencen.....mereka ni sangat istimewa....mereka baik dan membantu dan memandu cara kita bekerja....

Allah berfirman dalam surah A-Li ‘Imran ayat 26 & 27.
Yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya". 

Huraian: Allah menyuruh RasulNya supaya menyampaikan kepada manusia, bahawa Allahlah yang memiliki/mempunyai kekuasaan yang sebenarnya. Dia berikan kekuasaan kepada siapa yang dikehendakiNya dan di cabutNya kekuasaan kepada siapa yang dikehendakiNya. Semuanya menurut ketentuan Allah dalam cara memberi atau mencabut pemberianNya. Dia berikan kemuliaan/kebesaran kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dia menghinakan atau merendahkan sesiapa yang dikehendakiNya kerana kerendahan moralnya sendiri.

Semua urusan adalah di tangan Allah yang baik maupun merupakan yang buruk. Dialah yang memberi kebahagian dan yang mendatangkan penderitaan bagi yang layak menerimanya.